Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Benarkah Allah Mengikuti Sangkaan HambaNya?

20 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Kita seringkali membenarkan bahawa kita melangkaui satu langkah awal agar kita dibenarkan untuk memikirkan apa jua hal dan sangkaan. Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Kita dimotivasikan untuk terus berfikiran positif namun ternyata pada masa yang sama jiwa kita seringkali tidak sama dengan positif tersebut.

Sehingga hari ini masih ramai motivator tidak menyelesaikan masalah utama ini iaitu positifnya sekadar di fikiran namun kekuatan dan semangat itu datang adalah dari hati.

Kita fokus kepada fikiran. Memprogram semula fikiran. Namun seringkali akhirnya fikiran kita akan terprogram kembali kepada level yang lama kerana hati kita belum diprogramkan dengan benar.

Ketika orang lain melihat minda bawah sedar adalah sangat hebat, saya meninggalkan kenyataan itu dengan mengatakan minda sedar lebih hebat (tanpa menafikan minda bawah sedar atau minda level mana semuanya hebat). Namun minda sedar yang bagaimana yang hebat? ADALAH…. MINDA ITU SEDAR KETIKA JIWA SEDAR KUAT PADA ALLAH.

Selama ini kita memahami fikiranlah yang mencorakkan hati. Fikiranlah yang akan membawa hati kita kepada kebahagiaan atau sebaliknya. Lalu kita berpegang kepada sangkaan yang dibuat-buat. Direka-reka dalam fikiran. Sedangkan sangkaan adalah sifat bagi hati.

Hadis Qudsi di atas bukanlah dirujuk kepada sangkaan yang ada dalam fikiran. Yang dimaksudkan dengan sangkaan itu adalah apa yang ada dalam hati kita.

Seseorang yang mampu berfikiran positif sebenarnya jiwa mereka sedia positif. Jiwa pakar motivasi atau yang lain sebenarnya sangat positif. Namun ketika mereka berkongsi semangat dengan kita, mereka seringkali berasakan yang positif adalah fikiran mereka. Sedangkan fikiran mereka positif AKIBAT daripada jiwa mereka yang sedia positif.

Seharusnya yang dikongsi adalah bagaimana untuk memPOSITIFKAN JIWA. Bukan dari fikiran kerana fikiran sekadar tercetus hasil dari ILHAM yang masuk ke dalam jiwa.

Ketika kita terfikir untuk makan, ia tidak bermula dari fikiran. Ia bermula dari ILHAM Allah yang diilhamkan masuk ke dalam jiwa kita lalu fikiran terjana. Kita berasa kita berfikir sedangkan kita difikirkan.

Kembali kepada hadis qudsi di atas, berhati-hati memahaminya jangan sampai kita memahami bahawa ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA SANGKAKAN atau dengan kefahaman kita sekarang ini… ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA FIKIRKAN. Akhirnya kita memahamai seolah-olah ALLAH AKAN MENGIKUTI SEGALA KEHENDAK KITA.

Ternyata ia mampu merosakkan akidah kita dengan menganggap Allah mengikuti KEHENDAK HAMBANYA.

Yang sebenarnya adalah, apa yang diilhamkan Allah kepada kita samada taqwa atau pun fujur (buruk), itulah yang akan diikuti oleh Allah. Bermakna Allah mengikuti kehendakNya ‘sendiri’ iaitu apa yang diilhamkan kepada kita.

LALU APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Sentiasa menyedari Allah, kembali kepadaNya setiap saat dan berusaha untuk kekal menjadi hamba yang sentiasa dipercayaiNya. Jalankan syariat, mengikuti perintah dan meninggalkan laranganNya samada suka atau pun terpaksa.

Di sini nanti pasti jiwa kita akan diILHAMKAN dengan ilham taqwa. Kita sentiasa memiliki prasangka yang baik. DAN YANG SEBENARNYA… KITALAH YANG MENGIKUT KEHENDAK ALLAH. Bukanlah sebaliknya.

Lalu MULALAH DARI YANG UTAMA yakni hati. Ketahuilah bahawa fikiran yang direka-reka tidak mampu menjadikan hati ini redha dengan Allah. Hanya jiwa yang sedar Allah akan menjanakan fikiran yang positif lalu seluruh diri jiwa dan fikiran akan redha dengan Allah. Kita diilhamkan dengan semangat, kreatif, inovatif, sentiasa inginkan kebaikan, kuat meninggalkan kejahatan, keburukan dan yang lainnya.

Semoga hari ini kita memahami makna hadis qudsi ini bahawa yang mengikuti adalah kita. Bukan Allah mengikuti apa yang kita fikirkan kerana sangkaan bukan terletak di fikiran tetapi di hati. Kita tidak terdaya mengubah hati kita melainkan Allah SWT yang mengubahnya.

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword