Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Percaya, Sedar dan Amal

10 May 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Kekadang kita rasa iman kita sudah cukup kuat. Selama ini segala ujian dapat diatasi dengan redha. Tapi kita tidak tahu apakah ujian Allah di masa hadapan samada mampu atau tidak kita hadapi. Kerana itu jangan berhenti daripada terus berharap pada Allah SWT agar kuatkan keyakinan dan keimanan kita kepadaNya.

Jika menunggu saat ditimpa masalah baru cuba untuk menguatkan keyakinan dan iman, bimbang kita tidak mampu kerana dalam keadaan resah, gelisah, jiwa sempit… ketika itu jugalah kita perlu yakin pada Allah sedangkan sebelum ini kita tidak pernah menguatkan keyakinan kita pada Allah.

Lalu ketika kurang masalah ini, sentiasalah sedar akan Allah.

Apa yang kita lakukan, sedari Allah.

Mohon pada Allah dalam buat pilihan.

Sentiasa tanya Allah untuk lakukan sesuatu walaupun dalam perkara kecil.

Sentiasa mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah.

Sentiasa utamakan Allah dalam apa jua hal.

Sentiasa berterima kasih pada Allah.

Jangan pula terlalu yakin bahawa sekarang ini kita mampu mengucap 2 kalimah syahadah tetapi kita tidak tahu dalam keadaan nazak… apakah kita mampu melafazkan syahadah itu kerana di masa itu pelbagai hasutan syaitan datang. Nafsu kita pula jarang kita tundukkan.

Kita terlalu yakin bahawa sekarang ini aku tidak ada masalah bersyahadah, pasti ketika nazak nanti, aku juga mampu.

Dalam keadaan nazak, kesakitan kita tidak mampu digambarkan namun pasti kesakitan yang tidak pernah dirasai kita. Dalam sakit biasa seperti demam pun kita lebih banyak sedar pada sakit berbanding sedar Allah, inikan pula ketika kita dalam keadaan sakit yang tidak terperi.

Jangan pula ingat kita ini sudah banyak ilmu agama. Nanti pasti mudah mengucap dalam keadaan sakaratul maut datang. Kita tidak tahu keadaan itu.

Amal soleh yang banyak tanpa ada kesedaran juga belum tentu mampu memberi pertolongan kepada kita.

Kita mesti percaya dan sedar akan Allah SWT. Bukan percaya tapi tidak menyedari Allah. Kerana itu adanya Iman, Islam dan Ihsan. Iman percaya, Islam amal soleh dan Ihsan kesedaran.

Apabila kita kenal Allah, kita yakin dan percaya padaNya. Sangat yakin dan percaya. Keyakinan dan kepercayaan kita sangat nyata dan jelas sehingga kita benar-benar rasa lalu menyedari Allah. Kita sedar Allah setiap masa dalam hidup kita ini. Setiap saat.

Kemudian kerana percaya, yakin dan sedar akan Allah SWT setiap saat, kita akan menjalankan amanah kita kepada Allah demi keranaNya. Kita melakukan amal soleh. Dalam masa yang sama kita melatih jiwa agar tidak terikat dengan keduniaan. Kita menguatkan kepercayaan kita, keyakinan dan kesedaran kita pada Allah dengan selalu bersyahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Latihlah. Kuatkan kesedaran kita pada Allah. Tingkatkan kepercayaan kita pada Allah di dalam amal soleh kita. Sentiasa yakin dan sedar akan Allah. Inilah sebuah kehidupan hidup berTuhan. Melakukan segala-galanya atas Nama Allah, atas semua nama-nama Allah yang kita simpulkan sebagai ya Rahman dan ya Rahim.

Sekadar peringatan untuk diri saya sendiri dan jika sudi saudara boleh mengambil peringatan untuk diri saudara juga.

Fuad Latip
10 Mei 2011
http://www.fuadlatip.com
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword