Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Terima Kasih Ya Allah

1 February 2011 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Apabila kamu mengucapkan “Terima kasih ya Allah”, kamu akan berasa lapang dada.

Rasa itu bukan nanti… bukan akan datang. Tetapi ‘on the spot’… ‘now’… sekarang dengan serta merta jelas rasanya.

Sebenarnya kamu meletakkan prasangka baik pada Allah dengan sebenar-benarnya. Bukan sekadar di bibir… tetapi ucapan itu menarik jiwamu kembali kepadaNya.

Hebatnya ucapan “terima kasih ya Allah” membuatkan dirimu itu terus serta merta sambung (silatun) ke Allah bersama rasa syukur di atas apa sahaja dalam apa jua keadaan.

Ketika dalam apa jua keadaan, susah atau senang, suka atau sedih, hal kecil atau besar…. sentiasalah berterima kasih kepada Allah.

Mari ucapkan bersama-sama dengan penuh rendah hati… mari..

ya Allah…
terima kasih ya Allah…
terima kasih.

Diam… dan rasakan sambutan Allah…. Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah… terima kasih…
ku ulangi syukurku ini…
ternyata Allah terus menyakinkan aku kepadaNya…
ternyata Allah terus serta merta melapangkan dadaku daripada segala cengkaman…
ternyata Allah terus memberikan kekuatan untuk aku terus dan terus bekerja…
ternyata Allah terus menambahkan kasih sayangNya untukku…
ternyata Allah terus menerus mencukupkan segala keperluanku…
ternyata Allah terus mengangkat darjatku…
ternyata Allah terus menambahkan rezekiku..
ternyata Allah terus mengilhamkanku petunjuk… hidayah..
ternyata Allah terus menyihatkan aku dan aku benar-benar berasa sihat…

Ternyata Allah meyakinkan aku bahawa Dia telah mengampuni dan memaafkan segala dosa-dosaku.

Dan benar-benar aku dibahagiakan Allah…. lalu jelas dan nyata aku berasa bahagia….

Apa lagi yang ku harapkan? Semuanya telah diberi Allah… aku hanya diam dalam kebahagiaan.

Terima kasih ya Allah… terima kasih….

[note]: Saya pernah menulis tentang “terima kasih Allah” 2 tahun yang lepas di sini http://www.fuadlatip.com/v1/2009/05/pemantapan-jiwa-2-terima-kasih/

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

http://www.fuadlatip.com/

1 Feb 2011

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword