Pengajaran Aidil Adha
4 November 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Ketika kamu mencintai yang lain lebih daripada mencintai Allah, kamu mungkin diuji Allah sepertimana Nabi Ibrahim diuji Allah mengorbankan anak baginda Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim sangat-sangat mencintai Ismail sehingga sibuk dengan Ismail maka ketika itu Allah meminta Nabi Ibrahim menyembelih anak baginda.
Di sinilah pengajaran besar di dalam menyambut Aidil Adha. Bukan pengajaran yang selalu kita dengar iaitu harus berkorban untuk yang lain selain Allah.
Seharusnya MENGORBANKAN YANG LAIN kerana Allah.
Mengorbankan bukan bermakna membuang. Tetapi tidak terikat dengan yang lain selain Allah SWT.
Mengorbankan wang bukan tidak perlu mencari wang. Tetapi berusaha mencari wang untuk menjalankan amanah Allah.. bersedekah, berzakat, memberi nafkah etc.
Mengorbankan anak isteri bukan membunuh atau meninggalkan mereka tetapi memastikan cinta kepada anak dan isteri tidak menghalang untuk lebih mencintai Allah. Lebih mengutamakan Allah pasti Allah Yang Maha Kasih Sayang memberikan rasa kasih dan sayang kita sesama anak isteri/suami kita.
Mengorbankan pangkat bukan membuang pangkat tetapi memastikan pangkat tidak membuatkan kita sombong, bongkak serta salah guna kuasa.
Mengorbankan masa bukan buang masa. Tetapi menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk menjalankan amanah Allah SWT dengan bekerja, mencari nafkah, membantu mereka yang memerlukan, berkongsi ilmu etc.
Inilah yang dilatih di dalam penyembelihan korban. Bersedekah binatang korban untuk diberikan kepada fakir miskin. Melepaskan diri dari keterikatan harta benda untuk membantu yang susah.
Inilah pengajaran Aidil Adha yang utama. Mengorbankan yang lain agar perjalanan kita ke Allah tiada halangan/hijab. Pengorbanan ini memerlukan kita sentiasa kembali ke Allah… masuk ke wilayah sedar Allah SWT.
BUKAN BERKORBAN UNTUK YANG LAIN SELAIN ALLAH.
Semoga kita semua mampu benar-benar melepaskan diri dari keterikatan dunia dan sentiasa menyedari Allah SWT setiap saat dengan mengorbankan dunia dalam erti kata sebenar. Kita mampu menyedari Allah SWT setiap saat dan akhirnya di suatu masa kita diminta kembali secara abadi, kita tahu ke mana harus kita pulang.
Salam Aidil Adha.
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
7 Zullhijjah 1432H
Popularity: 18% [?]
Incoming search terms:
- pengajaran hidup (2)
1.11.11
1 November 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)
Seandainya kita lupa Allah walaupun SESAAT, Allah mengadakan syaitan dalam hati kita ini dan menjadi teman yang sentiasa bersama kita. Dan kita merasakan kita berasa sudah cukup baik dan merasakan kesalahan dan dosa yang dilakukan adalah baik dan benar.
Kerana itu JPHBT menerangkan pelbagai hal hanya untuk satu tujuan, SEDAR ALLAH SWT SETIAP SAAT KEHIDUPAN. Sesungguhnya SEDAR dan TAHU itu adalah keadaan yang sangat berbeza.
Fuad Latip
1.11.11
Popularity: 18% [?]







