Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Seharusnya Kita…

17 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Seharusnya kita sentiasa merasai dan menyedari bahawa KITA SUDAH MEMILIKI TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Menentukan, Maha Mengaturkan dan Maha Segala-galanya ke atas segala apa pun. Setiap hari seharusnya kita tidak lagi ragu kepadaNya serta tidak ragu dengan apa yang kita lakukan selagi kita terus menyedariNya dengan sebuah keyakinan mutlak kepadaNya.

Seharusnya kita sudah melepasi tahap untuk memiliki keyakinan kepadaNya kerana kita mendakwa bahawa kita orang yang beriman kepadaNya. Pastinya tidak ada lagi ragu-ragu kepadaNya. Tidak ada apa jua alasan yang memungkinkan kita seolah-olah ragu kepadaNya.

Seandainya kita masih mencari-cari agar jiwa ini yakin pada Allah, segeralah mohon kepadaNya agar diyakinkan jiwa ini kepadaNya. Bimbang kita masih berada di tahap yang jauh di bawah iaitu masih DI BAWAH tahap beriman kepadaNya. Kekadang yakin kekadang tidak atau yakin yang ada “tetapi”.

(Yakin pada Allah pasti akan yakin dengan apa yang Allah tetapkan dalam peraturanNya, Hukum hakamNya, kehendakNya dan semuanya termasuk takdir dan qadarNya.)

Seharusnya kini dan seterusnya kita tinggal menjalani sebuah kehidupan yang BERTUHANKAN ALLAH. Melakukan apa jua kebaikan dengan keyakinan penuh kepadaNya. Tiada lagi ragu-ragu, was-was dan bimbang apa jua yang terjadi kerana kita menyedari bahawa itulah jalan yang dikehendaki Allah untuk kita lalui dalam hidup kita ini.

Yang utama kita terus mempertahankan kesedaran kita kepada Allah agar kita mampu melakukan kebaikan dan perintah Allah dengan ikhlas dari jiwa yang bersih suci serta mampu meninggalkan dan mencegah kemungkaran dengan keluhuran jiwa yang benci kepada keburukan.

Seharusnya kini kita tidak lagi mempersoalkan tentang keyakinan kepadaNya kerana kita adalah orang-orang yang beriman kepadaNya.

Kita tidak lagi mempersoalkan takdir yang menimpa kita kerana kita yakin itulah jalan hidup yang perlu kita lalui. Kita lakukan apa jua kebaikan mengikut sunnatulah yang ditetapkan dan apa jua yang berlaku ketika kita menjalankan sunatullah serta apa jua hasilnya, kita berserah dengan yakin pada Allah bahawa Allah pasti memberikan kita kebaikan.

Kita tidak lagi mempersoalkan (sehingga pening kepala) bahawa apakah benar ini jalan yang terbaik yang kita lakukan di dalam melakukan kebaikan kerana kita yakin bahawa selagi kita berpegang pada tali Allah, inshaAllah Allah akan terus ilhamkan ketaqwaan kepada kita sehingga kita benar memilih pilihan yang ada.

Seandainya belum sampai ke tahap ini, berusahalah segera dengan kadar yang segera untuk membina keyakinan kepada Allah kerana seharusnya hal ini telah selesai semasa kita kecil lagi. Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT atas apa yang kita lakukan. Berpeganglah pada tali Allah dengan sentiasa menyedariNya setiap saat hidup ini.

Fuad Latip
17 Jan 2012

EBOOK JPHBT VOL 7: HIDUP BERTUHAN

14 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Download Ebook JPHBT Vol. 7

Gunakan Email yang didaftarkan untuk login

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan lahirnya ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 7 ini yang saya namakan Hidup BerTuhan.

Tahun ini sudah 3 tahun lebih JPHBT berkongsikan tentang jiwa positif serta hidup bertuhan. Semoga ia terus bermanafaat buat saudara semua yang membacanya. Sebuah tulisan atas pengalaman sebagai hamba yang benar-benar ingin menjadi hamba yang dipercayaiNya justeru mampu melaksanakan amanahNya dengan sempurna sepertimana yang dikehendakiNya.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahan dan kesilapan sepanjang saudara mengikuti JPHBT ini. Saya harap saudara sudi menegur dan memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh saya dengan niat saling memperbetulkan.

Kesilapan dan kesalahan pasti akan disedari setelah melakukan apa yang disarankan kerana apa yang disarankan di dalam JPHBT bukanlah sekadar di fikiran tetapi harus lakukan untuk memiliki pengalaman sebenar. Saudara pasti akan menyedari apa yang saya maksudkan dalam penulisan setelah merasai sendiri daripada pengalaman saudara setelah melakukan.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang dipercayai Allah yang sentiasa sedar kepadaNya iaitu tanpa ada sesaat pun lupa dan melepaskan kesedaran kepadaNya.

Ikhlas
Fuad Latip
100112

Erti Sebuah Kelahiran Buat Suami

12 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kelahiran Anak ke-3 11/01/12

“Dulu aku pernah diberitahu ibuku seandainya isteri kamu itu sedang melahirkan anak, jangan sekadar berada di samping dia, tetapi lihatlah sendiri bagaimana anak kamu dilahirkan oleh isteri kamu. Lihat sendiri proses anak kamu itu dilahirkan. Bagaimana isteri kamu melahirkan anak kamu.

Sejak itu aku tidak tahu apakah pengajaran yang bakal aku miliki.”

Allahurabbi!!! sudah 3 kali saya melihat anak saya dilahirkan. Sudah 3 kali saya melihat isteri saya melahirkan anak. Anak pertama melalui ‘cesarean’. Saya melihat sendiri bagaimana 2 orang doktor (dengan selamba.. kerana sudah biasa) yang bekerja dalam proses ‘cesarean’ itu.

Saya melihat sendiri bagaimana seorang doktor membuka bukaan belahan dan seorang lagi menolak kandungan dari atas untuk mengeluarkan anak saya. Menitis air mata saya melihat bagaimana isteri saya melalui semua ini.

Kali kedua dan ketiga adalah sama melalui proses normal. Saya sendiri diminta oleh doktor untuk memotong tali pusat bayi. Saya melihat sendiri semua proses sunatullah Allah SWT. Di sana ada banyak pengajaran. Allahuakbar!

Saya kembali teringat pesan mak saya dulu seperti di atas. Kini saya mengerti. Ketika saya melihat proses kelahiran ini, saya melihat kebesaran Allah malah lebih dari itu. Saya ‘melihat’ Allah Yang Maha Dekat Yang sentiasa Ada.

Saya melihat bayi yang tidak mengenal dirinya sendiri. Dimasukkan tiub yang panjang ke dalam mulut dan hidungnya untuk mengeluarkan lendir yang menghalang nafasnya, dia menangis tapi tetap tidak tahu apa-apa. Tidak tahu apa itu sakit. Tidak tahu mengapa dia menangis malah tidak tahu apa yang dia sedang lakukan (menangis) dan rasakan.

Dia masih berada dalam kefanaan. Mulai saat itu dia akan belajar dan diajarkan untuk mula merasai dirinya ada. Keegoaannya akan meningkat hari ke hari. Fitrah. Namun saya lah bertanggungjawab untuk mengajarnya akan sentiasa pulang ke Allah, tempat dia datang dan akan kembali agar dia mampu menjadi hamba yang tidak berasa ada…. fitrahnya bayi. Yang ada hanya Allah SWT.

Saya melihat dari peristiwa ini sebuah pengajaran besar dalam kasih sayang. Beginilah susahnya ibu saya melahirkan saya. Dulu tiada peralatan canggih. Hari ini jika sakit sedikit, dicucuk ‘epidural’ lalu hilanglah sakit. 34 tahun yang lalu saya dilahirkan songsang. Kaki keluar dahulu. Allahuakbar! Sungguh penyaksian isteri bersalin menyedarkan saya betapa peritnya ibu saya menghadapi saat yang sama.

“Ya Allah mohon agar ibuku dirahmatiMu ya Allah. Mohon agar aku dapat menjadi anak yang soleh terhadap ibuku.”

Isteri… ya Allah setiap kali saya menyakiti hati isteri, pasti pengalaman kelahiran anak ini muncul. Allah membantu untuk menghalang saya menyakiti hati isteri. Setiap kali itu jugalah saya tidak mampu lagi menyakiti isteri lalu merendahkan hati memohon keampunan daripadanya. Biarpun saya seorang suami, namun dia juga memiliki hak untuk saya memohon keampunan kepadanya setiap kali saya bersalah.

Jika dikenang saat seorang isteri melahirkan anak, saya yakin mana-mana suami pasti tidak sanggup menyakiti hati isterinya yang sentiasa melakukan kebaikan untuknya melainkan hati suami dipenuhi dengan ego dan bangga diri yang ‘bodoh’… ego tidak menentu dan tidak berakal.

Kini saya semakin mengerti mengapa ibu saya berpesan agar saya tidak sekadar hanya menemani isteri ketika isteri melahirkan anak tetapi melihat sendiri proses kelahiran itu.

Allahurabbi…. Maha Suci Engkau dan Segala Puji untuk Engkau Tuhan Yang Satu-satuNya layak disembah dan Tuhan tempat pengabdian segala makhluk.

Terima kasih ibu dan isteri. Dua wanita yang paling dekat di hati ini. Terima kasih ya Allah.. terima kasih.

Alhamdulillah ya Allah dengan kelahiran anakku yang ke-3
Nur Aadilia Annisa
11-01-12 3.55PM
3.05kg
Hospital AnNur Bandar Baru Bangi

Incoming search terms:

Sesekali Jangan

2 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sesekali jangan fikir orang lain akan faham sendiri kehendak kita. Terutama pasangan kita. Caranya…. kasitau saja lah baik-baik. Banyak kali pun tidak mengapa.

Sesekali jangan fikir orang lain akan ikut kehendak kita atau cara kita. Kalau kita kata orang lain ego kerana tidak mahu ikut kehendak kita, kita juga ego kerana inginkan orang lain ikut kehendak kita atau cara kita. Jika kita ingin orang lain ikut kehendak/cara kita, beritahulah baik-baik. Banyak kali pun tidak mengapa.

Sesekali jangan fikir orang lain akan fikir macam kita fikir. Walaupun hal “common senses” tapi bagi orang lain “common senses” nya tak sama dengan kita. Boleh jadi bagi kita sesuatu itu perlukan perhatian, bagi sesetengah orang tidak. Lalu jika ingin orang lain ambil perhatian, kasitaulah baik-baik. Banyak kali pun tidak mengapa.

Namun sebelum beritahu kepada mereka, mohonlah pada Allah kerana Allah yang memegang jiwa mereka dan yang mampu mengubah jiwa mereka hanya Allah SWT. Tidak ada sesiapa pun mampu mengubah jiwa mereka TERMASUK MEREKA SENDIRI… apatah lagi kita.

Sederhana… hanya terpulang samada untuk menerima atau tidak.

Azam Yang Sama Selama-lamanya

1 January 2012 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Macam-macam azam dan wish tahun 2012. Tidak kisahlah menyambutnya atau tidak… jika benar ingin ┬áberazam….

Azamlah jadi orang yang beriman yang khusyuk dalam solat. Kemudian benar berusaha ke arah ini. Kerana…. “sesungguhnya berjayalah orang yang beriman…. iaitu mereka yang khusyuk dalam solat.”

Lalu pasti akan berjaya, kaya, sihat, dinaikkan darjat oleh Allah, dpt petunjuk dan kekuatan, murah rezeki, diampuni dosa, dilindungi Allah.

Jelaskan semua ini? Bukankah kita percaya pada Al-Quran? Percayakan Al-Quran…. pasti percaya dan yakin pada Allah

Sudahlah…. fokuskan pada satu perkara…. menjadi orang yang beriman yang khusyuk dalam solat. Tinggal pertingkatkan hari ke hari… bulan ke bulan… tahun ke tahun sampailah kita dipanggil Allah dan tidak akan kembali lagi ke dunia ini.

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword