Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Bagaimana Praktikal Untuk Sabar Dan Ikhlas

30 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Kalau kita ingin sabar…. tidak perlu menyabarkan diri.

Jika kita ingin ikhlas…. tidak perlu ikhlaskan diri.

Ternyata ketika kita sabar dan ikhlaskan diri…. kita sekadar mencipta sabar dan ikhlas yang menipu. Alhirnya kita penat sendiri. Ia sekadar di fikiran. Tidak di hati.

Lalu bagaimana? Ambil cara ini dan beritahu sahabat lain. Masukkan dalam ceramah atau bengkel saudara.

Untuk sabar dan ikhlas…. diri perlu sentiasa berada dalam ihsan. Dalam kesedaran akan Allah.

Lalu latihlah, berjihadlah agar diri sentiasa sedar Allah. Langkah paling mudah untuk awal adalah sentiasa berkomunikasi dengan Allah.

Ketika sedar Allah, kita pasti disabarkan Allah. Kita pasti diikhlaskan Allah.

Keimanan itu terus masuk dalam jiwa disamping iman yang sedia ada. Jiwa diilhamkan Allah dengan rasa benci dengan keburukan, kejahatan dan kemaksiatan.

Inilah jalannya untuk sabar dan ikhlas.

Incoming search terms:

Hidup Perlu Ikut Sunnatullah

28 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Persoalan masa lampau ketika bertemu guru.

Soalan: “Guru, mengapa orang bukan Islam ramai yang berjaya sedangkan mereka tidak percaya pada Allah?

Guru: “Ye Mereka memang tidak percaya dan beriman pada Allah. Tetapi mereka MENGIKUT Sunnatullah.

Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Hukum tetap hukum jika tidak beriman. Namun kasih sayang Allah tetap ada pada semua makhlukNya. Allah pandu kita dalam hidup ini dengan sunnatullah.

Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Amalkan untuk lebih faham dan lalui pengalaman.

Nak berjaya, rajin berusaha.

Nak bodoh, rehat tak perlu buat apa-apa.

Nak miskin, duduk lepak tak perlu buat kerja.

Iman dan tidak beriman ada bezanya. Orang tidak beriman pasti akan marah-marah dan tidak sabar bila ikut sunnatullah tapi hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan.

Orang beriman sedar sebagai wakil Allah, kita perlukan lakukan kerja kebaikan dulu. Sebab itu orang beriman pasti akan MENJALANKAN syariat disamping sedar hakikat. Baru dapat rasai pengalaman iaitu bermakrifat.

Kemudian redha semua yang dilakukan dan ketentuan atas apa yang dilakukan. Sedar semuanya adalah ATAS IZIN ALLAH walaupun ikut sunnatullah.”

Sebab kita perlu ikut sunnatullah, mari buat kerja. Sunnatullahnya, buat kerja, baru habis kerja yang banyak itu. Sunnatullah juga, jika tidak buat kerja, kerja yang ada itu tidak akan siap. 🙂

Fuad Latip

Incoming search terms:

SELAMAT HARI RAYA 1433H

16 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

InshaAllah tahun ini saya akan pulang ke kampung saya di Sungai Siput (U) Perak untuk menyambut hari raya bersama keluarga. (Tahun lepas di Bintulu Sarawak)

Sempena Aidilfitri atau lebaran ini, kita semua bermohon maaf di atas segala kesalahan kita. Namun jangan sekadar memohon maaf tetapi tidak mengetahui mengapa kita digalakkan untuk memohon maaf di hari yang mulia ini.

Ramadhan telah melatih kita agar kita benar-benar menjadi insan yang bertaqwa. Insan yang benar-benar kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah SWT. Sebagai wakilNya dalam melaksanakan segala amanahNya di muka bumi ini.

Kita memohon maaf kepada Allah sepanjang Ramadhan. Namun segala kesalahan kita kepada manusia akan terhapus ketika manusia itu memaafkan kita.

Di hari mulia ini kita memohon maaf pada Allah, kita melepaskan keterikatan dengan harta benda yakni berzakat dan kini kita memohon maaf sesama kita dalam tujuan menyucikan jiwa kita. Jiwa yang bersih dan suci pasti akan sentiasa mampu menerima ilham taqwa dari Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185:
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. 

Semoga kita terus membesar dan mengagungkan Allah dalam kesedaran setiap saat.
***
Dengan kerendahan hati dan penyesalan, Saya memohon maaf kepada semua di atas kesalahan-kesalahan saya. Saya juga memohon maaf kerana saya tidak mampu berjumpa setiap orang untuk memohon maaf melainkan sekadar menggunakan laman web ini sahaja.

Semoga saudara semua sentiasa sedar Allah dan sentiasa berkomunikasi denganNya.

Semoga jiwa kita semua diperkuatkan oleh Allah dalam mengawal nafsu kita yang pasti akan teruji lebih hebat bermula 1 syawal ini nanti.

Berhati-hati pulang ke kampung. Sedarlah, orang yang berpuasa adalah orang YANG SABAR. Maka mohonlah pada Allah agar diberikan kesabaran ketika memandu.

Salam AidilFitri. Salam Lebaran. Salam Sejahtera. Salam Kemuliaan.

Fuad Latip
27 Ramadhan 2012

AUDIO Perkongsian JPHBT

15 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Alhamdulillah. Siap 8 file Audio dalam format MP3 perkongsian ringkas JPHBT. Tajuk-tajuknya ada di dalam gambar.

InshaAllah akan terus di tambah dari masa ke semasa. Semoga menjadi peneman saudara di mana jua berada.

Mohon komen agar dapat diperbaiki.

Download file dalam format .zip dan ekstrak guna winzip atau winrar untuk dapatkan format mp3.

http://www.fuadlatip.com/jphbt
scroll ke bawah selepas ruang komen.

Aku Kembali Kepada Fitrah

13 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ketika aku melihat anak kecil ini
Hati ini sangat bahagia
Ada getaran dalam dada
Yang benar-benar masuk ke jiwa

Aku melihat anak kecil ini
Berada dalam fitrah sejatinya manusia
Diri yang tidak pernah berasa ada
Namun sedar dan sangat peka pada kelilingnya

Anak kecil ini bersih
Tiada fikiran yang mengganggu
Dia hanya menangis mengikut fitrah
Namun tidak pernah ada keinginan malah jangkaan

Anak kecil ini tidak tahu dia menangis
Menangisnya adalah fitrahnya memberitahu alam
Namun tidak pernah mengharapkan si ibu
Datang mendakapnya kerana dia tidak tahu apa-apa

Ilham Tuhan datang masuk ke jiwa ibu
Lalu ilham itu mengaktifkan fikiran dan tenaga si ibu
Ibu datang kepada anak kecilnya
Memahami perintah Tuhan untuk melayani anak kecil ini

Ya Allah,
Aku difahamkan olehMu
Sungguh indah puasa ini
Menjadikan aku Insan bertaqwa
Menjadikan aku Insan kembali kepada fitrahku

Puasa melatih aku menjadi seperti anak kecil
Membawa diriku berada di atas rasa
Sehingga diri tidak berasa ada
Lalu musnahlah ke’aku’an yakni ego seorang hamba Tuhan

Puasa mengembalikanku kepada fitrah sejati
Aku usahakan kebaikan seperti apa yang dilakukan anak kecil ini
Menangis tapi tidak pernah ada keinginan
Tidak pernah ada harapan selain harapan kepada Tuhan

Puasa mengajarkan aku menjadi insan sejati
Mengenal kefanaan diri
Melakukan kebaikan kerana aku diperintahkan sedemikian
Tidak ada mengharapkan keduniaan

Puasa mengembalikan diri ini
Menjadi anak kecil
Menangis tapi tiada apa-apa mengharapkan si ibu
Kerana tahu dan sedar
Allah sentiasa ada memberikan segala harapan
Memberikan segala pertolongan

ya Allah,
Aku ingin menjadi hambaMu yang dipercayaiMu ya Allah
Aku kembali kepada fitrahku untuk melaksanakan tugasku dengan terbaik
Tanpa ada harapan dari manusia
Kerana aku tahu dan sedar
Engkau sentiasa ada memberikan segala harapan
Memberikan segala pertolongan
KepadaMu aku sembah
Dan kepadaMu aku Mohon Pertolongan.

[note] Anak kecil menangis tetapi mereka tidak sedar mereka menangis. Ia adalah fitrah anak kecil ketika diri terganggu. Samada lapar, demam atau apa sahaja. Mereka tidak pernah mengharapkan si ibu atau sesiapa kerana mereka masih tiada banyak fikiran lalu tidak tahu apa-apa.

Allah SWT yang mengaturkan semuanya. Memberi kefahaman kepada si ibu atau kita datang kepada anak kecil ini ketika dia menangis. Walaupun si anak tidak pernah meminta ibunya datang atau sesiapa pun memenuhi kehendaknya.

Anak kecil masih belum mengerti apa yang berlaku ke atas dirinya. Fitrahnya dia menangis.

Fitrahnya kita pasti mengikut seperti anak kecil ini. Melakukan kerja tanpa ‘expectation’ apa-apa dari manusia. Melakukan kerja hanya untuk Allah dan kerana Allah. Melakukan kerana kita diamanahkan untuk melakukan kerja yang dikehendakNya.

Ketika kita ada ‘expectation’ dari manusia, pasti kita akan kecewa. Lihatlah di mana jua pun. Seperti status facebook yang menceritakan bagaimana manusia menulis status kecewa walaupun hal yang sangat kecil. Kerana mereka ada ‘expectation’ dari manusia.

Kita kecewa kerana tidak menyedari segala apa yang berlaku atas kehendak Allah. Kita kecewa kerana kita gagal menerima kehendak Allah. Umpama Iblis kecewa kerana tidak menerima kehendak Allah menjadikan Adam.

Kembalilah kepada fitrah. Menjalankan kerja-kerja yang diamanahkah Allah tanpa ada apa-apa ‘expectation’ dari manusia. Hanya mengharapkan redha Allah SWT. Redha dan menerima atas apa yang dikehendaki Allah.

Semoga memahami erti fitrah. Selamat kembali kepada fitrah.

Fuad Latip
24 Ramadhan

Menyedari Malam LailatulQadar

10 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya menerima email bertanyakan tentang bagaimana untuk mampu menyedari malam lailatulqadar?

Jawapan ringkas kepada email itu adalah…. JANGAN BERSEDIH DENGAN TAKDIR ALLAH.

Kemudian datang lagi email lanjutan, “mohon pencerahan”.

Saya balas kembali, bersedih atas takdir Allah membuatkan jiwa kita tidak menerima apa pun jua termasuk rahmat daripada Allah.

Agar tidak ada lagi email lanjutan, saya terangkan terus, jika bersedih, diamlah seketika sambil sedarilah akan Allah SWT. Panggillah Allah perlahan-lahan… ya Allah. Katakan padaNya… ya Allah aku terima segala kehendakMu ya Allah… aku terima. Ampunilah hambaMu ini ya Allah… maafkan hambaMu ini kerana tidak menerima selama ini ya Allah.

Ulangi terus. Semoga jiwa diperkuatkan Allah SWT.

InshaAllah jiwa yang menerima pasti akan mampu bersedia menyambut berita daripada Tuhannya. Berita itu hanya mampu masuk ke dalam jiwa yang bersih, suci dan bersedia.

Jawapan untuk menyedari malam lailatulqadar…. JANGAN BERSEDIH dengan takdir Allah. Pastikan jiwa bersedia menerimanya dan jiwa yang bersedia digambarkan dengan tindakan, tingkahlaku dan amalan kita.

Fuad Latip
21 Ramadhan 1433H

Incoming search terms:

Janji Ditepati

9 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Janji yang tidak pernah dimungkiri dan tidak mungkin akan dimungkiri.

Dulu mereka bersama kita. Suatu hari kita akan bersama mereka.

Salam 20 Ramadhan. Semoga memiliki keredhaan Allah. Sentiasalah sedar dan bersiap sedia. Benar, manusia itu sering mati dalam keadaan tidak sempat mengabiskan kerjanya di dunia ini.

Kematian itu sentiasa datang dengan TIBA-TIBA tidak kira masa dan di mana anda berada.

Tiada alasan untuk memohon tangguh walaupun anda mungkin belum mengabiskan apa jua kerja anda.

Fuad Latip
20 Ramadhan 1433H


Incoming search terms:

Kisah FL dengan Mekanik Kedai Tayar.

6 August 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya baru balik dari menukar tayar kereta. Alhamdulillah sempat menceritakan keindahan islam dengan santai kepada tuan punya kedai merangkap mekanik (berbangsa cina, berumur 24 tahun) yang melakukan kerja-kerja menukar tayar tadi.

Ketika tayar kereta perlu dibuat ‘alignment’, motor mengangkat kereta beliau rosak. Beliau membawa saya ke Puchong Utama, kedai bapanya (juga kedai tayar) untuk membuat ‘alignment’.

Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit. Masa yang terbaik untuk sembang santai tentang Islam. Saya mulakan dengan hal puasa.

Saya mulakan dengan bertanya, “Bos (panggilan bos biasanya disenangi oleh taukeh yang baru menjadi tuan punya syarikat)… lama tak? takut nanti tak sempat berbuka puasa”.

Saya tahu beliau mesti tanya semula… pukul berapa buka puasa?

Dari sini bermulanya sembang santai tentang puasa.

Saya membandingkan puasa Islam dengan puasa dalam agama Hindu yang tidak sama. Puasa dalam Islam mengikut semula jadi manusia. Saya tidak gunakan perkataan ‘fitrah’ kerana seorang bukan Islam tidak mengerti perkataan-perkataan sedemikian.

Saya katakan juga puasa bukan sekadar untuk lapar dan dahaga. Bila dia minat untuk tahu atau ada pertanya… ooo ye ke?…. saya terus menyambung mengatakan puasa untuk mengawal keinginan diri kita. Saya tidak katakan ‘nafsu’ kerana dia pasti tidak faham.

Saya katakan manusia itu sentiasa ingin lebih. Makan lebih, berbelanja lebih, beli itu ini lebih dari keperluan, sentiasa ingin perempuan tanpa kawalan dan macam-macam. Jadi puasa itu tak boleh makan, bazir duit, tidak boleh melakukan seks dengan isteri…. tapi lepas berbuka.. semua sudah boleh. Menggambarkan puasa dalam Islam bukan diluar semula jadi manusia.

Dalam perbualan ini, beliau tidak hanya senyap, tapi beliau juga rancak bertanya. Saya juga menerangkan Islam beza dengan sami buddha. Sami terus buang kehendak semulajadi manusia. Tidak kahwin, tidak mahu baju yang cantik dan harta sekadar keperluan.

Pelbagai lagi kami sembang santai. Masanya agak banyak untuk bersembang. Sewaktu pergi ke kedai bapanya dan sewaktu pulang semula ke kedai beliau. Semuanya persoalan tentang amalan dalam agama.

Walaupun saya pasti ia belum membuatkan beliau minat dengan Islam, masih memikirkan hal bisnes dan duit, namun yang utama saya dapat membina sebuah kenalan dengan beliau.

Kedainya hanya di kawasan kedai di luar kawasan rumah saya ini sahaja. Jika sesekali saya ke kedai mamak depan sana, boleh saja belanja teh tarik.

Saya tidak ada kehebatan dalam berdakwah. Namun sekurang-kurangnya kita bercerita tentang apa yang berlaku keliling kita dan menjuruskan kepada ketuhanan. Kerana semua yang ada keliling kita ini adalah agama. Apa yang kita lakukan semua ini adalah agama walaupun hanya mengetik papan kekunci ini juga adalah sebuah agama.

Selamat berbuka hari ke-17 Ramadhan.

Fuad Latip
17 Ramadhan 1433H

Incoming search terms:

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Memberi kemaafan itu mampu membuka belenggu-belenggu yang menyempitkan hati.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword