Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Benarkah Allah Mengikuti Sangkaan HambaNya?

20 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Kita seringkali membenarkan bahawa kita melangkaui satu langkah awal agar kita dibenarkan untuk memikirkan apa jua hal dan sangkaan. Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Kita dimotivasikan untuk terus berfikiran positif namun ternyata pada masa yang sama jiwa kita seringkali tidak sama dengan positif tersebut.

Sehingga hari ini masih ramai motivator tidak menyelesaikan masalah utama ini iaitu positifnya sekadar di fikiran namun kekuatan dan semangat itu datang adalah dari hati.

Kita fokus kepada fikiran. Memprogram semula fikiran. Namun seringkali akhirnya fikiran kita akan terprogram kembali kepada level yang lama kerana hati kita belum diprogramkan dengan benar.

Ketika orang lain melihat minda bawah sedar adalah sangat hebat, saya meninggalkan kenyataan itu dengan mengatakan minda sedar lebih hebat (tanpa menafikan minda bawah sedar atau minda level mana semuanya hebat). Namun minda sedar yang bagaimana yang hebat? ADALAH…. MINDA ITU SEDAR KETIKA JIWA SEDAR KUAT PADA ALLAH.

Selama ini kita memahami fikiranlah yang mencorakkan hati. Fikiranlah yang akan membawa hati kita kepada kebahagiaan atau sebaliknya. Lalu kita berpegang kepada sangkaan yang dibuat-buat. Direka-reka dalam fikiran. Sedangkan sangkaan adalah sifat bagi hati.

Hadis Qudsi di atas bukanlah dirujuk kepada sangkaan yang ada dalam fikiran. Yang dimaksudkan dengan sangkaan itu adalah apa yang ada dalam hati kita.

Seseorang yang mampu berfikiran positif sebenarnya jiwa mereka sedia positif. Jiwa pakar motivasi atau yang lain sebenarnya sangat positif. Namun ketika mereka berkongsi semangat dengan kita, mereka seringkali berasakan yang positif adalah fikiran mereka. Sedangkan fikiran mereka positif AKIBAT daripada jiwa mereka yang sedia positif.

Seharusnya yang dikongsi adalah bagaimana untuk memPOSITIFKAN JIWA. Bukan dari fikiran kerana fikiran sekadar tercetus hasil dari ILHAM yang masuk ke dalam jiwa.

Ketika kita terfikir untuk makan, ia tidak bermula dari fikiran. Ia bermula dari ILHAM Allah yang diilhamkan masuk ke dalam jiwa kita lalu fikiran terjana. Kita berasa kita berfikir sedangkan kita difikirkan.

Kembali kepada hadis qudsi di atas, berhati-hati memahaminya jangan sampai kita memahami bahawa ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA SANGKAKAN atau dengan kefahaman kita sekarang ini… ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA FIKIRKAN. Akhirnya kita memahamai seolah-olah ALLAH AKAN MENGIKUTI SEGALA KEHENDAK KITA.

Ternyata ia mampu merosakkan akidah kita dengan menganggap Allah mengikuti KEHENDAK HAMBANYA.

Yang sebenarnya adalah, apa yang diilhamkan Allah kepada kita samada taqwa atau pun fujur (buruk), itulah yang akan diikuti oleh Allah. Bermakna Allah mengikuti kehendakNya ‘sendiri’ iaitu apa yang diilhamkan kepada kita.

LALU APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Sentiasa menyedari Allah, kembali kepadaNya setiap saat dan berusaha untuk kekal menjadi hamba yang sentiasa dipercayaiNya. Jalankan syariat, mengikuti perintah dan meninggalkan laranganNya samada suka atau pun terpaksa.

Di sini nanti pasti jiwa kita akan diILHAMKAN dengan ilham taqwa. Kita sentiasa memiliki prasangka yang baik. DAN YANG SEBENARNYA… KITALAH YANG MENGIKUT KEHENDAK ALLAH. Bukanlah sebaliknya.

Lalu MULALAH DARI YANG UTAMA yakni hati. Ketahuilah bahawa fikiran yang direka-reka tidak mampu menjadikan hati ini redha dengan Allah. Hanya jiwa yang sedar Allah akan menjanakan fikiran yang positif lalu seluruh diri jiwa dan fikiran akan redha dengan Allah. Kita diilhamkan dengan semangat, kreatif, inovatif, sentiasa inginkan kebaikan, kuat meninggalkan kejahatan, keburukan dan yang lainnya.

Semoga hari ini kita memahami makna hadis qudsi ini bahawa yang mengikuti adalah kita. Bukan Allah mengikuti apa yang kita fikirkan kerana sangkaan bukan terletak di fikiran tetapi di hati. Kita tidak terdaya mengubah hati kita melainkan Allah SWT yang mengubahnya.

Incoming search terms:

QS Al-Furqan, 25:63

13 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ini adalah kata-kata (firman) Allah untuk manusia. Sedarilah…. ia dari Allah untuk kita. Mari… bacalah dengan kesedaran.

Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang yang jahil (berkelakuan kurang adab) berkata-kata kepada mereka (kata yang menyakiti hati), mereka menjawab dengan perkataan yang baik-baik.
(QS Al-Furqan, 25:63)

Incoming search terms:

UPSR 2012

9 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Pesanan Untuk anak-anak yang akan mengambil Peperiksaan UPSR.

Miliki redha ibu bapa. Caranya amat mudah. Jagalah hati ibu bapa.

Belajar bersungguh-sungguh itu sunnatullah untuk berjaya. Namun apa yang disimpan di dalam otak tidak semestinya mampu dikeluarkan ketika peperiksaan.

Ketika ibu bapa redha, Allah pasti akan redha. InshaAllah dimudahkan Allah ketika menjawab peperiksaan. Di masukkan cahaya terus ke dalam jiwa.

Maka jagalah sentiasa hati ibu bapa. Juga berusaha kerana berusaha adalah syariat yakni sunnatullah yang perlu dijalankan. Kerja itu harus diiringi dengan redha.

****
Untuk saudara yang lain, saya belajar dan perhatikan tentang anak yang bagaimana disukai ibu bapa.

Ternyata bukan anak yang selalu beri duit atau selalu pulang menziarahi ibu bapa tetapi ternyata anak yang sentiasa membahagiakan yakni menjaga hati ibu bapa.

Seandainya beri duit setiap bulan atau selalu pulang menziarahi ibu bapa namun sering menyakiti hati ibu bapa, dia tetap anak yang tidak dapat membahagiakan hati ibu bapa.

Kuncinya… redha ibu bapa. Lalu pasti miliki redha Allah.

Untuk memilikinya, senangkan hati ibu bapa. Bahagiakan mereka. Simpan ketidakpuasan hati terhadap ibu bapa. Mereka ibu bapa dan kita ini sekadar anak mereka sahaja.

Jika tidak tertahan ketidakpuasan hati itu…. MENGAPA TIDAK CAKAPKAN SAHAJA DENGAN ALLAH? Bukankah Allah lebih mengerti? Malah Allah yang memegang setiap jiwa kita. Berlatihlah agar mampu sentiasa berkomunikasi dengan Allah.

Fuad Latip
9 September 2012

Incoming search terms:

Kisah Anak Berserah Total Pada Allah

6 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sekadar bercerita:

Tadi isteri bercerita tentang Kakak Dura (6 tahun). Semalam kakak Dura bercerita apa yang berlaku di sekolahnya pada isteri.

Kakak Dura: “Mama, tadi tiba-tiba je cikgu kasi kami semua kertas soalan suruh jawab. Cikgu kata jangan meniru. Kakak tak tiru pun. Tapi kakak tengok semua yang lain tak reti nak jawab.”

Mama: “Kakak tahu ke jawab?”

Kakak Dura: “Kakak pun tak tau. Tapi lepas tu kan mama, kakak cakap kat Allah. Kakak kata….”ya Allah aku tak tau jawab soalan ni ya Allah. Susah ya Allah. Berilah aku pandai ya Allah.

Lepas tu kan mama, kakak terus boleh jawab. Betul jawapan kakak.”

****
Kakak Dura memang diajar sedemikian. Keyakinannya pada Allah sangat tinggi. Setiap kali dia ingin sesuatu pada ayah dan mamanya, dia akan berdoa pada Allah agar ayah dan mama dimurahkan rezeki dan dapat beli apa yang dia kehendaki.

Saya dapat tahu daripada pembantu rumah yang kakak Dura selalu berdoa sebelum minta sesuatu. Alhamdulillah, baguslah begitu. Tidaklah ayahnya sekadar berkongsi dengan yang lain tetapi anak sendiri tidak mengikuti apa yang diajarkan oleh ayahnya.

Selain itu keyakinan Kakak Dura pada Allah juga tinggi. Saya selalu melatih beliau agar sentiasa memohon kepada Allah. Kekadang saya siap sedia membeli apa yang dia kehendaki tetapi tidak berikan lagi pada beliau.

Namun sengaja saya minta dia ceritakan pada Allah terlebih dahulu apa yang dia kehendaki. “Kakak mintalah pada Allah. Pasti dapat.”

Tunggu beberapa jam, barulah saya beri sesuatu yang dia kehendaki padanya. Saya katakan, “Allah dengar apa yang kakak cakap. Baik tak Allah?” (jawapannya pasti “baik”).

Ketika mencari tempat letak kereta (parking) semasa berjalan-jalan hujung minggu, selalu saya minta dia berdoa pada Allah agar ada tempat parking. Alhamdulillah selalu selepas dia berdoa, ada sahaja parking yang kosong. Ia menambahkan keyakinan Kakak Dura pada Allah SWT.

Saya masih tidak pandai untuk mendidik anak-anak saya dengan hebat. Tapi yang saya cuba usahakan hanyalah agar anak-anak saya menjadi hamba yang sentiasa bergantung total 100% pada Allah SWT.

Bukan pada ibu dan bapanya dan orang lain. Ketika anak-anak bergantung pada Allah SWT, pastilah Allah menggerakkan ibu bapa dan orang-orang di sekeliling mereka untuk sentiasa membantu anak-anak ini.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih.

Fuad Latip
6 September 2012

Incoming search terms:

Persoalan Tentang Sebuah Hakikat

3 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

AsSalam en Fuad,
Saya harap en. boleh tlg sy beri pencerahan mengenai pembacaan saya ini (perkara ini membuatkan saya sukar nak beramal):

Saya ada terbaca di dalam sebuah kitab (fadhilat amal) mengatakan Al-Quran telah tersedia di Luh Mahfuz, cuma ayat-ayatnya di turunkan sedikit-sedikit selama 23thn bersesuaian dengan peristiwa yang berlaku.

Di dalam Al-Quran terdapat surah mengenai Abu Lahab. Persoalannya, macammana tu, adakah Allah menjdkan Abu Lahab itu sesuai untuk tidak mendapat hidayah dan peluang bertaubat? (dan ayat AlLahab itu pun diturunkan), adakah kita manusia ini telah ditentukan takdir kita (blh jd kita Allah beri hidayah, blh jd tidak–w/pn cuba mencarinya), dan telah tentu2 hala tuju kita di akhirat sana (sudah ditentukan kita ni ke syurga/neraka)..atau b/mana? takdir kita telah tertulis di Luh Mahfuz, adakah kita masih perlu mencari2 lg? (sy mohon ampun pdMu ya Allah, atas kejahilan ini). mohon en. membantu sy dari berfikir sendiri2. Terima kasih.

wallahualam.


Waalaikummussalam wbt

“Kamu tidak mengetahui apa yang aku ketahui”. Inilah kata-kata Allah di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ketika para Malaikat mempersoalkan kerja Allah menjadikan Adam.

Fikiran kita tidak akan mampu mencapai apa jua rancangan Allah. Seandainya sesiapa yang menjawabnya, semuanya adalah atas pendapat sendiri. Yang pasti semuanya tidak setepat hakikat mengapa Allah jadikan sedemikian.

Kita tidak mampu menjawab persoalan “Mengapa Allah…..”. Adalah yang terpenting pada kita adalah memahami janji Allah. Dapatkan redhaNya maka inshaAllah hari depan sangat cerah samada dunia atau akhirat.

Cerahnya di dunia bukan bermakna hidup sentiasa memiliki apa yang kita inginkan. Tetapi jiwa tetap bahagia hasil dari tidak ada keterikatan pada dunia. Pun juga tidaklah bermakna kita lepaskan dan membiarkan dunia untuk tidak terikatkan diri kita dengan dunia.

Namun apa jua yang berlaku samada yang menggembirakan atau sedih tidak memberikan apa-apa kesan pada diri kerana bahagia yang sebenar adalah bahagia yang terus masuk dalam jiwa. Bukan bahagia disebabkan memiliki atau mendapat sesuatu yang dihajati. Bukan sedih disebabkan tidak memiliki atau tidak dapat sesuatu yang dihajati. Kita sentiasa berada di atas rasa. Dalam kesedaran.

Biarlah kerja Allah samada menjadikan syaitan lalu mentakdirkan syaitan sedemikian. Menjadikan abu lahab lalu mentakdirkan abu lahab sedemikian. Menjadikan firaun lalu mentakdirkan sedemikian. Kita tidak tahu ke mana dan apa nasib mereka melainkan apa yang dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran yakni layaknya adalah untuk neraka. Pun begitu kita tetap tidak mampu menggambarkan syurga dan neraka Allah SWT.

Yang utama pada kita, semua itu pengajaran untuk kita agar sentiasa menyedari Allah setiap saat hidup kita. Kerana dengan sedar kepada Allah, di sana ada ilham yang mampu kita fahami sehinggakan kita memiliki daya, tenaga dan kekuatan dari dalam jiwa untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, kemaksiatan dan kefasikan.

Yang utama pada kita, kita faham kata-kata (firman) Allah.

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Jelas ayat ini menunjukkan seandainya tidak sedar Allah, Allah adakan bagi kita syaitan yang akan menyesatkan kita. Menyesatkan kita juga adalah Allah yang mengadakan bagi kita syaitan kerana tidak ada makhluk yang mampu bergerak sendiri tanpa Allah.

Ini adalah hakikat yang kita harus fahami. Namun dalam melakukan syariat kita faham, kita harus sedar Allah agar kita selamat daripada kejahatan pengaruh syaitan yang menyesatkan kita. Inilah sunnatullah…. panduan yang JELAS dan NYATA bagi kita. Hanya yang berakal mampu mengambilnya sebagai panduan.

Juga dalam firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
(QS: Al-Anfal, 8:29)

JELAS dan NYATA seandainya kita bertakwa kepada Allah nescaya Allah yang mengadakan bagi kita petunjuk dan mampu membezakan dengan jelas baik dan buruk. Bukan diri kita yang mengenal sendiri jalan-jalan kebaikan tetapi Allah jua yang mengenalkan. Malah kita ini seluruhnya adalah dalam kawalan Allah.

Kita ini fana hakikatnya, namun wujudnya kita ini, diperlihatkan kita ini di mata-mata orang lain juga adalah atas kuasa Allah. Dengan kehendak dan izin Allah.

Inilah hakikat yang kita sedari. Namun tetap dalam menjalankan kehidupan, kita jalankan syariat yang dipandu oleh Allah dalam wahyuNya. Manusia membukukan atas ilham yang diberikanNya menjadi sebuah kitab yang dikenali sebagai Al-Quran, Al-Furqan dan lain-lain.

Nabi Muhammad dipilih Allah menjadi manusia contoh kepada semua manusia di dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Nabi Muhammad di jadikan dari kalangan manusia ini sendiri kerana mudah dilihat secara jelas dan terang apa yang dilakukan oleh Nabi 100% tepat seperti yang dikehendaki Allah.

Walaupun banyak persoalan mengapa tidak Nabi Muhammad dijadikan Allah sejak awal-awal kejadian manusia menggantikan Nabi Adam agar manusia sejak awal mampu menjalani kehidupan yang terbaik sebagai hamba Allah, ia bukan sesuatu yang utama kita fikirkan. Ia akan berbalik pada jawapan Allah “Aku lebih tahu apa yang kamu tidak ketahui”.

Siapa kita untuk bertanyakan persoalan atas kehendak Allah. Yang diminta oleh Allah kepada setiap diri kita adalah menjadi pemain yang terbaik dalam dunia ini sebagai hamba Tuhan. Bukan mempersoal dan mengaturkan mengikut kehendak sendiri sehingga melawan Allah. (Pencerahan “pemain yang terbaik” ditulis di sini)

Pastinya jawapan ini tidak menjawab persoalan yang dikemukakan. Namun jawapan ini menjelaskan bahawa persoalan itu tidak penting dan utama dalam kehidupan kita ini.

Semoga artikel ini mampu memberikan semangat dan motivasi pada diri kita di dalam terus melaksanakan kehendak Allah yakni menunaikan tanggungjawab kita yang terbaik demi kerana Allah SWT.

Semoga berbahagia setiap saat dalam kesedaran kepada Allah yakni dalam Ihsan tanpa terputus sesaat pun.

Fuad Latip
3 September 2012

Incoming search terms:

Memahami Aturan Allah SWT #2

3 September 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Untuk yang pertama, klik sini, Memahami Aturan Allah SWT

 Seandainya saudara sekarang berada dalam ujian Allah, sedarilah bahawa kita perlu melalui sesuatu perkara atau sebuah keadaan sekarang ini untuk berada pada sebuah keadaan berikutnya.

Ia adalah syarat yang ditetapkan Tuhan. Sedarilah keadaan sekarang ini. Sentiasa berada dalam “Now”. Minda yang terhebat BUKAN BAWAH SEDAR. Tetapi berada pada SUPER SEDAR yakni sangat peka dengan keadaan disamping sedar Allah SWT. Berada dalam Ihsan. Barulah sentiasa berada dalam “zikir”.

Orang yang banyak berada di bawah sedar mudah DIPUKAU. Tapi inilah yang banyak dikatakan hebat kerana kita terlalu mengikut mereka yang tidak memahami Ihsan.

Lalu tidak sedar ada yang lebih hebat iaitu Ihsan. Kerana itu asyik melakukan ‘affirmation’ dan ‘attraction’ pada makhluk Tuhan. Bukan terus pada Tuhan.

Wujudlah perjuangan Law of Attraction dan Law of Universe kepada selain daripada Allah yang mana seandainya tersilap sedikit sebenarnya boleh membuatkan kita yakin selain daripada Allah. Mengaku dalam tidak sedar bahawa ketika kita yakin pada sesuatu benda atau keadaan lebih daripada menyakini Allah. Membuatkan kita sekadar menyedari kuasa Allah berbanding Allah “sendiri” (Dzat).

Dan Allah menguji kita dengan memakbulkan apa yang kita “affirmkan” pada makhluk dan universe. Lalu kita semakin jauh dari yakin pada Tuhan secara total.

Mengapa tidak sahaja “affirm” dalam doa dan munajat kepada Allah SWT tanpa perantara seperti “affirm” pada makhluk dan universe?

Ingin kaya.. ye terus sahaja “ya Allah aku ingin kaya macam orang itu ya Allah”.
Ingin kereta… ye terus sahaja “ya Allah aku ingin kereta macam orang itu ya Allah”.

Tanpa melepaskan kesedaran pada Allah walau sesaat pun. Sentiasa berada dalam Ihsan.

Ternyata doa juga tidak mengkayakan kita melainkan menjalankan syariat Allah iaitu PERLU bekerja untuk mendapat rezeki.

Saudara, yang utama pada kita adalah menjalankan syariat Allah. Panduan kita diberikan Allah dalam Al-Quran yang menceritakan SunnatullahNya.

Praktikalnya telah dijalankan oleh Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. secara jelas dan nyata yang terkandung dalam hadith-hadith dan juga kitab-kitab yang diriwayatkan oleh imam-imam besar kita.

Ketika membaca Al-Quran, sedarilah ia adalah “kata-kata” Allah kepada kita. Jika tidak, kita seperti baca buku cerita yang dikarang manusia. Sekadar baca dengan tatabahasa yang benar namun tiada kesan di jiwa.

Allahuakbar! Niat menulis status 2-3 baris. Sudah terlebih berpuluh-puluh baris. Ketika pengajaran sampai, Allah ingin diri ini mencatatkannya untuk diri sendiri dan anak-anak.

Semoga sentiasa berada dalam Ihsan. Mengekalkan kesedaran kepada Allah adalah jihad. Dan jihad tidak sepertinya untuk perkara-perkara yang disukai. 🙂

“Berangkatlah kamu dalam keadaan senang dan susah, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(QS At Taubah 9: 41).

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword