Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Sedari Allah Setiap Saat Adalah Wajib

28 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Saya masih ingat… suatu ketika guru saya menunjukkan ayat ini.. saya diam kaku. Ketakutan yang amat sangat. Sehingga ke hari ini saya tidak berani melepaskan kesedaran kepada Allah walau sesaat pun.

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu?)

Maka CELAKALAH mereka yang hatinya telah membatu untuk MENYEDARI (zikir) Allah.

Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.”
(QS: Az-Zumar, 39: 22)

Ya Allah…

Saudara… dalam sehari berapa minit atau jam saudara sedar pada Allah? Apakah sekejap sedar dan sekejap lupa?

JAGALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH kerana ketika hubungan dengan Allah kita benar-benar baik… iaitu jiwa sentiasa sedar Allah, maka pasti jiwa akan diilhamkan taqwa. Lalu kita akan sentiasa dituntun kepada kebaikan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
(QS: Al-Anfal, 8:29)

Sekiranya kita lupa Allah… Allah akan tempatkan syaitan dalam hati kita sehingga kita berasakan kita telah mendapat petunjuk sedangkan ia petunjuk dari syaitan. Jiwa kita sentiasa dituntun kepada kefujuran (keburukan) sehingga kita senang hati melakukannya dan sentiasa berasa KITALAH BENAR.

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Sejauh mana ilmu agama kita, ia sekadar ilmu. Tidak menjanjikan bahawa status siapa kita.. ustazkah… profesionalkah… atau sebaliknya… seandainya kita hanya duduk di sebatas ilmu yang ada dan hubungan Allah tidak dijaga dengan baik, kita tetap terus diilhamkan dengan ilham yang fujur.

Dari hubungan dengan Allah yang dijaga tanpa lepas walau sesaat pun kesedaran kita akan Allah dalam apa jua keadaan kita, kita pasti akan mudah melakukan kebaikan yang benar-benar lahir dari jiwa.

Bukan direka dan dibuat-buat kerana sesuatu kebaikan yang tidak lahir dari hati pasti ada tujuan lain yang tersembunyi dan pasti ia tidak dilakukan kerana Allah SWT.

Saudara, pertahankan kesedaran kepada Allah. Sesaat kita lalai, celakalah kita dan kita menjadi orang-orang yang nyata sesat (menurut QS: Az-Zumar, 39: 22 di atas)

Pertahankan… terus pertahankan kesedaran akan Allah. Tidak sesekali ambil mudah dalam hal ini.

Salam Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Fuad Latip
28 Disember 2011

SBPA Menguji Keegoaan Penjawat Awam.

21 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Skim Bersara Perkhidmatan Awam (SBPA) menguji keegoaan penjawat awam.

Mengapa?

Sekiranya pejawat awam (PA) [senior] berada di jawatan pensyarah kanan Gred DM52 dan tangga P1T4, PA itu akan masih di gred yang sama dalam SBPA tetapi tangga turun ke P1T1. Namun gaji akan meningkat berbanding P1T4 dalam skim persaraan yang sedia ada.

Begitu juga PA yang baru sahaja [junior] berada dalam Gred DM52 tetapi baru P1T1 dalam skim sekarang akan naik ke gred dan tangga yang sama dengan PA senior di atas.

Secara tidak langsung, senior dan junior sudah tidak lagi dikenali kerana tangga gajinya sama dalam SBPA. Baik… di sinilah menguji keegoan seorang senior kerana jika masih melihat kepada senior junior, pasti hal ini menjadi persoalan.

Namun bagi saya, saya tetap bersyukur kepada Allah dan gembira kerana kawan-kawan yang lain walaupun baru berada dalam gred yang sama akan berada sama dengan gred saya apabila berada dalam SBPA.

Di sinilah ujian untuk para senior yang suka sangat memegang nama ‘senior’ sebagai satu ego yang tidak boleh dibuang.

Syukurlah kerana masih mendapat pertambahan rezeki. Namun harus diingat… SYUKUR BUKAN SEKADAR SEBUTAN DI BIBIR. Harus ada amalan yang membuktikan kesyukuran…. sedekah dan membantu yang memerlukan.

Semoga selepas ini banyak sumbangan datangnya dari Penjawat Awam.

[note]: sesetengahnya memanggil Sekolah Berasrama Penuh Awam – SBPA .. hehe

Memiliki Jodoh Dengan Pantas

21 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bagi yang belum ada jodoh dan menginginkannya, sandara/i… mulai sekarang harus bersedia dan yakin diri saudara/i itu mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

Harus sedia menerima pilihan terbaik di sisi Allah. Hati dan fikiran yang terbuka atas keyakinan dan penyerahan total pada Allah SWT.

Ketika benar-benar sudah bersedia, sentiasalah menyedari Allah bersama keyakinan bahawa Allah sedang dalam memproses pertemuan dengan jodoh saudara/i dan seterusnya dinikahkan.

Untuk mendapatkan jodoh seperti yang diinginkan, saudara/i harus menjadi seperti apa yang saudara/i inginkan.

Inginkan yang baik, sikap saudara/i juga harusnya baik. Ingin dipercayai, saudara/i juga harus menjadi orang yang dipercayai…. dan seterusnya apa jua yang saudara/i inginkan.

Saudara/i harus bersedia menerima pilihan Allah kerana bersedia ini menjadikan saudara/i orang yang dipercayai Allah. InshaAllah akan disatukan nanti saudara/i dengan jodoh saudara/i.

Bersedialah…. siap!! Saya menunggu jemputan meraikan perkahwinan saudara/i. 100% yakin pada Allah.

Incoming search terms:

Fikiran Kita Tidak Sama… Lalu?..

21 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dulu saya begini:
Berfikir bahawa orang lain perlu fikir sama macam saya fikir kerana saya berfikir takkanlah perkara yang ‘common sense’ pun orang itu tak boleh fikir.

Kemudian selepas dari saat itu:
Saya memahami bahawa saya seharusnya tidak boleh berfikir orang lain tahu sama macam saya tahu. Sebaliknya juga saya juga tidak tahu semua seseorang itu tahu.

Cth:
Terutama suami/isteri: Kadang-kadang kita terasa hati atau juga marah-marah kerana suami/isteri kita tidak mampu faham apa yang kita inginkan.

Isteri mengharapkan suami tolong kemaskan rumah ketika isteri sedang kemaskan rumah, suami duduk rilek menonton tv. Lalu merajuk atau marah-marah kerana suami tidak mahu bantu sedangkan isteri tidak pernah MENYUARAKAN kehendak ke atas suaminya. “Abang ni duduk je dari tadi. Tak nampak ke saya sorang-sorang kemas rumah”.

Suami mengharapkan isteri bancuhkan air setelah dahaga membersihkan kawasan rumah. Suami marah-marah..”takkanlah tak bancuh air untuk abang. Takkanlah tak nampak abang ini penat”.

Alangkah indahnya seandainya kita memahami bahawa apa yang kita fikir kadang-kadang tak sama fikir ketika saat itu oleh pasangan atau kawan kita yang lain.

Lalu mintalah atau suarakan dengan baik daripada mereka apa yang kita perlukan, inginkan etc. Jangan bosan walaupun mungkin berkali-kali meminta hal yang sama di lain masa.

Apa yang kita sedang fikirkan saat itu tidak sama dengan orang lain fikir dalam saat yang sama.

Incoming search terms:

Menghargai Itu Membuang Ego

21 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Belajar untuk lebih menghargai orang lain daripada ingin dihargai. Belajarnya biar sampai benar-benar penghargaan itu datang dari jiwa.

Susah menghargai orang lain terutama orang yang kita sayangi lebih menguatkan ego kita. Ketika kita menghargai orang lain dengan benar, ego ini akan hancur sedikit demi sedikit dan akhirnya lebur.

Menghargai ini memberi makna kita benar-benar bersyukur kerana orang yang bersyukur yang mampu menghargai dengan benar… penghargaan dari jiwa.

Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanafaat. Amin.

Incoming search terms:

Gagal Memiliki Kesedaran Tertinggi

21 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mengapa gagal memiliki kesedaran tertinggi akan Allah SWT?

Kerana ketika kita ingin benar ke Allah, niat kita tidak benar-benar ikhlas.

Kita ke Allah kerana ingin masalah selesai.
Kita ke Allah kerana ingin sembuh dari penyakit.
Kita ke Allah kerana ingin kaya dan banyak harta.
Kita ke Allah kerana ingin bahagia.
Kita ke Allah kerana ingin tenang.
kita ke Allah kerana ingin berjaya.
Kita ke Allah kerana anak/suami/isteri.
kita ke Allah kerana stress.
kita ke Allah kerana ingin dinaikkan pangkat dan darjat.
kita ke Allah kerana ingin panjang umur.
kita ke Allah kerana…. kerana… etc…

Akhirnya kita akan sangkut… terhenti di semua “kerana-kerana” kita itu tadi. Kita tidak menuju benar ke Allah. Kita tidak ikhlas benar ingin ke Allah untuk dekat kepadaNya.

Akhirnya kita akan melakukan ibadah, mendirikan solat kerana inginkan sesuatu. Membaca Al-Quran kerana mengejar fadhilatnya. Pergi haji kerana ingin memohon sesuatu. Membayar zakat dan sedekah kerana mengharapkan sesuatu.

Semuanya sebenarnya bukan untuk Allah tetapi untuk kita juga. Lalu apakah ini dinamakan ibadah kerana Allah? atau sebenarnya adalah ibadah kerana diri sendiri?

Sudahlah… betulkanlah kembali niat kita. Ingin ke Allah kerana tidak ada yang lain melainkan kerana Allah adalah Allah… adalah Tuhan.

Keperluan lain itu lebih diketahui oleh Allah untuk diri kita malah Allah lebih tahu dari kita tahu apa keperluan untuk kita.

Terima kasih kerana kembali sedar dan kembali memperbetulkan niat.

Fuad Latip
21/12/2011

Jika Dunia Ikut Kehendak Kita

14 December 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seandainya setiap diri kita ingin dunia ini menjadi seperti apa yang kita inginkan dan harapkan… bukan seperti apa yang Allah aturkan, pastilah kucar kacirnya dunia ini.

Ketika saya ingin makan, tetapi ada seorang sahabat ingin saya menemani beliau ke suatu tempat dalam masa yang sama dan ada lagi seorang sahabat ingin bertemu saya di tempat lain dalam masa yang sama… dan semua ini dimakbulkan Allah serentak… bagaimanakah agaknya keadaan ketika itu? Saya harus menjadi 3 orang tetapi satu.

Ketika kita ada masalah dengan orang lain dan kita ingin orang lain sama seperti apa yang kita inginkan sedangkan orang itu ingin sesuatu yang lain dari kehendak kita dan kedua-duanya dilaksanakan oleh Allah pada masa yang sama, apakah akan terjadi pada orang itu?… 2 tetapi satu.

Ketika doktor ingin ada yang sakit untuk memiliki rezeki dan sudah tentu dalam masa yang sama kita memohon agar sihat lalu Allah melaksanakan kedua-duanya… kita sakit dan sihat dalam masa yang sama… pastilah kita menjadi 2 dalam 1.

Kucar kacirlah dunia ini.

Ternyata dunia ini berjalan mengikut aturanNya. Belajarlah untuk menerima aturan Allah perlahan-lahan namun dalam masa yang sama lakukan terus apa yang Allah perintahkan.

Berusahalah terus kerana Allah memberi ilham kepada sesiapa yang DIPERCAYAINYA agar apa yang dilakukan hambaNya yang dipercayaiNya itu selari dengan aturanNya sehingga hambaNya berasa doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Berusaha itulah membuktikan seseorang itu boleh dipercayai.

Belajarlah mencintai lebih dari dicintai.
Belajarlah mengikut aturan Allah SWT.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kasih sayang & cinta itu adalah 'gain'. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga & sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword