Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ebook JPHBT Vol 5: Sebuah Taman Yang Indah

13 February 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Download Ebook JPHBT Vol 5 (Gunakan email yang telah didaftarkan untuk login).

Muqaddimah

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW Rasullullah

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberikan ilham dan kekuatan di dalam penghasilan Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 5: Sebuah Taman Yang Indah.

Saudara, bukan taman yang indah ini menjadi destinasi kita. Ia hanya permulaan. Langkah awal di dalam hidup berTuhan. Namun kita harus masuk ke dalam Taman ini berbanding hanya duduk di luar sekadar bercerita tentang taman ini.

Setelah berada di dalam Taman ini, nikmatilah terus apa yang ada. Namun jangan hentikan langkah saudara kerana taman ini bukan destinasi kita.

Destinasi kita adalah bertemu dengan Allah SWT dan berada dekat denganNya.

Bagi yang masih di luar Taman, ayuh!!! Tinggalkan segala persepsi dan prasangka kepada Tuhanmu dan masuklah ke dalam Taman ini. Tidak perlu berdebat sekadar mencerita teknik dan modul untuk berada dekat dengan Allah namun kaki kaku berdiri di luar sana.

Bagi yang sudah melangkah masuk, teruskan. Jangan berhenti atau berpatah balik. Sedikit demi sedikit dirimu akan mula mengerti dan memahami. Masuklah tanpa ilmumu itu kerana untuk berada dekat dengan Allah, kamu perlu meninggalkan ilmu itu. Ilmumu itu pasti menjadi hijab untuk kamu berada dekat dengan Tuhanmu.

Bagi yang sedang menikmati Taman ini, panggillah sahabat-sahabatmu. Tariklah mereka masuk bersama denganmu. Katakan pada mereka, tidak perlu ragu dan jangan hanya duduk di luar sana dan berdebat dengan persepsi fikiran yang kamu sendiri tidak pernah rasai.

Bagi yang terus masuk ke dalam, teruskanlah langkahmu. Kesedaran akan Tuhanmu akan bertambah. Itulah imanmu yang akan bertambah bersama iman yang sedia ada. Teruskan….teruskan…

InshaAllah JPHBT akan masuk ke fasa seterusnya. Iaitu setelah pencarian tentang Tuhanmu selesai… lalu apa?????

Semoga kita terus dirahmati dan dituntun serta diberi kekuatan oleh Allah SWT. Terima kasih untuk semua guru-guru ku, isteri, anak-anak dan keluargaku yang sentiasa menjadi medium ilham dari Allah SWT.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.fuadlatip.com
http://www.facebook.com/fuadlatip

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword