Ebook JPHBT Vol 5: Sebuah Taman Yang Indah
13 February 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Download Ebook JPHBT Vol 5 (Gunakan email yang telah didaftarkan untuk login).
Muqaddimah
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW Rasullullah
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberikan ilham dan kekuatan di dalam penghasilan Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 5: Sebuah Taman Yang Indah.
Saudara, bukan taman yang indah ini menjadi destinasi kita. Ia hanya permulaan. Langkah awal di dalam hidup berTuhan. Namun kita harus masuk ke dalam Taman ini berbanding hanya duduk di luar sekadar bercerita tentang taman ini.
Setelah berada di dalam Taman ini, nikmatilah terus apa yang ada. Namun jangan hentikan langkah saudara kerana taman ini bukan destinasi kita.
Destinasi kita adalah bertemu dengan Allah SWT dan berada dekat denganNya.
Popularity: 67% [?]
Incoming search terms:
- ebook jiwa (2)
- ebook positif (1)
- indah hidup bertuhan (1)
“Close Circuit” Dengan Allah
13 February 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
![]()
Bagaimana seorang guru atau pendidik boleh menerapkan pengajaran hidup BerTuhan ketika proses pembelajaran berlangsung.
Contoh: Saudara lihat gambar di sebelah. Apakah yang saudara boleh kaitkan sebuah kehidupan dengan litar di sebelah?
Di dalam litar ini ada bateri (pembekal tenaga), wayar dan juga mentol. Untuk menjadi mentol yang terbaik, mentol mestinya memiliki keboleharapan (reliability) yang maksimum.
Keboleharapan alatan adalah keupayaan alatan itu berfungsi sepertimana seharusnya ia berfungsi.
Baik mari kita mengambil pengajaran daripada sebuah litar ringkas itu.
Bateri adalah pembekal tenaga memiliki beza upaya tenaga yang lebih tinggi berbanding mentol. Mentol adalah sekadar beban yang hanya menyala jika memiliki tenaga elektrik.
Popularity: 48% [?]
Incoming search terms:
Motivasi Rajin
13 February 2011 | 1 Komen |
Cetak Artikel
[note]: Praktikalnya di akhir artikel ini.
Malas itu adalah “kita tiada motivasi untuk melakukan sesuatu kerja itu”.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (QS 51:56)
Makna ibadah itu luas iaitu adalah melakukan segala-galanya kerana Allah SWT.
Mari kita cerahkan lagi.
Jika diberi pilihan samada ingin dipertanggungjawabkan dengan amanah yang memerlukan kita melakukan suatu pekerjaan atau duduk rehat, jalan-jalan, makan angin etc, yang mana satu pilihan saudara?
Ketepikan soal wang. Katakan dua-dua pilihan tersebut tetap mendapat rezeki dari Allah. Cumanya, ingin bekerja atau rehat-rehat sahaja?
Popularity: 44% [?]
Incoming search terms:
- rajin (9)
- motivasi (5)
- motivasi rajin (3)
- motivasi rajin kerja (2)
- motivasi untuk rajin kerja (2)
- motivasi untuk rajin (1)
Aku Bersaksi Sebenar-Benarnya
11 February 2011 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Ketika kamu sentiasa sedar akan Allah dalam setiap saat kehidupan kamu, kamu akan benar-benar berasa “tiada daya dan kekuatan melainkan daya yang dialirkan oleh Allah SWT kepadamu sahaja”.
Dan ketika ini kamu benar dengan jelas dan nyata hanya MENYAKSIkan daya dan kekuatan Allah lalu terpancul dari jiwamu…. “aku bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah SWT”.
Setiap waktu.. aku lakukan apa yang ingin aku lakukan bersama sedar ke Allah. Dan aku sentiasa melihat apa yang berlaku saat ini..’now’… oh! ini yang Allah hendak. oh! ini yang terjadi. oh! ini…. oh! itu… aku menyaksikan.
Menyaksikan adalah sebuah perbuatan… dan jiwaku merasainya lalu bersaksi.. sebuah rasa… yg tidak mungkin mampu diterangkan tapi jika kau melakukan.. kau akan merasai dan memahami sendiri.
Popularity: 42% [?]
Incoming search terms:
- aku bersaksi (3)
- hidup yang bersaksi (1)
Di Perjalanan Pulang Kerja
4 February 2011 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Saya dan isteri suka bersembang-sembang tentang ketuhanan di dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Masa yang ada di dalam kereta lebih kurang 40 minit untuk sampai ke rumah sememangnya menjadi masa kami untuk bercerita sambil meningkatkan kefahaman antara suami isteri tentang hidup berTuhan.
Semalam saya dan isteri berbual tentang apa yang mak saudara saya katakan iaitu “seandainya kita ada sesuatu yang ingin diberi pada seseorang, kita mesti memberinya. Kalau tidak, pasti akan terbiar.”
Jika makanan yang kita ingin berikan, berilah makanan itu. Jika tidak beri, pasti makanan itu akan terbuang begitu saja. Yang menanggung pembaziran adalah kita sendiri.
Popularity: 46% [?]
Incoming search terms:
- doa pulang kerja (1)
Terima Kasih Ya Allah
1 February 2011 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Apabila kamu mengucapkan “Terima kasih ya Allah”, kamu akan berasa lapang dada.
Rasa itu bukan nanti… bukan akan datang. Tetapi ‘on the spot’… ‘now’… sekarang dengan serta merta jelas rasanya.
Sebenarnya kamu meletakkan prasangka baik pada Allah dengan sebenar-benarnya. Bukan sekadar di bibir… tetapi ucapan itu menarik jiwamu kembali kepadaNya.
Hebatnya ucapan “terima kasih ya Allah” membuatkan dirimu itu terus serta merta sambung (silatun) ke Allah bersama rasa syukur di atas apa sahaja dalam apa jua keadaan.
Ketika dalam apa jua keadaan, susah atau senang, suka atau sedih, hal kecil atau besar…. sentiasalah berterima kasih kepada Allah.
Mari ucapkan bersama-sama dengan penuh rendah hati… mari..
Popularity: 53% [?]
Incoming search terms:
- terima kasih ya allah (9)
- terima kasih allah (5)
- ucapan syukur kepada allah swt (3)
- kasih allah (2)
- ucapan terima kasih kepada alloh (2)
- www terimakasih ya Allah (1)
- ucapan terima untuk allah (1)
- ucapan terima kasih tuhan (1)
- ucapan terima kasih kepada allah (1)
- ucapan terima kasih ke tuhan (1)
- berterima kasih dengan allah (1)
- terimakasih ya allah (1)
- terimah ksh y allah (1)
- terima kasih kepada allah (1)
- terima kasih fuad latip com (1)
- yaallah terima kasih (1)





