Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Selari Dengan Kemahuan Allah.

23 November 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Ilham adalah sebuah daya “kemahuan” dan Daya Kebaikan itulah “taqwa” sehingga sesiapa yang memiliki taqwa pasti berasa “ringan” melakukan kebaikan tanpa ada paksaan dari fikiran.

Mereka pasti bersungguh-sungguh, bersemangat, senang, bahagia dan hanya mengharapkan rahmat Ilahi di dalam melakukan kebaikan itu.

Taqwa dikurniakan oleh Allah hanya kepada sesiapa yang “dipercayaiNya”, bukan kepada orang yang TIDAK memiliki rencana apa-apa (niat untuk berbuat baik kerana SEDAR diri memikul amanah dari Allah SWT).

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang diilhamkan Taqwa oleh Allah agar kita memahami apakah harus yang dilakukan hari ini selari dengan kemahuanNya.

Ketika kita bekerja di pejabat, diharapkan semua kerja kita selari dengan kemahuan Allah.

Ketika kita belajar, diharapkan semua aktiviti belajar kita selari dengan kemahuan Allah.

Ketika kita di rumah, di pasar dan di mana sahaja, diharapkan semuanya selari dengan kemahuan Allah.

Ketika semuanya selari dengan kemahuan Allah, Allahurabbi… pasti semuanya berjalan dengan lancar. Hati memiliki rasa puas dengan kerja kita, fikiran tenang dan seluruh tubuh bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan itu.

Mulakan hari ini dengan niat untuk melakukan kebaikan. Rencanakan kebaikan-kebaikan yang ingin dilakukan. InshaAllah akan diilhamkan dengan daya yang baik.

Serta sentiasalah mohon perlindungan Allah SWT dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim.
(Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui).

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
23 November 2011

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

    • An error has occurred, which probably means the feed is down. Try again later.
  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword