Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Protected: Modul Bengkel Jiwa Positif Hidup BerTuhan

27 April 2011 | Enter your password to view comments. | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Memiliki Keyakinan Pada Allah SWT

25 April 2011 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seandainya dirimu sedar dan rasa kehambaanmu dan ketuhanan Allah SWT, pasti kamu yakin pada Allah. Pasti. Sedar dan rasa bukan cetusan di fikiran. Tapi ia sebuah rasa yang tidak mampu kamu menidakkan walau dengan apa jua cara seandainya benar kamu sedar dan merasainya.

Agar diri sentiasa sedar dan rasa kehambaan diri dan ketuhanan Allah:
(Semua di bawah adalah kerja hati)
1. Kenal dan sedar Allah Yang Maha Meliputi. BUKAN SEKADAR TAHU. Tapi benar-benar RASA. Lalu pasti akan sedar dan sangat terasa Allah ini dekat. Allah ini Maha Besar. Allah ini Maha segala-galanya.
Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Rukuk dan Sujudlah Dengan Benar

24 April 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Selagi tiada rasa hormat kepada Tuhanmu semasa rukukmu, teruskanlah rukukmu SEHINGGA apa yang kamu bicarakan semasa rukukmu adalah pujian yang benar datang dari hatimu untuk Tuhanmu.

Selagi tiada rasa kehambaanmu di dalam sujudmu, teruskanlah sujudmu kepadaNya SEHINGGA kamu berasa kehambaanmu dan ketuhananNya.

Selagi masih terasa dirimu memiliki pujian walaupun sedikit, teruskan iktidalmu SEHINGGA kamu berasa kamu TIDAK memiliki apa-apa pun pujian dan kehebatan.

Kamu pasti tidak akan jemu bertemu Tuhanmu dan kamu sentiasa ingin kembali kepadaNya.

Incoming search terms:

Protected: Allah Yang Maha Meliputi

14 April 2011 | Enter your password to view comments. | Cetak Artikel Cetak Artikel

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Solat: Pertemuan Dengan Allah SWT

14 April 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Solat itu bukan sekadar yakin adanya Allah dan yakin pada Allah TETAPI yakin SEDANG bertemu dengan Allah. Seandainya masuk ke dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” pasti solat kita akan benar. Di ketika berada dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” ini, kita sedang berada dalam khusyuk, iaitu asyik dengan Allah.

Ketika waktu solat tiba, sedarilah bahawa kita ingin bertemu Allah. Jika sekadar sedar aku ingin solat, kita tidak berasa tujuan kita saat itu adalah untuk bertemu Allah.

Seandainya sedar kita dalam tujuan bertemu Allah, pasti kita akan benar-benar bersedia untuk bertemu Allah. Kita akan mengambil wudhuk dengan benar kerana kita ingin bertemu Allah… Tuhan kita. Bukan kawan-kawan. Bukan mak ayah. Tapi Allah… TUHAN!!

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

TERBUKA: Bengkel Jiwa Positif Dengan Solat di UPM

7 April 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara, bengkel ini akan diadakan pada hari jumaat 22 April 2011. Anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Sekiranya ada kelapangan, boleh kita berjumpa di sana.

InshaAllah, selain kita mempraktikkan khusyuk dalam solat (terus diadakan praktikal agar sama-sama benar berada dalam khusyuk), saya juga akan jelaskan tentang penyerahan total 100% pada Allah SWT serta bagaimana meraih cinta hakiki pada Allah SWT justeru kita akan menjadi hamba yang benar-benar sedar akan Allah SWT setiap saat kehidupan ini. Kita akan praktikkan bersama-sama.

Hamba yang sedar akan Allah SWT pasti memiliki Jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan yang sebenar.

Baca Selanjutnya…

Jiwa Tenang Otak Cerdas

6 April 2011 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Jiwa yang diam (tenang) pasti otak berfikir dengan baik dan kreatif. Maka bukan diamkan otakmu tetapi diamkan jiwa/dirimu agar otakmu matang berfikir.

Diamkan fikiranmu bukanlah menghentikan otakmu dari berfikir. Tetapi menghalang otakmu berfikir mengikut nafsumu agar otakmu berfikir mengikut ilham yang ada di jiwa yang tenang itu. Diamkan fikiran itu mudah iaitu jiwa/kamu kembali kepada Allah.

Umpama sebuah dasar lautan yang tenang, pasti makhluk hidup di dalamnya bergerak ke sana sini dengan bahagia. Makhluk hidup tidak diam walaupun dasar lautan itu tenang. Semuanya bekerja dan menjalani kehidupan yang ditentukan.

Namun apabila dasar lautan bergelombang, makhluk hidup mula gelisah. Ke sana sini tidak menentu.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword