Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Kekeliruan Dengan Keikhlasan

28 May 2011 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

“Perintah Allah itu mesti diikuti walaupun suka atau terpaksa. Tidak kira samada ikhlas atau tidak… WAJIB diikuti. Ini yang ingin disampaikan di dalam artikel ini. Tapi orang kita asyik guna alasan… “kalau buat baik tapi tak ikhlas.. baik tak payah.” Mana ajaran yang dibelajar tak tau lah.”

Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan.

Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.

Selama ini kita memahami… untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati… rela… Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan.

Baca Selanjutnya…

Saya Di UUM 9 Jun 2011

25 May 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

TERBUKA UNTUK SEMUA. InshaAllah bertemu di UUM.


Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Incoming search terms:

Percaya, Sedar dan Amal

10 May 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kekadang kita rasa iman kita sudah cukup kuat. Selama ini segala ujian dapat diatasi dengan redha. Tapi kita tidak tahu apakah ujian Allah di masa hadapan samada mampu atau tidak kita hadapi. Kerana itu jangan berhenti daripada terus berharap pada Allah SWT agar kuatkan keyakinan dan keimanan kita kepadaNya.

Jika menunggu saat ditimpa masalah baru cuba untuk menguatkan keyakinan dan iman, bimbang kita tidak mampu kerana dalam keadaan resah, gelisah, jiwa sempit… ketika itu jugalah kita perlu yakin pada Allah sedangkan sebelum ini kita tidak pernah menguatkan keyakinan kita pada Allah.

Lalu ketika kurang masalah ini, sentiasalah sedar akan Allah.

Apa yang kita lakukan, sedari Allah.

Mohon pada Allah dalam buat pilihan.

Baca Selanjutnya…

Hasil Daripada BerIman

10 May 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tidak perlu diulas panjang tentang hal ini kerana semuanya jelas di dalam Al-Quran tentang iman dan amal soleh. Setiap kali Allah berfirman tentang ganjaran orang beriman, pasti dinyatakan iman dan beramal soleh. Tidak hanya yakin dan percaya tetapi keyakinan dan kepercayaan itu dibuktikan dengan kelakuan iaitu amal soleh.

Amal soleh adalah hasil daripada iman. Amal soleh menunjukkan bukti seseorang itu beriman. Seandainya beriman, pastilah amalnya merupakan amal yang soleh. Amal soleh menjadi bukti bahawa seseorang itu beriman atau tidak. Lalu marilah kita melihat bukti yang kita ada samada benarkah amal kita selari dengan apa yang kita yakini?

Jika tidak, kita sebenarnya penghafal teori yang hebat di fikiran dan bibir tetapi tidak ada keyakinan atau iman kita kepada Allah SWT. Seandainya yakin, maka pastilah kita akan beramal dengan amalan yang soleh.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword