Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ramadhan: Menjadi Sang Pemerhati

31 July 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Ceritanya mengisahkan sang jasad sedang diketuai oleh sang jiwa untuk berjalan pulang kerana sang jiwa perlu tahu dari Penciptanya apakah tugas seterusnya harus dilakukan di muka bumi ini. Perjalanan ini memerlukan kekuatan.. perlu berjihad samada ringan atau berat.

Diriba sang jiwa ada panduan (Al-Quran) jelas untuk pulang pemberian dari Penciptanya, dari tempat asalnya. Turut serta ada sebuah catatan pengajaran (Al-Hadith) oleh Insan yang sentiasa pulang ke tempat asal… iaitu Nabinya.

Sang jasadnya itu umpama anak-anak kecil yang sentiasa ada saja hal yang diinginkan sepanjang perjalanan pulang. Selalu ingin lebih dari keperluannya. Seadainya tidak dipenuhi, ia akan menangis malah boleh mengamuk tidak tentu arah.

Baca Selanjutnya…

O Allah

13 July 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bagaimana kamu ingin bertawakkal denganNya
sedangkan kamu tidak benar-benar mengenali Tuhanmu?

Bagaimana kamu ingin berserah kepadaNya
sedangkan kamu tidak pernah mengenaliNya?

Bagaimana kamu ingin ikhlas keranaNya
sedangkan kamu sendiri tercari-cari mana Tuhanmu?

Bagaimana kamu ingin memohon kepadaNya
sedangkan kamu tidak pernah menyedariNya?

Baca Selanjutnya…

Inner Peace

2 July 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ketika Po dalam Kung Fu Panda II memiliki ‘Inner Peace’ (ketenangan jiwa) barulah dia mampu mengalahkan lawannya. Ketenangan itu bukan dibuat-buat dan direka tetapi ketenangan itu dimilikinya setelah dia REDHA dengan apa yang terjadi. “The only thing that matter, is what you choose to be now.”

Walaupun dia tahu dia memerlukan “inner peace” namun dia tetap tidak berjaya mengalahkan lawannya walaupun sudah hampir membunuh lawannya (Lord Sheng) kerana sekadar tahu.

Po cuba memiliki ketenangan itu dengan “affirmation” di mana beliau sekadar cuba mempositifkan fikiran otaknya, bukan ketenangan sebenar iaitu ketenangan yang mampu mempositifkan jiwanya. Fikiran positif belum tentu jiwa positif.

Namun setelah Po redha iaitu menerima apa yang telah ditakdirkan dan apa yang terjadi, dia benar-benar tenang. Benar-benar memiliki jiwa yang positif. Lalu apa saja yang mendatang dapat diatasi dengan baik malah dia sendiri tidak sangka kehebatan yang dianugerahkan kepada dirinya.

Baca Selanjutnya…

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword