Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Kekeliruan Dengan Keikhlasan #2

27 June 2011 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Dalam berbual dengan seorang ustaz, beliau berkata, “Kita ini suka sangat mengambil kerja Allah.”
“Maksud ustaz”, saya inginkan pencerahan.
“Kita ini cepat menuduh orang tidak ikhlas melakukan kerja sedangkan ia urusan Allah memastikan benar atau tidak ikhlasnya seseorang. Kita ini tidak tentu faham lagi apa itu ikhlas kerana ikhlas kita mengikut persepsi kita sendiri.”, jelas ustaz.
Saya senyum membenarkan dlm hati.

Bagaimana seseorang itu dikatakan ikhlas?
Bagaimana kita tahu seseorang itu melakukan kerja kerana Allah atau tidak?
Apakah ukuran kita atas keikhlasan seseorang?

Adakah kerja dengan percuma itu ikhlas?
Adakah kerja berbayar tidak ikhlas?
Adakah melakukan kerja secara senyap-senyap itu ikhlas?
Adakah memberitahu orang kerja kita itu tidak ikhlas?

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Pilihan Sendiri Atau Ketetapan Allah?

23 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Bengkel hari ini 23 Jun di Kajang, saya menceritakan tentang hal qada’ dan qadar yang menjadi persoalan ramai orang. Mungkin diri kita yang membaca artikel ini juga.

Persoalannya adalah kita ingin mengetahui qada’ yang mana untuk kita pilih agar kita memiliki qadar yang terbaik buat kita. Inilah yang menjadi kebingungan kita selama ini. Lalu sejak sekian lama banyak pendapat membahaskan dengan sejauh mana kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.

Saudara,
Seandainya kita mendalami hal qada’ dan qadar ini, kita pening sendiri. Keliru sendiri. Kita akan terus mengemukakan persoalan yang tidak pernah memuaskan hati kita.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Apa Itu Agama?

20 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara, Inilah Agama (lihat video di bawah). Agama yang sering kita debatkan. Seringkali mendengar sekumpulan ini mengatakan dia yang benar, yang lain mengatakan merekalah yang benar. Lalu bergaduh dengan sekadar pandangan dan pendapat masing-masing. Sedangkan agama itu sebuah keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc.

Agama, sebuah Taman Yang Indah yang pernah saya jelaskan di Artikel SEBUAH TAMAN YANG INDAH sebelum ini. Marilah kita bersama-sama memasuki taman ini dan rasailah sendiri keindahan, kedamaian, kebahagiaan etc. Pasti tiada lagi gaduh-gaduh dan menunjuk hebat dengan ilmu yang ada.  Tegur menegur sangat baik namun berjaga-jaga dan yang terbaik menegur terus pada individunya. Bukan menyerang melalui cara selain terus kepada individu tersebut tanpa ada penjelasan yang sebenar.

Banyak ilmu tidak kira apa jua bukan bermakna kita lebih hebat dari yang lain. Semoga kita sentiasa berada di dalam Sebuah Taman Yang Indah.

 

Incoming search terms:

Mengapa Kita Sukar Merasai Cinta Allah?

15 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Mengapa kita sukar merasai cinta Allah pada kita? Ketahuilah sebenarnya kita suka menunggu cinta itu datang pada kita terlebih dahulu. Kita seringkali memohon Allah mencintai kita. Kita seringkali merayu pada isteri/suami dan anak-anak kita untuk menyintai kita.

Seringkali keegoaan kita sangat ketara apabila kita tidak menerima cinta, kita tidak mahu memberikan cinta dan kasih sayang. Bagi kita, kita harus dapat dahulu, baru kita rasa kita akan ikhlas memberi.

Seandainya semua orang ego seperti ini, pastilah masing-masing menunggu cinta. Kita lupa hakikat cinta yang sebenar iaitu CINTA TIDAK MAMPU DIRASAI SEANDAINYA KITA TIDAK MEMBERI.

Ya benar saudara. Allah sentiasa menyintai kita. Malah setiap saat cinta Allah pada kita tidak pernah berkurangan. Begitu juga mereka yang dekat dengan kita. Suami, isteri, anak-anak, ibu bapa serta sahabat-sahabat sentiasa menyintai kita.

Namun walaupun Allah mencintai kita, walaupun sehebat mana cinta mereka yang dekat dengan kita menyintai kita, kita tidak akan mampu merasai cinta itu selagi kita juga tidak menyintai mereka.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Setelah Sedar …

10 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Pengajaran Tuhan sentiasa masuk ke jiwa kita. Namun sejauh mana kita memahaminya bergantung kepada sejauh mana bersihnya jiwa. Jiwa umpama cermin yang berkilat yang sentiasa memancarkan semula cahaya yang masuk ke dalamnya dengan cara memantulkan semula. Seandainya ia berdebu, pasti tiada cahaya yang mampu diterima masuk apatah lagi untuk dipantulkan semula untuk kesejahteraan yang lain.

Menyedari Allah di dalam amal soleh itu mampu membersihkan jiwa kerana solat tanpa kesedaran, sedekah tanpa kesedaran, amal soleh tanpa kesedaran tinggallah hanya perbuatan yang tiada kesan ke atas jiwa. Sekadar jasad melaksanakan kewajipan tanpa kerohanian.

Di dalam beramal soleh dalam kesedaran, pasti segala pengajaran Tuhan akan mampu difahami. Di sini kita akan memahami tentang hidup kita ini. Apa yang perlu kita lakukan. Bagaimana kita perlu lakukan. Yang mana terbaik dan tidak baik mampu dilihat dengan pelbagai cara.

Baca Selanjutnya…

Dari Jiwa Seorang Ayah Untuk Para Ayah

6 June 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dari jiwa seorang lelaki untuk para lelaki. Dari jiwa seorang suami untuk para suami. Dari jiwa seorang ayah kepada para ayah.

Saudaraku,
Kita ini ditakdirkan Allah SWT menjadi seorang lelaki, seorang suami dan ayah. Lalu ditakdirkan Allah dengan sebuah amanah yang perlu dijalankan mengikut kehendak Allah sebagai wakilNya. Di dalam menjalankan amanah ini, seandainya kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah, kita pasti gagal.

Saya bukanlah seorang suami yang lebih baik dari mana-mana suami. Bukan juga seorang ayah yang hebat. Namun saya ingin menjadi seorang suami dan ayah yang diredhai Allah. Inilah cita-cita saya.

Saya ingin menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Di antara pengalaman saya:
Baca Selanjutnya…

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kasih sayang & cinta itu adalah 'gain'. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga & sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword