- Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT) - http://www.fuadlatip.com/v1 -
EBOOK JPHBT VOL 7: HIDUP BERTUHAN
Ditulis Oleh Fuad Latip Pada 14 January 2012 @ 10:09 am Kategori hidup bertuhan | No Comments
Gunakan Email yang didaftarkan untuk login
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan lahirnya ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 7 ini yang saya namakan Hidup BerTuhan.
Tahun ini sudah 3 tahun lebih JPHBT berkongsikan tentang jiwa positif serta hidup bertuhan. Semoga ia terus bermanafaat buat saudara semua yang membacanya. Sebuah tulisan atas pengalaman sebagai hamba yang benar-benar ingin menjadi hamba yang dipercayaiNya justeru mampu melaksanakan amanahNya dengan sempurna sepertimana yang dikehendakiNya.
Saya memohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahan dan kesilapan sepanjang saudara mengikuti JPHBT ini. Saya harap saudara sudi menegur dan memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh saya dengan niat saling memperbetulkan.
Kesilapan dan kesalahan pasti akan disedari setelah melakukan apa yang disarankan kerana apa yang disarankan di dalam JPHBT bukanlah sekadar di fikiran tetapi harus lakukan untuk memiliki pengalaman sebenar. Saudara pasti akan menyedari apa yang saya maksudkan dalam penulisan setelah merasai sendiri daripada pengalaman saudara setelah melakukan.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang dipercayai Allah yang sentiasa sedar kepadaNya iaitu tanpa ada sesaat pun lupa dan melepaskan kesedaran kepadaNya.
Ikhlas
Fuad Latip
100112
Popularity: 30% [?]
Artikel Di Cetak Dari Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT): http://www.fuadlatip.com/v1
Artikel URL: http://www.fuadlatip.com/v1/2012/01/ebook-jphbt-vol-7-hidup-bertuhan/
Klik Sini Untuk Cetak.
Copyright © 2010 Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT). http://www.fuadlatip.com. Dibenarkan untuk disebarkan dengan syarat diberikan secara percuma.