Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

JPHBT: Terapi Jodoh: Jodoh adalah Ganjaran

24 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Saya memahami sendiri bahawa Jodoh adalah ganjaran daripada Allah SWT. Ganjaran bermakna kita harus lakukan sesuatu dan barulah diberi ganjaran.

Dalam hal Jodoh ini, ia sama dengan rezeki wang, kesihatan, anak etc. Ia adalah pemberian Allah SWT.

Motivasinya adalah ketika kita memahami jodoh adalah ganjaran, bermakna kita harus lakukan kebaikan terlebih dahulu. Kemudian inshaAllah pasti Allah berikan kita jodoh atas kemurahan dan kasih sayangNya.

Sama seperti wang. Kita harus bekerja untuk mendapatkan rezeki. Bila, di mana, banyak mana, siapa semuanya atas kehendak Allah. Begitu juga dengan kesihatan. Kita harus menjaga kesihatan kita dan inshaAllah kita akan sihat. Namun seandainya demam sekali sekali, sakit sendi sikit-sikit etc itu semua adalah ujian kesabaran buat kita.

Begitulah halnya jodoh. Harus ada sesuatu yang perlu dilakukan. Lalu tanyalah Allah apa yang perlu dilakukan dalam mendapatkan jodoh. Adakah perlu bersedekah? Adakah perlu turut serta dalam hal kebajikan etc.

Ini adalah sebuah pengajaran hari ini yang disampaikan di dalam Bengkel Terapi Jodoh.

Fuad Latip
24 Jun 2012

Incoming search terms:

JPHBT Parenting: Teknik Memberi Ganjaran Kepada Anak

21 June 2012 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mukaddimah:

Teknik ini menggunakan teknik bagaimana Allah SWT memberi ganjaran kepada hambaNya.

1. Dalam memberi ganjaran kepada anak, saya tidak berikan atau berjanji terlebih dahulu ganjaran kepada anak agar anak melakukan kerja yang saya minta.

2. Apa yang saya lakukan adalah ketika anak inginkan sesuatu, mereka perlu melakukan sesuatu kerja terlebih dahulu.

Contoh dari kisah sebenar:
Saya minta anak saya (si kakak) untuk belajar. Saya tidak menggunakan teknik beri ganjaran agar kakak belajar. Saya gunakan teknik lain dalam hal ini (tidak dijelaskan di sini).

Namun anak saya ini pasti ada sahaja yang dia kehendaki setiap minggu. Jadi saya gunakan kesempatan ini di mana saya katakan pada beliau, kakak akan dapat apa yang kakak inginkan itu apabila kakak melakukan sesuatu kerja (kerja yang saya ingin dia lakukan untuk kebaikan dirinya ketika itu).

Contoh:
1. Mulai saat ini kakak perlu solat penuh berimam dengan ayah.
2. Mulai saat ini kakak perlu dengar cakap mak dan ayah.
3. Mulai saat ini kakak tidak boleh gaduh dengan adik (si abang).

Perbezaan dua teknik:
1. Beri atau janji beri ganjaran terlebih dahulu agar anak melakukan kerja.
2. Anak minta sesuatu dahulu. Lalu ketika itu diberikan syarat untuk mendapatkan apa yang dia kehendaki.

Cara perlaksanaan:
Jangan tetapkan limit masa untuk dia melakukan syarat yang kita tetapkan.
Contoh:
1. Minggu ini kakak perlu buat baik. Salah.
2. Mulai saat ini kakak perlu buat baik. Betul.

Tidak kisah seandainya selepas dapat apa yang dia kehendaki, dia akan melanggar semula syarat-syarat itu. Tujuan kita melaksanakan teknik ini untuk mengajar anak bahawa untuk mendapatkan sesuatu, dia perlu melalui sedikit kesusahan untuk belajar hidup.

Kesan:
Ada yang mengatakan nanti kelakuan anak tidak ikhlas kerana melakukan sesuatu kerana apa yang dia kehendaki. Tidak mengapa. Ini adalah proses belajar.

Teknik ini adalah teknik dalam Al-Quran:
Allah juga menjanjikan ganjaran buat kita apa yang kita kehendaki yakni kebahagiaan serta kesenangan dalam pelbagai hal. Namun semuanya akan dimiliki seandainya kita melakukan kerja.

Allah tidak memberi kepada kita dahulu agar kita melakukan sesuatu. Kita perlu lakukan sesuatu dahulu dan barulah kita memiliki apa yang kita kehendaki. Kita perlu mengikut sunnatulah yang baik untuk mendapatkan yang baik dari Allah.

Namun ketika melakukan, kita akan mengalami keadaan sebenar. Di sana ada ‘sedar’ dan ‘rasa’. Lalu akan membuatkan kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan kerana ikhlas tidak semestinya datang sebelum melakukan sesuatu tetapi mungkin ketika dan selepas kita melakukan sesuatu.

Fuad Latip
21 Jun 2012

Pengajaran Dari Al-Quran

17 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Apa pengajaran yang saudara miliki setelah membaca surah Al-Baqarah berkali-kali?

Teringat ketika guru bertanya tentang pengajaran dari sebuah surah dari AlQuran, diri ini tergagap-gagap menjawab… lalu jawapan sang guru…

Baca lagi…. kerana masih belum ada pengajaran yang kamu miliki.

Selepas itu saya berguru dengan guru yang lain. Belajar tafsir. Setelah sudah memahami pengajaran yang ada dalam surah tersebut, saya datang semula kepada guru saya yang bertanya tentang pengajaran dari surah sebelum ini.

Ketika saya datang semula untuk sekelian kalinya, guru bertanya lagi dengan soalan yang sama. Apa pengajaran yang kamu miliki dari surah ini?

Saya dengan hebatnya (perasan sendiri) menceritakan pengajaran yang ada dalam surah Al-Baqarah itu.

Setelah menceritakan pengajaran yang saya belajar daripada guru tafsir itu, guru saya yang berada di hadapan itu berkata….

“Kamu belum lagi mendapat apa-apa pengajaran dari surah itu.”

Saya terkejut dan tertanya-tanya. Apakah selama ini aku belajar dari guru tafsir yang salah?

Ada kekuatan untuk aku bertanya apa sebenarnya maksud guruku.

Guruku menjelaskan…. “apa pengajaran yang kamu dapat dari surah itu dalam kehidupanmu sendiri? Yang kamu jelaskan itu adalah pengajaran asas yang ada yang ditafsirkan oleh ulama-ulama terbilang. Kamu menjelaskan ilmu buku. Ilmu kitab. Ilmu dari ulama.

Namun apa langsung tidak ada pengajaran yang kamu miliki untuk hidupmu? Yang diilhamkan Allah terus dalam dadamu dalam bentuk kefahaman ketika kamu membaca Al-Quran.

Kamu membaca Al-Quran namun apakah kamu tidak menerima apa-apa pengajaran yang boleh mengajar kamu untuk dekat denganNya?

Aku tidak tahu apa pengajaran untuk diri kamu sendiri kerana ketika aku membaca Al-Quran, aku faham pengajaran untuk kehidupan aku sendiri.

Allahurabbi…. sejak itu saya memahami, sungguh Al-Quran mempunyai tafsirnya.

Namun apa pengajaran, petunjuk dan kefahaman yang saya terima untuk diri saya ketika saya membacanya?

Kehidupan kita ini adalah unik.

Ketika kita dapat memahami pengajaran untuk kehidupan kita dari Al-Quran, ketika itulah hidup kita dapat dijalankan selari dengan petunjuk yang ada di dalam Al-Quran. Kita menjalani hidup kita sendiri dan kita harus faham apa yang dikehendaki Allah dalam hidup kita ini.

Inilah Al-Quran. Petunjuk sepanjang zaman untuk sesiapa sahaja. Ketika kita sedar Allah ketika membaca Al-Quran.. yakni membaca dalam IHSAN, pasti kita akan mendapat pengajaran dari ayat-ayat yang kita baca.

Fuad Latip
17 Jun 2012

Apa yang kita laksanakan dengan pengajaran yang kita terima dari apa yang kita baca. Maka Al-Quran tidak lagi sekadar baca tetapi menjadi petunjuk dalam hidup kita walaupun mungkin dalam hal yang kecil.

Cth: Dalam surah Al-Baqarah, saya memahami sesuatu dan saya laksanakan… iaitu jangan banyak tanya ketika di arahkan. Lakukan dan baru kita akan faham.

Dalam Surah Al-Baqarah, ketika Nabi Musa meminta kaum Bani Israil mencari lembu, pelbagai soalan ditanyakan. Lalu semakin banyak soalan, semakin rumit pula lembu yang perlu dicari. Pada hal jika mencarinya dari awal, kemungkinan tidak sukar mencari mana-mana lembu.

Dalam hidup kita, ketika kita diarahkan Allah untuk lakukan kebaikan, ye lakukan tanpa banyak soal. Nanti makin banyak soal, kita tinggal dalam persoalan tapi tidak juga melaksanakan kebaikan. Dan kebaikan yang kita ingin lakukan itu banyak pula persoalan yang menyusahkan kita untuk melakukan kerana kita banyak soal… tapi tidak juga lakukan.

Namun banyak pengajaran lain yang kita boleh miliki dalam hidup kita sendiri. Pastinya tidak sama. Kerana itu Al-Quran Universal. Sesuai sepanjang zaman untuk setiap individu kerana pengajarannya adalah dari Allah kepada yang membaca. Ayat yang ada hanyalah ayat dari Allah SWT. Kefahaman itu tetap dari Allah.

Incoming search terms:

Yakin AdaNya vs Yakin PadaNya

17 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sesuatu yang sangat mudah dilakukan namun seringkali diabaikan…. berkomunikasi dengan Allah apa jua yang difikirkan dalam apa jua keadaan dan masa. Saudara akan rasakan sendiri saudara bertambah sedar denganNya dan hari ke hari akan lebih yakin dengan Allah SWT.

Cinta , sedar dan yakin adalah persoalan JIWA. Namun komunikasi adalah kelakuan. Maka yang mampu, mudah dan praktikal adalah berkomunikasi dengan Allah. Lalu akan memberi kesan yang besar pada cinta, sedar dan yakin.

Tidak sekadar PERCAYA dan YAKIN ADANYA Allah.
Tetapi PERCAYA dan YAKIN PADA ALLAH. Sepertinya hanya sedikit saja bezanya. Namun hakikatnya ia amat besar bezanya.

Ramai yang Yakin ADA-NYA.
Namun ramai yang TIDAK Yakin PADANYA.

Cara paling mudah dan asas adalah BERKOMUNIKASI. Ia akan mewujudkan rasa CINTA kita padaNya. Kita akan sentiasa rasa Dia sentiasa ada bersama di mana jua kita berada. Lalu KESEDARAN kita padaNya sentiasa kekal dan bertambah saat ke saat.

Ketika kita terus hidup dalam KESEDARAN padaNya, kita melihat segala sesuatu perkara dalam KESEDARAN. Tingkah laku kita terjaga. Kita tidak lagi berasa keseorangan di mana ketika berasa keseorangan, kita mudah melakukan keburukan. Solat kita mudah dan cepat terus SEDAR padaNya.

Ketika kita berada dalam KESEDARAN padaNya, KEYAKINAN kita padaNya akan meningkat dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini.

Di ketika keyakinan kita kuat dan kukuh, kita tidak akan bersandar lagi kepada selain daripadaNya. Kita akan benar-benar berserah padaNya.

Berserah itu bukan sekadar menerima apa yang telah terjadi tetapi kita benar-benar menerima kehendakNya. Kita mengikut apa yang telah diperintahkan dan ditetapkan. Kita menjalani kehidupan dengan menerima sunnatullah.

Tingkatkan keyakinan kita agar TIDAK sekadar YAKIN ADA-NYA, namun kita benar-benar kuat dan kukuh YAKIN PADANYA.

Cara mudah yang boleh dilakukan terus saat ini adalah… BERKOMUNIKASI denganNya apa yang difikirkan saat ini.

Fuad Latip
17 Jun 2012

[note] dibenarkan dan terima kasih kerana sudi menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Hidup Perlukan Kegelapan Sesaat

13 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mata berkedip memberi kesedaran bahawa hidup ini wajib mengalami kegelapan sesaat.

Ketika kita menolak kesempitan dan kesusahan disebabkan kegelapan, ia umpama mata yang enggan berkedip.

Ketika “enggan berkedip”, pada saat tertentu, hamparan keindahan kehidupan akan berubah menjadi kepedihan, kebosanan, memenatkan malah akan hilang tumpuan dalam penglihatan.

Mata perlu berkedip malah itulah hukum yang ditetapkan Allah. Agar mata dapat disinarkan semula untuk melihat keindahan dan memberi tumpuan dalam hidup bersama kesedaran penuh pada Allah. Disamping menghilangkan kepedihan dan keletihan.

Inilah kehidupan…. wajib mengalami kegelapan sesaat. Untuk membersihkan jiwa yang seringkali pedih dan kabur akibat lalai dalam kesenangan.

Fuad Latip
13 Jun 2012

Incoming search terms:

35 Tahun

11 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Malam tadi aku tidur agak awal. Sekitar jam 9pm. Anak-anak dan isteri juga begitu. Penat kerana petang itu kami balik dari rumah kakak di trolak, Perak. Berjumpa dengan emak.

Pagi, saya dikejutkan dengan tangisan anak kecil tanda meminta susu ibu. Hari ini umur anak kecil ini genap 5 bulan.

Aku lihat jam sekitar 2pg. Bangun, minum milo secawan dan terus mengambil wuduk.

Hari ini hari yang sangat istimewa untukku. Keluar dari bilik air ketika ingin membentangkan sejadah, isteriku yang sedang menyusukan anak berkata….

“Abang, happy birthday…. selamat hari jadi”.

“oh! Terima kasih…”, aku membalas dengan senyuman dalam cahaya yang malap. Cahaya lampu tidur.

Siangnya aku bertemu mak, mengucapkan terima kasih melahirkan aku. 35 tahun lalu aku dilahirkan secara songsang. Tangan keluar dahulu. Tanpa pembedahan apa-apa. Tetap lahir secara normal.

Terima kasih buat mak yang redha dengan kelahiran ini. Boleh sahaja mak tidak mahu membenarkan kelahiran ini ketika keadaan yang boleh membawa mak kepada maut. Tapi pasrah dan berserah total pada Allah. Allah SWT juga redha ketika seorang ibu redha.

Semalam saya bertemu mak, memohon agar terus redha dengan diri saya ini. Saya berterima kasih pada mak walaupun ia tidak mampu membalas apa jua belaian mak pada saya dari kecil hingga sekarang dan pastinya akan datang.

Pagi ini saya datang bermunajat pada Allah. Memohon taubat, keampunan dan kemaafan dengan segala kesalahan selama 35 tahun hidup di muka bumi ini.

35 tahun hidup tetapi berapa tahunkah yang baru sedarkan Allah sepanjang hidup ini. Astaghfirullah! Mana mungkin diri ini tidak tersungkur sujud pada Allah.

Selepas solat sunat, saya sekadar duduk… bercerita lagi dengan Allah tentang hidup. Apa saja… tentang anak-anak, tentang kerja, tentang PhD, tentang ibadah, tentang syukur, tentang kesedaran, tentang JPHBT, tentang saudara sebagai pembaca dan tentang semuanya.

Semoga hari-hari dalam sisa-sisa hidup ini yang ada, diri ini terus menyedari Allah setiap saat. Dengan menyedari Allah setiap saat, pastinya solat dapat didirikan dengan sempurna dan berasa ringan melakukan. Mampu sabar, berserah, pasrah, redha hasil daripada taqwa yang dituntun oleh Allah SWT. Diberikan semangat hasil dari kekuatan yang didayakan oleh Allah SWT kepada diri ini.

“ya Allah, jadikanlah kami semua ini menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya ya Allah. ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami ya Allah.

Ya Allah, lembutkanlah hati kami yang keras membatu. Ya Allah, cahayailah hati kami yang gelap gelita. Ya Allah, bukalah pintu hati kami yang tertutp rapat.

Ya Allah jadikan apa yang kami lakukan terus berada di jalanMu ya Allah, penuh manafaat buat semua umat, tidak menjadi kemurkaanMu dan tidak sesat ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih,”

Fuad Latip
11 Jun 2012
(genap 35 Tahun berkelana di alam dunia ini)

Oh! Inilah kehendakNya

8 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

oh! kehendakNya
Ia sangat berbeza dengan
oh! ketentuanNya

Walaupun makna ini datang dari “berserah”,
makna pertama lebih membuatkan kita terus bersemangat untuk terus berusaha seandainya disedari.

Makna pertama memberikan kefahaman dan kesedaran kepada kita bahawa ada sesuatu dikehendaki Tuhan di masa hadapan menyebabkan sesuatu dikehendaki Tuhan berlaku di ketika ini.

Dan kita harus mengalami sesuatu di saat ini sebagai syarat ke atas sesuatu yang di hadapan berlaku kerana semuanya sedang mengikut kehendak Tuhan.

Namun dalam masa yang sama, semua ini adalah ketentuanNya adalah benar.

Namun perkataan “ketentuan” itu selalunya merujuk kepada apa yang sedang berlaku dan agak menutup diri kita menyedari bahawa sesuatu yang berlaku sekarang ini PERLU berlaku untuk berlakunya sesuatu di masa hadapan sebagai “kehendak”Nya.

oh!…….. saudara sedang membaca… inilah sesuatu yang dikehendaki Allah untuk sesuatu yang saudara tidak tahu di masa hadapan. Lalu saudara akan terus bergantung kepada Allah SWT setiap saat.

Dengan kesedaran ini, kita pasti akan menerima sentiasa apa jua yang berlaku saat ini kerana apa yang berlaku saat ini adalah perlu berlaku untuk sesuatu di masa hadapan. Oh! inilah kehendakNya.

Fuad Latip
8 Jun 2012

SQ, EQ, IQ dan PQ

4 June 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Di ketika kita sedar akan Allah dalam apa jua keadaan, kita sentiasa mampu berserah dan menerima segala kehendak Allah SWT. Kita mampu memahami petunjuk yang diilhamkan Allah dalam jiwa kita. Jiwa kita tidak akan melepaskan Allah setiap saat hidup ini. – SQ

Ketika kita sedar akan Allah SWT, kita tidak akan kehilangan akal mahupun fikiran. Malah akal dan fikiran kita akan lebih baik berbanding dalam keadaan tidak sedarkan Allah SWT. – IQ

Di ketika kita sentiasa sedar Allah SWT setiap saat dalam hidup kita, emosi kita juga bertambah baik kerana kita sentiasa berada dalam kesedaran diri. Kita tidak akan tenggelam dalam rasa. Kita sentiasa berada di atas rasa.- EQ

Ketika sedar Allah, pastinya Allah akan mengilhamkan kita daya kekuatan untuk melakukan kebaikan. Lalu kita benar-benar bersemangat dalam melakukan kebaikan termasuk segala kerja rutin kita setiap hari seperti bekerja, menguruskan keluarga dan semua rutin yang baik. – PQ.

Ketika kita sedar Allah setiap saat, kita mampu memiliki semua kecerdasan i.e. SQ, EQ, IQ dan PQ.

Yang seterusnya adalah teknik dan kaedah-kaedah bagaimana kita menjalankan apa yang diilhamkan serta didayakan Allah dalam apa jua bidang samada pembangunan manusia, perniagaan, pendidikan, pengurusan etc.

Di sinilah Rasulullah SAW memberikan contoh terbaik kepada kita bagaimana melaksanakan syariat yang terbaik disamping tidak melepaskan hakikat keTuhanan. Sentiasa sedar Allah SWT dalam setiap apa yang dilakukan berdasarkan pelbagai kaedah dan cara.

JPHBT tidak membawa kaedah dan cara kerana banyak kaedah dan cara yang baik diperkenalkan oleh mereka yang hebat-hebat. Namun yang ditekankan oleh JPHBT adalah membangun dan mengekalkan KESEDARAN KEPADA ALLAH dalam setiap kaedah atau cara yang sedang kita laksanakan.

Fuad Latip
4 Jun 2012

Incoming search terms:

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Memberi kemaafan itu mampu membuka belenggu-belenggu yang menyempitkan hati.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword