Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Tidak Hari Ini. Namun Akhirnya.

27 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Tidak sekadar percaya tetapi YAKIN 100% pada Allah SWT.

Incoming search terms:

Praktikal #1: Sedar Akan Allah

27 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sekarang ini… ye sekarang ini sebaik sahaja membaca artikel ini..lihatlah sekelilingmu.

Apakah kamu lebih melihat ciptaanNya atau kamu melihat “Yang Maha Menciptakan?”

Walaupun yang kamu lihat itu bangunan atau dinding, sedarilah ia tidak berdiri sendiri dan berbentuk sendiri malah tidak berwarna sendiri. Ada yang mewujudkannya. Ada yang menegakkannya kukuh. Ada yang memberikan warna. Ada yang memberikannya kelihatan indah kepada dirimu.

Walaupun yang kamu lihat itu sebuah kereta, sedarilah bahawa ia tidak bergerak sendiri. Malah ia tidak kukuh sendiri. Tayarnya tidak terbentuk sendiri. Ada yang menggerakkan. Ada yang mengukuhkan. Ada yang menjadikannya kelihatan begitu menarik kepada dirimu.

Di sinilah kamu mampu mengetahui di mana tahap kesedaranmu kepada Allah.

Seandainya kamu sekadar melihat ciptaanNya, kamu hanya menganggumi ciptaan itu tetapi seandainya kamu melihat “Yang Maha Menciptakan” ciptaan itu, pasti kamu tunduk rebah tersungkur sujud padaNya.

Inilah cara mudah untuk kamu praktikkan kesedaranMu. Agar dirimu sedar kepadaNya setiap saat hidup ini.

ya Allah…

Sebuah Permainan

21 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Allah tidak meminta kita membuang dunia untuk mengejar akhirat tetapi menjadikan dunia ini landasan untuk akhirat kerana akhirat adalah tempat balasan apa yang kita lakukan di dunia. Sekiranya kita membuang dunia, kita seolah-olah tidak membawa apa-apa bekalan untuk akhirat.

Pemahaman yang sebenar adalah “genggamlah dunia tetapi jangan di simpan di dalam hati”. Lakukan urusan dunia demi kerana Allah.

Ingat! Allah berfirman memberi perumpaan bahawa hidup ini sebuah permainan. Maka kita ini adalah pemain dalam permainan ini. Allah tidak meminta kita MENGATURKAN permainan tetapi Allah meminta kita menjadi PEMAIN yang terbaik dengan hanya mengikut arahan Pengatur Permainan (iaitu Allah).

Kita tidak boleh keluar dari bermain (membuang dunia). Kita perlu bermain sehinggalah Allah yang mengeluarkan kita (menarik nyawa).

Lalu jadilah pemain terbaik yang sentiasa mendengar arahan Allah serta mengikut peraturan permainan yang ditetapkan Allah walaupun kekadang permainan ini menyakitkan jiwa dan jasad. Kekadang gembira dan kekadang sedih. Kekadang berjaya dan kekadang gagal.

Itulah ujian dalam permainan ini. Kejayaan dan kegagalan hanyalah persepsi manusia ke atas hal dunia tetapi semuanya adalah jalan hidup yang harus ditempuhi untuk memastikan waktu yang mendatang lebih baik.

Kejayaan di sisi Allah adalah sejauh mana kita bertahan dan terus bermain dengan baik tanpa banyak keluhan “mengapa permainan seperti ini, mengapa permainan susah, mengapa aku gagal, mengapa aku yang mesti bermain dalam permainan ini etc”.

Keluhan akan hilang seandainya kita faham tugas kita adalah untuk bermain. Bukan untuk menguasai permainan sehingga mampu mengaturkan sendiri tetapi bermain dengan mengikut kehendak Allah. Tidak mungkin kita mampu merampas permainan ini daripada Allah yang menciptakan permainan ini.

Maka… teruskan kehidupan ini. Jangan buang dunia ini kerana buang dunia sama dengan keluar dari permainan. Jadilah “pemain” yang terbaik yang sentiasa ikut kehendakNya Yang Maha Mengaturkan.

Fuad Latip
Jumaat 23 Zulkaedah 1432H

Jiwa Positif Jiwa Menerima

17 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mari memahami aturan Allah dengan contoh mudah yang benar berlaku pada saya agar kita mampu menerima kehendak Allah dengan jiwa lalu menjadikan jiwa positif. Bukan kita memaksa fikiran dengan merekacipta saranan-saranan positif (fikir positif secara dibuat-buat) yang mana tetap tidak mampu kita terima kerana jiwa masih belum positif:

Saya ingin sewa MPV hari ini (sehari sahaja) kerana ada saudara dari Sarawak datang. Dalam 5 orang.

Saya call mereka yang ada mengiklankan sewa MPV dalam internet. Dalam ramai-ramai hanya dua orang yang jawab. Seorang jawab, beliau perlu masuk pejabat dahulu untuk semak samada masih ada MPV untuk disewa atau tidak. Dan seorang lagi jawab, minimum 2 hari untuk disewa.

Mudah untuk kita fahami bahawa MPV orang yang kedua bukan terbaik untuk saya kerana tidak memenuhi kehendak saya (saya perlukan sewa untuk sehari sahaja).

Jiwa yang sedar bahawa semua ini aturan Allah pasti memahami dan dengan mudah menerima jawapan itu. Siapa yang mengaturkan bahawa MPV itu perlu disewa minimum 2 hari? Pastilah Allah. Inilah cara Allah untuk memberitahu kita bahawa pilihan itu bukan yang terbaik.

Namun MPV yang pertama masih belum tahu. Saya menunggu dan seandainya terbaik, pasti ada dan pasti kereta itu yang terbaik. Namun seandainya sesuatu yang tidak diingini terjadi pada MPV yang disewa nanti, itulah jalan kehidupan yang harus dilalui dan ia tetap terbaik untuk saya. Inilah agama, proses kehidupan.

Pasti ada pengajaran yang kita pelajari. Seperti yang selalu saya letak dalam status.. kita tidak akan belajar sesuatu seandainya kita tidak pernah gagal dan salah.

Semoga ada manafaat dan pengajaran yang boleh diambil.

Fuad Latip.

Status FB 131011

13 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sedang membangunkan sistem “Dura Viet”. Tidak tahu berjaya atau tidak.

Tidak perlu pening kepala memikirkan berjaya atau tidak kerana kita tidak ada kuasa menjayakan sesuatu perkara.

Yang kita mampu mengikut sunnatullah… berusaha inshaAllah pasti berjaya.

Bagaimana jalan yang akan kita lalui? Kita tidak tahu. Lalu tidak perlu pening kepala memikirkan.

Yang penting Kita jadi pemain yang terbaik iaitu yang mengikut kehendak perancang permainan ini. Ganjaran bukan bergantung menang atau kalah, berjaya atau gagal tetapi ganjaran atau kejayaan sebenar adalah bergantung sejauh mana kita mengikut kehendak perancang permainan.

Yang hanya diriku mampu… berusaha dan lakukan saat ini. Membangunkan sistem dengan bersungguh-sungguh dalam kesedaran kepada Allah.

Kesedaran bahawa yang menggerakkan, memberi idea, menuntun dan memberi kekuatan adalah Allah SWT kepadaku dan aku adalah makhluk yang berserah… jiwa yang diam kepadaNya dan jasad yang bergerak mengikut kehendakNya.

“ya Allah hambamu ini tidak tahu untuk memohon apa pun kepadaMu kerana aku tidak tahu apa yang aku mohon itu adakah terbaik di sisiMu atau tidak ya Allah. Lalu ya Allah, yang mampu aku lakukan hanyalah mengharakan agar aku diberikan sesuatu yang terbaik olehMu ya Allah. Terima kasih ya Allah.. terima kasih.”

——————————-
Kesedaran… sebuah keadaan keberadaan pada saat ini. Tidak pada saat semalam dan tidak pada saat esok.

Ketika dirimu hilang dalam saat semalam dan saat esok… kembalilah kepada saat ini.

Ketika dirimu asyik memikirkan hal orang lain… kesedaranmu hilang entah ke mana.

Ketika dirimu asyik mengenangkan kisah semalam dan memikirkan hari esok sehingga kesedaranmu saat ini hilang entah ke mana.. cepatlah kembali sedar.

Caranya mudah… ceritakan kepada Allah apa jua yang dikenangkan dan yang difikirkan dan kamu akan cepat kembali kepada saat ini.

Kamu akan sentiasa menyedari Allah dalam setiap nafasmu. Ketika ini… kamu pasti hanya terdiam dan jasadmu bergerak mengikut kehendak Allah. Di ketika itu kamu pasti mampu keluar dari masalah sekiranya ada masalah, kamu akan mendapat idea sekiranya kamu memerlukan, kamu akan bertemu jalan keluar ketika kamu kekusutan, kamu akan lapang ketika kamu kesempitan.

Pasti… meyakini Allah adalah ukuran kekuatan imanmu padaNya.

Incoming search terms:

Sedarilah Allah

5 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara ada masalah hingga pening kepala ye?

Mari kita lihat masalah masa lalu kita yang telah selesai. Ketika mengalami masalah itu, kita pening memikirkannya. Tapi hari ini masalah itu selesai dan kita tidak sangkakan jalan penyelesaiannya.

Saudara, ia sama sahaja dengan masalah saudara sekarang ini. Hari depan saudara pasti tidak menyangka jalan penyelesaiannya. Pening itu kerana memikirkan sesuatu di luar keupayaan fikiran kita.

Bukankan lebih baiknya kita berdoa pada Allah.. “ya Allah aku mohon agar Engkau tunjukkan aku jalan penyelesaian serta kekuatan untuk mengharungi masalah ini.”

Dan yakinlah pada Allah kerana Allah adalah Tuhan yang menjadikan masalah itu pasti Allah jualah yang menyelesaikan. Tidak ada sesiapa melainkan Dia.

Hidup sentiasa bahagia seandainya sentiasa sedar Allah SWT setiap saat.

Ketika Allah menyelesaikan masalah kita, Allah menggerakkan seluruh alam yang berkaitan dengan penyelesaian masalah kita ini sehingga semua yang terlibat berasakan semuanya kebetulan sedangkan sebenarnya bukanlah satu kebetulan tetapi sebuah perancangan yang Maha Hebat.

Lalu apakah kita mampu fikirkan sekarang ini tentang rancangan Allah ini? Pecahlah kepala kita dalam memikirkan mengapa masalah itu terjadi, kita tidak mampu menjangkau perancangan Allah.

Lalu yang terbaik adalah kita dekat dengan Allah dengan memahami kehendakNya lalu jiwa mampu redha iaitu mengikut segala kehendakNya dengan jiwa yang beriman.

Caranya… sedarilah sentiasa dalam kesedaran tertinggi iaitu sedar Allah SWT dalam setiap apa yang kita lakukan.

Mata kita realitinya melihat apa yang fana… tetapi jiwa ‘melihat’ Allah SWT Yang Maha Meliputi setiap sesuatu.

Penghargaan Dari Jiwa

5 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seandainya susah untuk kita menghargai seseorang dan mengakui kebaikan yang orang lakukan, dalam masa yang sama kita tidak menghargai Allah SWT.

Seseorang yang melakukan kebaikan adalah atas kuasa Allah dan kita menghargai seseorang yang telah melakukan kebaikan itu adalah kerendahan hati kita kepada Allah di mana sebenarnya kita melihat kehebatan Allah Yang memilih dan menggerakkan seseorang itu di dalam melakukan kebaikan.

Dan betapa Allah memudahkan kita di mana kita hanya menerima kebaikan yang dilakukan orang lain tanpa bersusah payah melakukan kebaikan itu.

Masalah kesukaran untuk menghargai orang lain kerana yang sering kita lihat adalah semata-mata susuk tubuh orang yang membuat kebaikan itu dan jika orang yang membuat kebaikan itu tidak kita sukai, walau berjuta kali orang itu membuat kebaikan, tetap tidak dipandang. Kerana apa? kerana kita tidak “melihat” Allah SWT.

Akibat jarang sedar Allah (yang ada semata-mata ingat) maka berapa ramai antara kita termasuk cerdik pandai terlalu sukar untuk mengakui kebaikan yang pernah dilakukan orang lain apatah lagi untuk menghargainya kerana tidak mampu melihat bahawa semua yang berlaku adalah atas rancangan Allah SWT.

Lihatlah sekeliling kita…. malah mungkin diri kita juga terlalu sukar untuk menghargai orang lain termasuk menghargai anak-anak kita dan pasangan kita.

Hiduplah dalam kesedaran kepada Allah setiap saat. Melihat apa yang berlaku kesemuanya adalah peraturan Allah SWT. Hidup ini adalah proses dalam mengikuti kehendak Allah.

Lihatlah keliling kita sekarang ini… lihatlah Allah mengaturkan bangunan-bangunan, pokok-pokok yang ditiup angin, kereta-kereta bergerak bersama tayar yang berpusing, manusia berjalan pelbagai gaya dan ragam, suara dan bunyi di sana sini…. lihatlah dalam kesedaran kepada Allah Yang sangat dekat, Yang Maha Meliputi setiap seluruh apa pun.

Dalam kita beraktiviti, pasti kita akan sentiasa menyedari Allah seandainya kita sering melihat segala-galanya dalam kesedaran tertinggi.

Mulai saat ini… lihatlah alam.. lihatlah sekeliling dalam kesedaran kepada Allah SWT. Rasainya jiwa ini akan semakin hari semakin tunduk. Dan kita akan lebih bersyukur kepada Allah lalu pasti runtuh segala keegoan kita. Ketika itu kita mampu menghargai semua orang yang melakukan kebaikan tanpa mengira sesiapa pun. PASTI.

Tidak Sekadar Kata-kata Indah

3 October 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ceritalah tentang apa jua kebaikan, semua kita tahu. Cakaplah hal agama, inshaAllah semuanya tahu kita perlu takut melakukan dosa, kita perlu redha, berserah, perlu sabar etc.

Kita dengar dan baca macam-macam kata-kata indah dan nasihat. Namun ternyata kekadang sekadar kata-kata. Kita tidak mampu untuk mengikutinya.

Saudara,
Lakukan hari ini… mari… caranya sangat mudah dan pasti kita mampu menjadi orang yang benar redha, sabar, sentiasa bahagia dan utama mampu mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan hati yang senang.

Mulai hari ini, lihatlah sesuatu di keliling kita, sesuatu yang berlaku dalam keadaan kesedaran tertinggi. Sedar Allah.

Contohnya, ketika saya melihat anak-anak saya bermain, saya melihat Allah sedang mengaturkan mereka. Saya bersyukur kerana Allah berikan mereka gembira bermain. Lalu terdetik fikiran saya “ya Allah terima kasih ya Allah kerana ilhamkan kebaikan kepada mereka. Engkau bahagiakan mereka dan juga diriku ya Allah. Terima kasih ya Allah.. terima kasih”.

Kata-kata ini hanya mampu terhasil ketika saya ‘melihat’ Allah yang sedang mengaturkan anak-anak saya bermain. Jika tidak, sekadar saya senang hati sahaja melihat mereka bermain tetapi tidak ada kesedaran pada Allah dalam waktu itu.

Ketika saya melihat suasana di sesuatu tempat, saya melihat Allah mengaturkan alam ini. Ketika saya melihat orang yang sedang marah… saya melihat Allah sedang menfujurkan orang itu. Pasti terdetik…”ya Allah kasihan dia ya Allah kerana dia difujurkan olehMu ya Allah. Dia marah-marah ya Allah. ya Allah kasihani dia ye ya Allah.. terima kasih ya Allah.. terima kasih”.

Jika tidak ada kesedaran tertinggi, pasti kita juga menjadi marah ketika orang memarahi kita. Tanpa kesedaran pada Allah, kita menjadi ego kerana kita hanya melihat orang yang marah kita.. bukan ‘melihat’ Allah yang sedang menfujurkan orang itu.

Ketika saya melihat orang sedang bahagia, saya melihat Allah sedang memberikan ilham baik kepadanya. Terdetik dalam diri saya, “ya Allah Alhamdulillah Engkau bahagiakan dia ya Allah… bahagianya dia. Senang hati aku melihat dia ya Allah. Engkau pun bahagiakan aku ya Allah… terima kasih ya Allah”.

Saudara, di atas adalah contoh-contoh atas pengalaman saya ketika melihat segala-galanya atas kesedaran Allah. Banyak lagi yang lain dan saya yakin saudara akan merasai perubahan yang amat ketara dari jiwa saudara sendiri ketika saudara melihat sesuatu dengan kesedaran kepada Allah.

Lalu mulai hari ini, biarlah mata kita melihat apa yang ada dalam realiti ini, namun jiwa kita melihat lebih dari itu. Kita sentiasa ‘melihat’ Allah setiap saat hidup kita ini.

Pasti redha kita datang dari jiwa. Pasti sabar kita bukan sabar yang direka oleh fikiran tapi sabar yang datang dari jiwa. Pasti kita benar-benar bahagia. Ketika jiwa ini tenang, fikiran dapat bekerja dengan baik. Kita mampu mengikut kehendak Allah dengan mudah dan senang hati. Pasti.

Lakukan… saudara akan rasakan serta merta kebahagiaan yang sebenar. Pasti.

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword