Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Jiwa Tenang Otak Cerdas

6 April 2011 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Jiwa yang diam (tenang) pasti otak berfikir dengan baik dan kreatif. Maka bukan diamkan otakmu tetapi diamkan jiwa/dirimu agar otakmu matang berfikir.

Diamkan fikiranmu bukanlah menghentikan otakmu dari berfikir. Tetapi menghalang otakmu berfikir mengikut nafsumu agar otakmu berfikir mengikut ilham yang ada di jiwa yang tenang itu. Diamkan fikiran itu mudah iaitu jiwa/kamu kembali kepada Allah.

Umpama sebuah dasar lautan yang tenang, pasti makhluk hidup di dalamnya bergerak ke sana sini dengan bahagia. Makhluk hidup tidak diam walaupun dasar lautan itu tenang. Semuanya bekerja dan menjalani kehidupan yang ditentukan.

Namun apabila dasar lautan bergelombang, makhluk hidup mula gelisah. Ke sana sini tidak menentu.

Begitulah analogi jiwa dan fikiran. Seandainya jiwa ini tenang, fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Segala ilham yang dikurniakan Allah ke dalam jiwa dapat mengalir tenang ke otak lalu menghasilkan idea-idea yang baik.

Kita mampu memahami kehendak Allah di dalam melaksanakan perintahNya. Kita akan terus memiliki kekuatan kerana kita amat sedar dan rasa kita beribadah atas nama Allah.

Kerana itu kita perlu mempositifkan jiwa dan bukannya mempositifkan fikiran tanpa menghiraukan jiwa. Fikiran pasti akan positif apabila kita memiliki jiwa yang positif.

Sumber ilham letaknya di jiwa. Lalu dalam keadaan jiwa yang tenang, ilham ini dapat mengalir dengan baik mencetuskan sebuah fikiran yang dikenali sebagai idea.

Umat islam seharusnya lebih hebat daripada yang lain. Umat islam tidak membaca menggunakan nafsu tetapi menggunakan ilham yang disampaikan oleh Yang Maha Bijaksana… Allah SWT. Dia Yang Maha Tahu kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah ciptaanNya.

Nah! kini kita memahami jalan ceritanya. Tinggal kita ingin menjadi orang yang berjiwa tenang.

Caranya yakinlah pada Allah melalui kata-kataNya iaitu “Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang”.

Sebuah ayat Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya. HANYA bermakna tidak ada yang lain melainkan dengan mengingat Allah sahajalah jiwa menjadi tenang.

Jiwa ini ditenangkan Allah. Dan Allah akan menenangkan kita seandainya kita sentiasa mengingat Allah.

Lalu timbul lagi persoalan. Bagaimana untuk sentiasa mengingat Allah?

Seandainya kamu mencintai seseorang pasti kamu sukar melupakan. Nah! inilah jalannya. Seandainya ada rasa cinta kita pada Allah, mana mungkin kita akan lupakanNya walau sesaat pun.

Dalam apa jua hal, kita tetap terus ingat Allah walaupun ketika kita melakukan kerja di dalam melaksanakan amanah Allah SWT.

Oh! Bagaimana pula untuk mendapatkan cinta Allah? Sememangnya semuanya adalah hak Allah untuk memberikan rasa cinta kepadaNya dalam hati kita.

Namun atas daya kemanusiaan yang dikurniakan Allah, kita sekadar mampu berkomunikasi dengan Allah SWT setiap apa yang kita fikirankan dan lakukan. Dengan komunikasi, kita dapat selarikan apa yang kita fikir serta kerja kita dengan menyedari Allah SWT.

Oh! indahnya setelah kita tahu caranya. Lalu praktikkan kerana hanya dipraktikkan sahaja yang mampu memiliki cinta Allah SWT .

Sesekali di dalam tenang, luncurkan jiwa itu kuat menyedari Allah SWT. Kamu pasti akan terus diilhamkan Allah di dalam tuntunannya melayari hidup berTuhan ini.

“ya Allah terima kasih ya Allah”

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

http://www.fuadlatip.com/

http://www.facebook.com/fuadlatip

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

    • An error has occurred, which probably means the feed is down. Try again later.
  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword