Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Selamat Hari Raya 1432H

27 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore


Assalammualaikum wbt

Hari ini saya, isteri dan anak-anak akan pulang ke Bintulu, Sarawak (kampung isteri) untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada saudara semua di atas semua kesalahan dan kesilapan saya sepanjang saudara mengenali diri saya dan keluarga tidak kira saudara yang sudah lama mengenal saya dan keluarga serta saudara yang hanya mengenali di alam maya ini. Semoga dimaafkan.

Saudara,
Disamping sibuk dengan persiapan raya, jangan lupa hidupkan malam hari raya (malam sebelum hari raya) kerana Nabi Muhammad SAW ada bersabda bahawa mereka yang menghidupkan malam hari raya dengan Istighfar, Takbir, Tahmid, Tasbih dan Tahlil akan Allah hidupkan hati-hati mereka di ketika hati-hati yang lain dimatikan Allah.

Baca Selanjutnya…

Ramadhan: Menyedari Kefanaan

20 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hari ini kita masuk ke 10 hari akhir bulan Ramadhan. InshaAllah Ramadhan yang tahun ini kita lebih mengerti apakah puasa ini? Untuk apa? Apa yang dikatakan taqwa serta bagaimana memilikinya?

Tetaplah terus kuat menjaga kesedaran kita pada Allah dan kesedaran ini pasti mampu dipertahankan ketika kita sedang berpuasa. Tetaplah utamakan siang hari kerana kita ini diwajibkan adalah siangnya iaitu berpuasa dan malam itu hanyalah sunat yang dituntut.

Lalu di siang hari, puasalah dengan benar iaitu menjaga dan meningkatkan kesedaran pada Allah dan kesedaran yang dipertahankan ini nanti digunakan di dalam meraih keberkatan yang bukan sahaja di siang harinya, namun juga ada di malam harinya.

Surah Al-Qadr, 97:4-5:
“Tanaz zalul mala-ikatahu war ruhu feeha be izni rabbahim mil kulle amr salamun hiyya hatta matlayil fajr.”
Pada malam itu turun para Malaikat dan Ruh dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah sampai terbit fajar.

Baca Selanjutnya…

Ramadhan: Utamakan Al-Quran dan Hadith

17 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hari ini 17 Ramadhan, hari yang sentiasa kita ketahui sebagai hari di mana wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Hari ini juga bermakna kita sudah 17 hari berpuasa. Alhamdulillah bagi yang menyertai tadarus Quran, inshaAllah pastinya sudah banyak juz yang sudah dilaksanakan.

Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah sejauh mana kita memahami Al-Quran? Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca apatah lagi sekadar dilagukan sebagai hiburan telinga. Tetapi Al-Quran untuk di fahami.

Al-Quran adalah inti panduan dalam kehidupan kita ini. Disusuli dengan Hadith yang menjelaskan lagi panduan yang ada di dalam Al-Quran.

Kitab-kitab atau buku-buku agama yang banyak itu adalah keterangan-keterangan yang menerangkan apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadith.

Baca Selanjutnya…

Ramadhan: Menjadi Wakil Rezeki Allah

11 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Analogi mudah: Seandainya kita orang kaya. Kita amanahkan duit kepada wakil kita untuk diberikan kepada yang memerlukan namun wakil kita masih belum menunaikan amanah itu, apakah kita akan beri lagi duit kepada wakil kita untuk meneruskan tugasannya? Pasti kita akan tunggu duit yang awal tadi diberikan, barulah kita akan beri lagi untuk yang seterusnya. Saudara faham cerita ini dari sudut kesedaran tertinggi?

[Selepas membaca artikel di bawah, saudara perlu melaksanakan terapi sedekah yang dijelaskan di artikel SEDEKAH.]

Syarat Menjadi Wakil Rezeki
Saudara,
Mudahnya memahami aturan Allah di dalam hal rezeki ini. Allah SWT menjadikan kita adalah untuk menjadi wakilNya di muka bumi ini di dalam melaksanakan kehendakNya. Salah satunya adalah sebagai wakil di dalam memberi rezeki.

Baca Selanjutnya…

Ebook JPHBT Vol 6: Menjadi Wakil Allah SWT

9 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ebook JPHBT Vol 6
Menjadi Wakil Allah SWT

Download Ebook JPHBT Vol. 6
Gunakan Email yang didaftarkan untuk login

Muqaddimah

Assalammualaikum warrahmatullahhi wabarokatuh

Alhamdulillah, di dalam kesibukan ini Allah tetap ingin saya siapkan Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 6. Syukur kepada Allah kerana tetap terus ingin saya berkongsi pengalaman peribadi di dalam menjalani hidup ini bersama saudara semua. Semoga pengalaman ini mampu memberikan manafaat walaupun tidak banyak kepada sauadara semua.

Saudara,
Firman Allah SWT:
Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku.
(Adz Dzariyat : 56)

Ibadah itu adalah melakukan kebaikan mengikut landasan yang ditetapkan Allah demi keranaNya. Untuk menjadikan sesuatu kerja itu sebagai satu ibadah, kita perlu sedar Allah.

Diri kita ini tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini walaupun hanya satu saat akan datang ini. Fikiran kita tidak mampu mengetahui apa yang perlu kita lakukan. Apa yang terbaik untuk kita lakukan.

Hidup ini banyak pilihan dan di dalam pilihan-pilihan yang ada, Allah memberikan kita pilihan baik dan tidak baik (sebagai ujian dan membezakan hamba yang mana diberi ilham taqwa atau fujur)).

Fikiran yang terbatas ini tidak mampu mengetahui pilihan yang terbaik. Di ketika kita menyedari bahawa kita ini lemah tidak terdaya (lahaulawala quwwataillah billah) seharusnya kita ini sentiasa kembali… datang ke Allah. (Innalillahi wainna illa hirojiun).

BERSAMBUNG DI DALAM EBOOK….

Ramadhan: Memiliki Taqwa

2 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Puasa itu di siang hari. Inilah masa yang terbaik untuk sang jiwa pulang, sedar kuat ke Allah iaitu diketika saat sang jasad melemah.

Bukan melebihkan malam berbanding siang kerana yang WAJIB adalah berpuasa di siang harinya sedangkan malamnya adalah ibadah SUNAT yang dituntut.

Ketika malam, sang jasad sudah mendapatkan apa yang diinginkan. Menghalang sang jiwa untuk ke Allah. Di malam hari, adalah istirehat untuk keduanya (jiwa dan jasad) dengan bersolat terawih.

Puasa itu BUKAN bertujuan untuk menyekat nafsu jasad. Tapi sekatan itu adalah CARA yang disediakan Allah bertujuan untuk sang jiwa… iaitu kesedaran kita lebih kuat menyedari Allah.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword