Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Seharusnya Kita…

17 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seharusnya kita sentiasa merasai dan menyedari bahawa KITA SUDAH MEMILIKI TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Menentukan, Maha Mengaturkan dan Maha Segala-galanya ke atas segala apa pun. Setiap hari seharusnya kita tidak lagi ragu kepadaNya serta tidak ragu dengan apa yang kita lakukan selagi kita terus menyedariNya dengan sebuah keyakinan mutlak kepadaNya.

Seharusnya kita sudah melepasi tahap untuk memiliki keyakinan kepadaNya kerana kita mendakwa bahawa kita orang yang beriman kepadaNya. Pastinya tidak ada lagi ragu-ragu kepadaNya. Tidak ada apa jua alasan yang memungkinkan kita seolah-olah ragu kepadaNya.

Seandainya kita masih mencari-cari agar jiwa ini yakin pada Allah, segeralah mohon kepadaNya agar diyakinkan jiwa ini kepadaNya. Bimbang kita masih berada di tahap yang jauh di bawah iaitu masih DI BAWAH tahap beriman kepadaNya. Kekadang yakin kekadang tidak atau yakin yang ada “tetapi”.

(Yakin pada Allah pasti akan yakin dengan apa yang Allah tetapkan dalam peraturanNya, Hukum hakamNya, kehendakNya dan semuanya termasuk takdir dan qadarNya.)

Seharusnya kini dan seterusnya kita tinggal menjalani sebuah kehidupan yang BERTUHANKAN ALLAH. Melakukan apa jua kebaikan dengan keyakinan penuh kepadaNya. Tiada lagi ragu-ragu, was-was dan bimbang apa jua yang terjadi kerana kita menyedari bahawa itulah jalan yang dikehendaki Allah untuk kita lalui dalam hidup kita ini.

Yang utama kita terus mempertahankan kesedaran kita kepada Allah agar kita mampu melakukan kebaikan dan perintah Allah dengan ikhlas dari jiwa yang bersih suci serta mampu meninggalkan dan mencegah kemungkaran dengan keluhuran jiwa yang benci kepada keburukan.

Seharusnya kini kita tidak lagi mempersoalkan tentang keyakinan kepadaNya kerana kita adalah orang-orang yang beriman kepadaNya.

Kita tidak lagi mempersoalkan takdir yang menimpa kita kerana kita yakin itulah jalan hidup yang perlu kita lalui. Kita lakukan apa jua kebaikan mengikut sunnatulah yang ditetapkan dan apa jua yang berlaku ketika kita menjalankan sunatullah serta apa jua hasilnya, kita berserah dengan yakin pada Allah bahawa Allah pasti memberikan kita kebaikan.

Kita tidak lagi mempersoalkan (sehingga pening kepala) bahawa apakah benar ini jalan yang terbaik yang kita lakukan di dalam melakukan kebaikan kerana kita yakin bahawa selagi kita berpegang pada tali Allah, inshaAllah Allah akan terus ilhamkan ketaqwaan kepada kita sehingga kita benar memilih pilihan yang ada.

Seandainya belum sampai ke tahap ini, berusahalah segera dengan kadar yang segera untuk membina keyakinan kepada Allah kerana seharusnya hal ini telah selesai semasa kita kecil lagi. Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT atas apa yang kita lakukan. Berpeganglah pada tali Allah dengan sentiasa menyedariNya setiap saat hidup ini.

Fuad Latip
17 Jan 2012

Popularity: 26% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword