Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Memahami Kehidupan #1

31 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Ketika kita dikritik yang melampau oleh sahabat, kekadang mungkin dihina, kekadang dibenci dan didengki dan pelbagai lagi, jiwa yang sedar ini harus bertanya…

Siapa yang berkehendak semua ini?
Siapa yang mengaturkan semua ini?

Seandainya mereka sedar, mereka juga tidak mahu benci, dengki etc kerana mereka pasti letih dan penat dengan jiwa yang sempit dengan mengkritik, menghina, membenci, dengki dan pelbagai lagi.

Namun, hakikat semua ini adalah ketentuan yang diaturkan oleh Allah untuk memberi sebuah pengajaran kepada kita. Terpulang samada kita ingin menyedari pengajaran ini atau tidak.

Seandainya kita sedari, kita akan temui jawapan atas apa yang berlaku iaitu Allah SWT sedang mengajar kita tentang sesuatu hal dalam hidup kita ini. Yang perlu kita fahami adalah…

“apakah pengajaran Allah itu?”.
“apakah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita agar kita mampu memahami pengajaran dari Allah?”

Bukannya…

“mengapa semua ini terjadi?”
“mengapa Allah aturkan semua ini untuk aku?”

Juga bukannya sibuk melayani mereka-mereka yang sendiri tidak mampu melepaskan jiwa mereka dengan ilham fujur yang diterima mereka akibat salah sendiri yang tidak mahu menyedari Allah setiap waktu.

Yang Sentiasa Bahagia
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Syukur Yang Sebenar

30 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Syukur itu bukan sekadar ucapan tetapi perbuatan dan amalan kita.

Ketika mendapat rezeki, ucapan Alhamdulillah itu adalah memuji Allah. Syukurnya adalah ketika kita membuat sesuatu kebaikan dengan rezeki itu (nafkah anak-anak, membeli keperluan keluarga, sedekah etc kebaikan).

Ketika kita ucap Alhamdulillah tetapi rezeki dijalankan ke arah yang salah, kedekut, simpan untuk diri sendiri semata-mata, buat maksiat etc keburukan maka ia bukan syukur kita kepada Allah.

Ketika kita bersyukur dihidupkan kembali hari ini oleh Allah setelah mematikan kita setiap hari yakni tidur, ia bukan sekadar ucapan. Tetapi amalan hari ini seharusnya amalan yang dilakukan adalah amalah yang penuh kebaikan membuktikan kita ini hamba yang bersyukur.

Ketika bersyukur kerana kita masih diberi kasih sayang oleh Allah, ia bukan sekadar ucapan. Seharusnya benar kita saling memberikan kasih sayang antara kita mengikut hubungan siapa kita. Antara sahabat, antara ibu, ayah dan anak. Antara keluarga etc.

Ketika kita bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik, seharusnya jasad ini digunakan ke arah kebaikan. Bukan sekadar kata-kata “syukur aku sihat”.

Inilah syukur yang sebenarnya. Ia bukan sekadar kata-kata pujian tetapi ia adalah seluruhnya… syukur di jiwa, di bibir dan di perbuatan.

Semoga setiap hari kita sama-sama termasuk saya menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

“ya Allah, hambaMu mohon ya Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk menjadi hambaMu yang bersyukur kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih”.

Incoming search terms:

Mudahnya Selesaikan Masalah

21 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Fahami ini:

Dengan izin Allah, ,masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.

Contoh:
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula.
Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh.
Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.

Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah.

Masalah akan selesai ketika Allah mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.

Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.

Di sinilah kita mula rasa bahagia. Lalu saat ini kita sudah tidak kisah lagi dengan duit yang hilang jumpa atau tidak, bila kita akan sembuh, bila kita akan berjaya. Yang ada ketika ini adalah semangat dan kekuatan untuk terus berusaha.

Berusaha mencari rezeki. Berusaha untuk berikhtiar berubat untuk sembuh. Berusaha untuk berjaya.

Yang ada pada kita dalam wilayah kemanusiaan ini hanyalah berusaha. BUKAN MENENTUKAN. Di saat inilah kita nanti mampu memahami ilham dari Allah sehingga mungkin kita tidak jumpa duit yang hilang kembali tetapi menerima rezeki yang lebih banyak. Mungkin kita akan lambat sembuh namun sembuhnya kita akan benar-benar sembuh malah menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bersyukur.

Mungkin kita tidak berjaya dalam hal yang kita gagal itu namun kita berjaya di dalam hal yang lain yang mana ia lebih baik.

Fahami ini…. fahami aturan Allah dan hidup yang diaturkan Allah ini.. maka kita setiap hari pasti akan bahagia biar pun apa jua yang berlaku kerana hidup kita sememangnya sentiasa ada ujian-ujian.

Hidup ini memang susah. Ini hakikat. Tidak perlu ubah hakikat ini dengan mengatakan hidup ini mudah. Kita merosakkan fikiran kita dengan hal yang tidak benar.

NAMUN jangan berhenti sekadar hidup ini susah. Harus juga sedar sambungannya… HIDUP INI SUSAH NAMUN AKAN MUDAH SEANDAINYA DIRI BERGANTUNG TOTAL 100% KEPADA ALLAH SWT.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
21 Mac 2012

Incoming search terms:

Masalah Itu Persepsi

20 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sesuatu itu tidak dikatakan masalah seandainya jiwa kita menerimanya. Jiwa dipegang Allah dan HANYA Allah Yang mampu menjadikan jiwa kita mampu menerima apa pun jua dalam hidup ini.

Berserah = menerima kehendak Allah + patuh pada ketetapanNya.

Tidak berilmu: terima kehendak Allah bahawa kita tidak berilmu dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib mencari ilmu.

Miskin: terima kehendak Allah kita miskin dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib cari rezeki agar tidak miskin kerana miskin boleh menjerumuskan diri kepada kekafiran.

Kaya: Terima kehendak Allah kita dikayakanNya dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib sedekah, zakat dan melepaskan harta benda untuk menyebarkan rezeki yang ada kepada yang memerlukan.

Pandai: Terima kehendak Allah Yang memandaikan kita dan patuh pada ketetapanNya iaitu perlu menyebarkan ilmu kebaikan kepada yang lain.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (QS: Al-Baqarah, 2:155)

Siapa orang yang sabar menerima kehendak Allah? Allah beri jawapan di dalam ayat seterusnya,

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(QS: Al-Baqarah, 2:156)

Lalu jangan sekadar faham teori. Kembali dengan benar iaitu menyedari Allah SWT hingga kuat hubungan kita dengan Allah.

Incoming search terms:

Pertemuan Terindah

16 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bukan khusyuk yang kucari… bukan sedar yang ingin kumiliki. Aku hanya ingin dekat denganMu ya Allah.

Pertemuan:
Mari kita fahamkan hal ini bermula di sini. Saya ada hal yang ingin dibincangkan dengan ibu saya. Apa yang saya lakukan?

1. Saya akan datang kepada Ibu saya dan benar-benar saya hadapkan wajah saya kepada beliau. Saya pasti sangat kuat rasa pertemuan saya dengan ibu saya. Rasanya jelas, benar dan nyata kerana saya sedar saya bertemu dengan Ibu saya. Saya yakin beliau adalah Ibu saya kerana saya kenal ibu saya.

2. Saya mulakan bicara dengan memberi salam, bersalam dan bertanya khabar. Nada suara saya pastinya lembut.

Dalam 2 langkah di atas, ia tidak perlu kita belajar dengan buku. Ia adalah tertib yang kita pelajari dari pengalaman. Di dalam dua langkah di atas, saya mengenepikan dahulu apakah yang ingin saya katakan pada ibu saya. Yang utama, saya hadir kepada beliau. Kemudian saya membina hubungan yang akrab dengan beliau.

Kini seterusnya:
3. Ketika hubungan terbina, saya asyik dalam pertemuan ini. Ketika asyik, saya tidak sedar bahawa saya sedang asyik. Yang saya sedar hanyalah yang ada di hadapan saya seorang yang sangat saya sayangi dan kasihi… Ibu saya. Barulah saya membincangkan perkara yang menjadi tujuan saya dalam pertemuan saya dengan Ibu saya.

*****

Ketika saya mempunyai hal yang ingin saya “bincangkan” dengan Allah, saya akan lakukan perkara yang sama. Saya tidak datang menerpa kepada Allah dengan masalah atau hal yang ingin saya sampaikan kepadaNya. Saya tidak hadir kepada Allah semata-mata kerana masalah saya.

Saya tidak sama sekali meluahkan masalah saya dengan kasar malah dengan suara yang tinggi kepada Allah apa yang ingin saya luahkan. Saya tidak memohon agar Allah segera menyelesaikan masalah saya. Saya tidak tergesa-gesa dan mendesak Allah.

Saya hadir dengan sedar, dengan menyedari kehambaan diri saya dan keTuhanan Allah SWT.

Ketika saya menyedari hal ini, pasti saya tidak akan kurang ajar dengan Allah kerana saya sedar siapa diri saya ini. Saya akan datang dan membina hubungan dengan Allah. Pujian yang benar datang dari jiwa kerana sedar kehambaan diri dan KeTuhanan Allah.

Syukur yang dipanjatkan bukanlah atas apa yang diberikan sahaja namun ucapan terima kasih kepadaNya yang tidak setanding dengan nikmat kurniaanNya.

Kemaafan dimohon. Saya hadir dengan hormat tunduk sebagai hambaNya. Saya hadir dengan menyatakan diri ini tiada apa-apanya.

Ketika hubungan akrab ini terbina, di sinilah yang dikatakan “asyik”….. yang dikatakan khusyuk. Ketika khusyuk, saya tidak sedar saya khusyuk. Malah saya dari tadi tidak mencari khusyuk. Yang saya sedar hanyalah Yang ada di hadapan saya… Allah SWT.

Kemudian barulah dengan rasa malu saya meluahkan permohonan saya kepadaNya. Malu mengadu masalah sedangkan Allah sudah memberikan yang terbaik setiap masa. Namun seringkali saya datang memohon kepada Allah agar Allah ajarkan saya mampu membuat sesuatu yang terbaik di sisiNya.

Namun sebenarnya banyak kali saya tidak mampu meluahkan masalah saya pada Allah kerana malu sendiri. Lagipun jiwa ini sudah terasa sangat lapang ketika hadir bertemu denganNya. Terasa segala masalah itu sudah selesai.

Inilah yang saya lakukan kerana saya tidak pandai dan tiada ilmu yang banyak dalam hal-hal agama. Saya tidak ada kelulusan apa-apa dan masih banyak perkara baik yang saya tidak lakukan.

Namun yang saya sedar dan terdaya, datang kepada Allah dengan benar sebagai hamba yang fana yang tiada apa-apa di sisiNya. Hal ini tidak memerlukan ilmu yang menggunung.

Sesiapa saja mampu datang kepada Allah dengan benar. Tidak kira berapa banyak dosa yang kita telah lakukan atau berapa banyak pahala yang kita himpun. Yang utama, datang benar dengan sedar kepada Allah.

Seandainya diri adalah pendosa, mohonlah keampunan. Yakinilah bahawa walaupun setinggi gunung dosa kita namun keampunan Allah seluas langit dan bumi. Namun bertekadkan sesekali tidak akan mengulangi dosa yang pernah dilakukan.

Hal ini sama ketika dalam solat. Saya tidak mencari sedar. Tidak mencari mana Allah. Tidak mencari khusyuk.

Yang saya lakukan, saya hanya hadir kepadaNya sebagai hambaNya. MemujiNya dengan benar.
Lalu memohon kepadaNya jalan yang lurus untuk menyelesaikan masalah saya.

Jalan yang benar untuk mengajar saya dalam perkara yang saya luahkan.
Jalan yang telah dimiliki oleh mereka yang sebelum saya.
Jalan yang tidak dimurkai Allah dan bukan jalan yang sesat.

Ini saja yang saya terdaya dalam apa jua perkara. Biarlah ketika saya hadir kepadaNya, air mata ini menitis. Kadang kala perlahan dan kadang kala laju. Biarlah kerana itu bukan yang saya cari.

Saya hanya ingin datang kepada Allah. Saya hanya ingin dekat denganNya. Saya hanya inginkan Allah. Selainnya, terserahlah padaNya.

Cubalah sekarang ini saudara hadir kepada Allah. Sedarilah Allah Yang Maha Dekat Yang Sentiasa Ada bersama saudara. Lalu dengan perlahan… dengan ingin hadir dan dekat denganNya.. panggillah .. “ya Allah”…… “ya Allah, hambaMu ini datang ya Allah..”

Fuad Latip
16 Mac 2012
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Bahagia Yang Menipuku

15 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Lama aku terperangkap dalam kepalsuan
Aku sangka
yang indah kulihat itu bahagia
yang merdu kudengar itu bahagia
yang lembut kusentuh itu bahagia

Sungguh bahagia itu benar masuk dari
mataku
telingaku
sentuhanku
terus ke dalam hatiku

Rasanya benar
Rasanya nyata
Rasanya jelas
Di dalam dada
Aku terasa bahagia
Benar-benar merasainya
Malah menikmatinya

Lalu aku sentiasa mencari
Sehingga menjadi agenda setiap waktuku
Saban hari, saban minggu
mencari… ke sana sini
yang indah, yang merdu, yang lembut
agar hatiku sentiasa bahagia

Rupanya aku tertipu
Walaupun aku rasa bahagia
Ia cuma bahagia sandaran

Hilang yang indah, hatiku resah
Hilang yang merdu, hatiku mencari
Hilang yang lembut, hatiku menunggu

Benarlah kata Allah
Ketika aku tidak menyedariNya,
Akibat sibuk mencari bahagia sandaran
Dia akan memasukkan syaitan dalam hatiku
Lalu syaitan-syaitan itu benar-benar
menghalangiku dari jalan yang benar
dan aku menyangka bahawa semua itu bahagia yang benar
Sedangkan aku tertipu

Oh! Tuhan,
Kini aku sedari bahawa bahagia yang sebenar
adalah bahagia yang tiada sandaran
melainkan bersandar hanya kepadaMu oh Tuhan.

Oh! Tuhan, Engkaulah yang terus mengilhamkan ke dalam hatiku bahagia
Engkaulah yang menjadikan aku cinta kepada keimanan
dan menjadikan iman itu indah dalam hatiku
serta menjadikan aku benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan.

Tanpa perlunya yang indah, yang merdu, yang lembut…
Kerana yang indah, merdu dan lembut itu adalah hanya sebuah sandaran
Hanya sebuah bahagia yang menipu

Terima kasih ya Allah kerana memilihku
menjadikan aku faham
lalu menjadikan aku tersedar
bahawa bahagia yang benar
adalah bahagia yang terus masuk ke dalam jiwa
tanpa melalui pacainderaku
dan bahagia itu adalah bahagia sejati tanpa sandaran

Terima kasih Tuhan
kerana menjadikan aku
HambaMu yang sentiasa menyedariMu setiap saat
dalam kehidupan ini
Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Fuad Latip
15 Mac 2012
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.fuadlatip.com/

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36-37)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti [kemauan] kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (QS: Al-Hujurat, 49: 7-8)

Tiada Kekuatan

11 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

2 tahun lepas,

Pernah ada seorang wanita (puan) berjumpa saya. Beliau tidak memakai tudung.

Di dalam berbual, saya katakan dengan terus terang…
Saya: Maafkan saya puan, saya ingin menyatakan hakikat sebenar.

Puan: Silakan.

Saya: Saya yakin puan sangat tahu malah memang tahu sejak lama bahawa menutup aurat adalah wajib.

Puan: Ye benar.

Saya terus menyambungkan kata-kata..
Saya: Namun saya juga yakin bahawa sebenarnya masalah puan adalah TIADA KEKUATAN untuk melakukannya bukan? (Dia mengangguk).
Saya beritahu puan bagaimana untuk memiliki kekuatan agar mampu mengikut apa yang dikehendaki Tuhan.

Saya terangkan tentang JPHBT. Alhamdulillah beliau kini bertudung serta menutup aurat dengan baik sekali. Beliau memiliki kekuatan datang dari jiwanya.

Bukan dimasukkan kata-kata positif ke otaknya. Tetapi jiwanya yang dipositifkan Allah telah menjadikan fikirannya positif. Malah suaminya juga memujinya bahawa isterinya sangat cantik dan menarik.

Jiwa suaminya juga diberikan hidayah oleh Allah.

Incoming search terms:

Sedekah atau Tidak

10 March 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Suatu masa yang saya telah lupa. Saya pernah ditanya dengan satu soalan tentang sedekah.

Penanya: En Fuad, saya seringkali didatangi dengan mereka yang meminta sedekah tetapi saya ragu samada mereka itu benar-benar orang susah atau tidak. Lalu disebabkan hal ini, hati saya berbelah bahagi samada ingin bersedekah atau tidak.

Saya: Saya sering mengalaminya juga. Apa yang saya lakukan, sepintas lalu saya tanya pada Allah … “ya Allah nak beri ke tak nak ni ye ya Allah.” Kemudian saya lakukan ikut dorongan hati saya. Kalau kuat dorongan nak beri, saya beri. Jika tidak… ye sudah.. jalan terus.

Penanya: Bukankah kita sombong kalau macam tu?

Saya: ye sudah. Kalau rasa kita sombong jika tidak beri… beri saja.

Penanya: Tapi kalau beri, nampak orangnya macam tipu je takde duit.

Saya: Soal orang itu tipu atau tidak itu perkara dia dengan Allah. Apa yang kita lakukan kepadanya itu soal kita dengan Allah. Kalau saya beri dia sedekah, pasti ada pahala untuk saya yang Allah berikan. Kalau dia tipu, ye sudah tentu dia berdosa dengan Allah.

Sederhana.

Incoming search terms:

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword