Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

EBOOK JPHBT VOL 8: BAHAGIA BERSAMA ALLAH

23 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Download Ebook JPHBT Vol 8

Gunakan Email yang telah didaftarkan sebelum ini untuk login. Jika baru, sila daftar dahulu.

Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk menjadi hamba yang mengamati. Di ketika jasad melemah, kita seharusnya menjadi kuat. Jasad dan Ruh umpama dua sahabat yang berjalan menuju kepada Allah. Jasad ini sentiasa ingin kepada benda-benda yang sama asal dengannya yakni berasal dari tanah. Makanan, minuman, seks, kebendaan etc. Semuanya berasal dari tanah.

Ruh sentiasa ingin ke Allah. Fitrahnya sedemikian. Ruh dijadikan terlebih dahulu daripada sahabatnya jasad oleh Allah SWT. Sekitar umur 4 bulan dalam kandungan, barulah ia digabungkan dalam sebuah proses persenyawaan. Ia berbeza persenyawaan antara sperma dan ovum. Kerana itu kita seringkali menyebut “ada nyawa” bermakna adanya gabungan ruh dan jasad.

Dalam perjalanan ini, seringkali jasad mengganggu dengan segala kehendaknya. Inilah nafsu yang sentiasa inginkan kepada tarikan-tarikan yang berasal dari tanah tadi. Perkara-perkara yang menjadi keinginan (nafsu) jasad inilah dikenali sebagai Hawa. Lalu kita selalu kata hawa nafsu yakni perkara yang menjadi keinginan nafs.

Bersambung di dalam ebook JPHBT Vol 8.

Semoga Kita Mendapat Keizinan dan Redha Allah.

22 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Semoga kita mendapat keizinan dan redha Allah.

Izin tidak semestinya redha dan redha tidak semestinya diizinkan. Ia sangat jauh bezanya.

Boleh jadi kita diizinkan kaya oleh Allah. Namun apakah kekayaan kita itu mendapat redha Allah?

Boleh jadi apa yang kita inginkan diredhai Allah. Namun belum tentu Allah izinkan kerana belum sampai waktu atau tidak terbaik buat kita.

Izin adalah sesuatu yang dibenarkan untuk dilakukan atau diberikan sesuatu itu untuk kita ambil dan miliki. Redha adalah kasih sayangNya.

Berapa ramai orang yang munafik dan ingkar pada Allah namun diizinkan kaya, sihat dan sebagainya oleh Allah. Namun apakah mereka diredhai Allah?

Berapa ramai yang tidak memiliki sesuatu yang baik dan sesuatu itu adalah sangat diredhai Allah namun tidak diizinkan Allah untuk kita memiliki kerana hanya Allah yang tahu sebabnya?

Jika kita tidak diizinkan apa yang kita inginkan dan yang diredhai Allah, pasti digantikan Allah dengan yang lain. Ketika kita memiliki kita akan lebih suka dan redha dan Allah meredhai apa yang kita miliki itu. Allah Maha Tahu dan lebih tahu keperluan diri kita lebih daripada kita sendiri.

Namun manusia itu lebih suka mendapatkan sekadar izin Allah dan tidak pedulikan samada ia diredhai atau tidak.

Semoga setiap hari apa yang kita miliki ini bukan sekadar atas izin Allah namun atas izin dan redha Allah SWT.

Ya Allah Ya Rahman, Semoga setiap apa yang aku lakukan selama aku hidup ini adalah sesuatu yang diredhaiMu ya Allah. Amin

Incoming search terms:

Melatih Diri Dengan Mudah Agar Puasa Tidak Sekadar Lapar dan Dahaga.

22 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hari ini jangan diturutkan kehendak diri ingin makan pelbagai menu dan lauk ketika berbuka. Buka sahaja dengan kuih atau jika tahan hanya dengan buah kurma (saya memilih kurma dan satu jenis kuih).

Kehendak ingin makan macam-macam itu dihentikan. Inilah latihan. Untuk mendapatkan kekuatan menahan kehendak ini, tingkatkan kesedaran bahawa nanti makan kuih dan minum air pun pasti akan kenyang. Setelah kenyang, hilanglah segala kehendak makan itu ini.

Setelah berpuluh tahun kita memberi dan melepaskan jasad ini dengan keinginannya semasa berbuka, kali ini tidak lagi. Jika tidak, berlaparlah kita seharian. Menahanlah kita dari keinginan itu ini dari awal pagi hingga terbit fajar. Namun kita tetap umpama tidak berpuasa. Yang ada hanya lapar dan dahaga. Puasa tidak memberikan apa-apa latihan kepada kita.

Berbuka puasa di malam hari itu sebagai penilaian berapa berkesannya ibadah puasa siang harinya. Berapa kuat kita tidak mempedulikan sang jasad yang sentiasa ingin menguasai tanah ini agar diri kita mampu mengikuti ‘basyirah’ yakni ‘ada yang tahu’ (ruh) kerana sang ruh tidak pernah terikat dengan apa pun kecuali sentiasa ingin kembali kepada Allah. Inilah fitrah sang ruh. Dan kita diminta untuk kembali kepada fitrah mengikuti sang ruh kembali kepada Allah SWT.

Harus lepas dari keterikatan jasad. Lalu latihan apa yang kita usahakan?

Sebab itu saya cadangkan agar lebih mudah dan mampu dipraktikkan, kita buat latihan menyekat kehendak makan kita. Membiarkan jasad tidak mampu menguasai diri. Apa yang diinginkan, berikan sekadar sedikit iaitu berbuka sekadar dengan kuih dan air.

Perlahan-lahan melatih diri. Baru ada latihan yang dijalankan. Dari latihan ini, latih pula untuk solat. Tinggalkan segala kerja yang ada dengan segera untuk solat.

Mari kita latih sama-sama. Puasa ini tidak mempedulikan sang jasad dengan kehendaknya. Kita biarkan…. nanti sentiasalah sedar ketika berkehendak…. “ahh! aku tidak akan pedulikan apa yang engkau inginkan (nafsu) wahai jasad. Diri ini adalah hamba Allah yang berpuasa di siang hari. Engkau tidak akan mampu mengikat diri ini untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT.”

Fuad Latip
2 Ramadhan
22 Julai 2012

Salam Ramadhan. Selamat Berjuang.

21 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya memohon maaf di atas segala kesalahan saya samada dalam penulisan atau ketika berbicara ketika kita berjumpa di luar samada ketika bengkel atau selain darinya.

Semoga dengan kemaafan saudara, diri saya tidak dihalang oleh belenggu-belenggu yang mengikat diri ini untuk benar-benar mendapat redha Allah justeru kembali kepada fitrah.

Saya mohon maaf. Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa itu melatih diri agar mampu terlepas daripada keterikatan nafsu lantas mampu mengawal nafsu.

Nafsu itu itu apa? Nafsu itu keinginan diri dan keinginan diri harus berada dalam wilayah yang dibenarkan Allah SWT sesuai dengan fitrahnya diri.

Apa itu Hawa? Hawa adalah sesuatu yang diinginkan oleh nafsu. Lalu disebut hawa nafsu.

Apakah yang menyebabkan nafsu tidak mampu dikawal? Fikiran. Ketika fikiran tidak mampu dikawal oleh hati, maka fikiran akan menjadi dominan sehingga suara hati yang sentiasa berpegang pada fitrah tidak lagi mampu diikuti. Ketika ini fikiran akan menguasai diri dan seluruhnya. Fikiran hanya mampu memikirkan sesuatu sebatas ilmu tetapi memerlukan tuntunan jiwa yang diilhamkan Allah.

Allah menuntun diri ini melalui kurniaan ilham terus masuk ke dalam hati.

Cara yang mudah untuk mengawal fikiran adalah berkomunikasi sentiasa dengan Allah. Dengan ilmu yang ada, kita pasti kenal baik dan buruk.

Ketika suara hati menjerit sesuatu itu buruk dan tidak baik dilakukan dan fikiran pula ingin melakukan, cepat-cepatlah menyerahkan semuanya kepada Allah dengan berkomunikasi terus dengan Allah. Seandainya kita terus membiarkan fikiran ini berlawan dengan suara hati, fikiran ini akan mula di’affirm’ dan semakin difikirkan, ia menjadi semakin kuat. Keinginan atau nafsu kita mula meningkat. Suara hati perlahan-lahan akan tenggelam. Akhirnya nafsu akan mengawal kita.

Semoga pencerahan ringkas ini membuatkan saudara lebih memahami bahawa di bulan Ramadhan ini, utamakanlah PUASA INI kerana yang wajib adalah PUASA.

Sekali lagi, saya mohon maaf. Selamat berpuasa. Semoga mendapat redha dan rahmat Allah SWT.

Begini Saya Dirikan Solat Terawih

16 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dirikan solat sunat terawih dengan tukmaninah. Tidak perlu terburu-buru. Kerana itu saya mendirikan solat sunat terawih dengan santai kerana solat terawih bermakna istirehat.

Saya berbuka hanya dengan kuih muih sahaja. Kemudian mendirikan solat maghrib. Melayani anak-anak kerana biasanya sampai rumah dalam 6.30 – 7.00mlm. Kemudian mendirikan solat isyak samda di masjid atau berjemaah dengan isteri dan anak.

Jika di masjid, saya akan dirikan solat sunat terawih 2-8 rakaat sahaja bergantung kepada imam yang mengimami solat ini. Jika tergesa-gesa, saya akan mengerjakan 2 rakaat sahaja dan pulang. Jika imam tidak terburu-buru, kadang-kadang saya teruskan hingga 8 rakaat sahaja kecuali jika ada kerja di rumah yang lebih perlu dilaksanakan.

Tiba di rumah, saya rehat sekejap. Bermain dengan anak-anak. Kemudian setelah anak-anak tidur dalam pukul 10mlm, saya akan dirikan solat sunat terawih lagi. Biasanya akan berehat setelah 2 atau 4 rakaat saya dirikan.

Saya akan membuat kerja mana yang perlu samada kerja PhD, browse internet mencari ilmu, membaca tafsir Al-Quran untuk lebih memahami Al-Quran (jika sekadar membaca Al-Quran, saya telah qatam banyak kali. Kerana itu saya utamakan baca terjemahan dan tafsir untuk lebih memahami) dan pelbagai kerja.

Jika mengantuk, saya akan tidur. Alhamdulillah kerana setiap hari pasti akan terbangun sekitar jam 2-3 pagi, maka Ramadhan juga tiada masalah untuk bangun. Maka sambung lagi solat sunat terawih. Ketika ini adalah masa yang afdal untuk solat sunat termasuk solat sunat terawih.

Jika mengantuk, saya akan tidur namun dalam kesedaran Allah SWT di mana kita tidur tapi mudah terjaga. Saya selalu ajarkan dalam bengkel. Saya namakan Terapi Tidur. Tidur yang sangat lena tapi mudah terjaga.

Beginilah saya lakukan solat sunat Terawih sepanjang bulan Ramadhan sehingga masuk waktu sahur.

InshaAllah nanti tip bagaimana menjalani puasa agar yang diutamakan adalah puasanya. Bukan Tadarus Al-Quran dan terawihnya diutamakan sedangkan puasanya tetap gagal. Namun tidak salah mengerjakan yang sunat.

******

Tidak perlu terjerit-jerit ketika berselawat ketika selesai 2 rakaat solat terawih.

Firman Allah SWT
“Sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri disertai perasaan takut (melanggar perintahnya) di samping tidak menguatkan suara, iaitu di pada waktu pagi dan petang. Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai.” – Surah al-A’raaf:205.

“Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (dengan mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepada-Ku. Oleh itu, mereka hendaklah menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan mereka hendaklah beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul.” – Surah al-Baqarah: 186.

Saudara boleh baca sebab penurunan ayat ini (Tafsir al-Qurthubi, jilid 1, muka surat 219) dan pasti akan memahami mengapa saya kata tidak perlu terjerit-jerit ketika berselawat.

****
Terapi Tidur

Saya namakan terapi tidur untuk tidur dalam kesedaran Allah SWT. Caranya mudah. Ketika saudara mengantuk, jangan dilayani ngantuk itu. Gunakan masa ini untuk mempertahankan kesedaran pada Allah. Berkomunikasi terus dengan Allah apa yang ada di fikiran sehingga saudara tertidur. Namun ketika berkomunikasi, sedarilah Allah SWT. Bukan sedari apa yang difikirkan lebih kuat berbanding sedar Allah SWT. Untuk sedar Allah SWT, saudara perlu kenal Allah. Belajarlah untuk kenal Allah SWT.

InshaAllah dengan terapi tidur ini, saudara akan memiliki “deep sleep” dan sangat puas tidur walaupun sekejap. Nanti saudara akan ‘fresh’ semula dan mudah untuk terus melakukah ibadah di pertiga malam.

Incoming search terms:

Telefon Bimbit: Elakkan Pembaziran Bermula Awal Ramadhan

16 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya sudah lama ingin memberitahu hal ini. Seringkali terlupa.

Sedarkah saudara sekarang ini, semua voice mail telah diaktifkan oleh syarikat komunikasi (Telcos) secara automatik. Seandainya saudara membuat panggilan dan tidak dijawab dalam beberapa deringan, saudara pasti akan masuk ke voice mail ini.

Caj dikenakan walaupun saudara memutuskan panggilan kerana saudara sudah masuk ke blok penggunaan minit pertama. Caj bergantung kepada Telcos yang saudara langgani.

Biasanya caj adalah sekitar 10-12 sen. Saudara mungkin akan membuat panggil sekali lagi dan kemungkinan besar akan masuk lagi ke voice mail.

Dahulu voice mail ini tidak diaktifkan secara automatik. Sesiapa yang ingin dan memerlukan sahaja. Kini tidak. Ini adalah kezaliman pihak Telcos ke atas pengguna yang tidak sedar hal ini.

Berapa ramai yang memerlukan voice mail? Jika ingin dengar, kita perlu bayar untuk mendengar pesanan yang ada dalam voice mail. Saya secara peribadi memang tidak suka dengan voice mail. Jika ingin menyampai apa jua pesan, gunalah SMS. Lebih effektif.

Cuba saudara buat pengiraan dalam satu hari berapa banyak RM Telcos ini buat duit dengan hal ini tanpa kita sedari.

katakan dalam sehari ada 1 juta panggilan yang masuk ke voice mail. Bukan 1 juta orang, tetapi 1 juta panggilan. Realitinya kekadang seorang itu membuat panggilan lebih sekali masuk ke voice mail.

Seandainya 1 juta panggilan, maka pendapatan Telcos adalah:
1 juta X 10 sen (ambil paling murah) = RM100K

Apakah tindakan kita?
Mari kita bantu sesama kita dengan telefon Telcos dan minta matikan voice mail ini. Saya telah lakukan sejak mula saya sedari hal ini.

{note} dibenarkan untuk menyebarkannya.

Fuad Latip
16 Julai 2012

Incoming search terms:

Law Of Universe Yang Benar

11 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mari kita jalankan Law of Attraction dan juga Law of Universe YANG BENAR. Setelah berdoa, pertahankan keinginan itu terus dalam hati. Jika lemah, ulangi terus kata-kata di bawah pada Allah hingga apa yang kita katakan kuat tertanam dalam hati kita. Bukan pada universe atau selain Allah. Percaya dan yakin kita pada Allah. Melihat alam atau pada ciptaan Allah adalah untuk membawa kita benar-benar yakin pada Allah “sendiri”. Bukan terhenti dengan sekadar percaya dan yakin pada kekuasaanNya.

Mari kita katakan pada Allah yakni berdoa. Bukan membaca doa… tetapi berdoa. Mudahnya… berkata-kata dengan Allah atau berkomunikasi dengan Allah. Lakukan, saudara akan rasakan Ilham itu masuk terus ke jiwa ketika saudara benar-benar bersedia jiwa dan raga demi kerana Allah. Bersedia untuk dijalankan Allah. Bersedia untuk diwakilkan Allah. Mari…

Ya Allah, ya Rahman,
hari ini hambaMu ini
SIAP BERSEDIA untuk dipanjangkan umur,
bersedia untuk melakukan kebaikan,
bersedia untuk menerima rezekiMu ya Allah,
bersedia untuk sihat,
bersedia untuk menyantuni orang lain ya Allah,
bersedia untuk menghargai orang lain ya Allah,
bersedia untuk rajin ya Allah,
bersedia untuk bekerja ya Allah,
bersedia untuk memenuhi keperluan keluarga ya Allah,
bersedia untuk membuka pintu hati menerima cahayaMu ya Allah,

HambaMu ini bersedia untuk menerima segala kehendakMu ya Allah.

Oleh itu ya Allah, hambaMu mohon agar diberikan olehMu umur yang baik, petunjuk dan kekuatan dalam melakukan kebaikan, menyantuni, menghargai, memenuhi keperluan keluarga ya Allah. HambaMu mohon agar diIlhamkan dengan idea-idea yang terbaik untuk menggunakan kemahiran yang hambaMu ini miliki untuk menerima rezekiMu ya Allah.

Ya Allah, hambaMu ini ingin menjadi hamba yang dipercayaiMu ya Allah. Hamba Yang Taat ya Allah. Hamba yang sentiasa membuat kebaikan ya Allah. Hamba bertaubat ya Allah. Hamba yang sentiasa dekat denganMu ya Allah. Yang mengikut segala perintahMu dan yang meninggalkan segala larangan-laranganMu.

Namun hambaMu tidak mampu melainkan dituntun dengan Ilham daripadaMu ya Allah.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.

[note] jangan sekadar baca apa yang saya tuliskan ini. Tetapi berdoalah pada Allah lebih kurang begini. Duduklah diam… tenangkan hati.. total berserah pada Allah… dan berdoalah. Bukan membaca doa…… tetapi BERDOALAH yakni berkomunikasilah dengan Allah.

Fuad Latip
11 Julai 2012

Incoming search terms:

Semangat Setiap pagi

9 July 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Marilah di pagi ini…. kita katakan pada Allah dengan membenarkan dalam hati kita sebagai semangat hari ini dan hari-hari seterusnya. Kita terus akan pertahankan apa yang kita katakan sebagai sebuah perjanjian ini.

“ya Allah…. sesungguhnya ya Allah aku akan pastikan mulai pagi ini ya Allah bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu ya Allah. Akan aku pastikan ya Allah. Aku mohon dariMu kerahmatan dan kasih sayangMu untuk hambaMu ini menjalani kehidupan hari ini ya Allah.”

Lafazkan saudara. Jangan sekadar baca senyap. Lafazkan perlahan-lahan dengan katakan pada Allah janji kita di atas.

Lalu jagalah diri saudara, hati dan sahsiah rupa diri termasuk cara pemakaian, percakapan, tingkah laku dan lain-lain agar tetap terus MENJADI HAMBA YANG DIPERCAYAI ALLAH. Inilah TUJUAN utama dan pertama yang harus ada dalam diri kita.

Saudara, saya ucapkan selamat berjuang untuk menjadi HAMBA YANG DIPERCAYAI ALLAH.

Fuad Latip
9 Julai 2012

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword