Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Jom Jadi Orang Kaya

10 November 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Ramai orang ingin kaya dan cuba mengikut pelbagai kaedah orang yang sedia kaya. Tapi ada satu perkara yang orang kaya sendiri tidak perasan mengapa mereka kaya dan hal ini tidak pernah dilihat oleh orang yang ingin mengikut jejak langkah mereka.

Apakah perkara itu? Perkara itu adalah niat mereka. Saya yakin mereka yang kaya meletakkan niat kaya itu bukan no.1 tetapi meletakkan apa yang mereka lakukan haruslah dapat memberikan manafaat buat orang lain sebagai niat yang utama.

Kerana itu orang kaya yang sebegini akan benar-benar kaya iaitu cukup keperluan dan bahagia.

*****
Kita mungkin tidak pernah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh seorang manusia yang kaya raya. Begitu juga dengan sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq.

Saudara, kita sedia tahu Nabi Muhammad sentiasa bersedekah dan membantu orang miskin. Lalu apakah baginda orang miskin? Kita hanya tahu bahawa baginda tidak ada rumah besar dan harta yang peninggalan yang banyak. Apakah baginda miskin?

Seandainya baginda miskin, pasti baginda tidak akan mampu sentiasa bersedekah dan sentiasa menyelesaikan masalah kewangan sahabat yang lain. Namun apa yang ada dalam jiwa baginda adalah membantu yang lain lebih daripada mengumpul harta benda untuk kegunaan sendiri. Baginda sebenarnya orang yang sangat kaya.

Mari kita lihat pula Abu Bakar As-Siddiq. Beliau sangat kaya. Kalau miskin, bagaimana mungkin beliau mampu memerdekakan berbelas-belas hamba dengan bayaran yang sangat mahal. Contohnya memerdekakan Bilal bin Rabah dengan nilai yang jika dinilaikan hari ini bersamaan dengan ratusan ribu ringgit.

Seandainya berbelas orang? berapa jutakah wang yang beliau ada? Apakah beliau sekadar orang kaya yang biasa-biasa? Sudah pasti beliau adalah orang yang sangat kaya raya pada zamannya.

Namun sikap pemurah beliau bukanlah bermakna beliau membuang harta. Tetapi beliau faham kehendak Allah bahawa harta yang banyak itu perlu diagihkan kepada yang lain.

Sikap pemurah itu adalah hasil keyakinan pada Allah bahawa Allah pasti akan beri lagi banyak keperluan yang diperlukan kepada beliau.

Seharusnya kita yang ingin kaya menjadikan Nabi Muhammad SAW serta sahabat baginda sebagai tokoh utama di dalam mengejar kekayaan.

Kayalah… Allah tidak melarang kita untuk mengejar kekayaan. Namun kekayaan yang dikejar itu harus benar dan caranya juga harus mengikut landasan yang telah ditetapkanNya.

Niat dan bantulah yang lain dalam keadaan apa jua rezeki yang ada. Pasti nanti dikayakan Allah. Bukan niat untuk jadi kaya terlebih dahulu kemudian baru ingin membantu yang lain. Selalunya orang yang ingin kaya dahulu baru ingin bantu yg lain pasti tidak membantu setelah kaya kerana diri tidak pernah dilatih untuk memberi. Lalu orang ini takut untuk melepaskan hartanya.

Niatlah… mohonlah pada Allah agar jiwa kita ini benar-benar bersih bersama niat untuk membantu yang lain. Kemudian jalankan niat kita dengan benar-benar membantu walaupun dengan rezeki yang ada sekarang ini. Di sinilah bukti bahawa niat kita benar-benar datang dari jiwa. Bukan rekaan fikiran.

Pasti nanti dikayakan kita oleh Allah SWT. Pasti.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword