Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Ini Yang Benar

30 January 2011 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Sekadar bercerita tentang diriku dengan seorang teman.

Kita selalu mengulang-ulang mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir sebagai zikir… ingat Allah SWT. Alhamdulillah ia cukup baik dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran pahala buat kita.

Saya ingin menceritakan sebuah cerita benar dari pengalaman sendiri yang mana tasbih, tahmid dan takbir diucapkan dengan penuh asli, datang dari jiwa yang sebenar sehingga terungkapkan tasbih, tahmid dan takbir.

Seorang teman yang berada di Johor menghantar SMS kepada saya apa yang beliau perlu lakukan di saat beliau berada di hospital. Isteri beliau mengalami sedikit masalah kesihatan.

Apakah ucapan zikir yang terbaik yang perlu dirinya lafazkan? Apakah doa yang terbaik untuk beliau mohonkan? inilah soalan yang diajukan kepada saya ketika beliau agak runsing dengan keadaan isteri beliau.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Seharusnya Pencarian Kita Sudah Selesai

21 January 2011 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Seharusnya pencarian kita sudah selesai. Kita tinggal percaya dan yakin serta menyedari atas keberadaan dan kekuasaan Yang Maha Kuasa.

Seharusnya KITA SUDAH MEMILIKI TUHAN DAN HIDUP BERTUHAN!!!

Seharusnya kini kita tinggal untuk benar-benar datang ke Allah tanpa bimbang, ragu-ragu akibat ilmu yang kita reka sendiri yang sentiasa menghijab diri kita. Marilah… sedari Allah.. panggillah Allah dan diam…

Kembali, pulang, hadir ke Allah itu mudah. Tidak perlu peningkan kepala dengan pelbagai hal. Syaratnya yakin 100% pada Allah bahawa tiada Tuhan selain Allah. Allah lah yang Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha segala-galanya.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Saatku Bermanja

16 January 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saat yang paling indah adalah ketika aku bermanja-manja berkomunikasi dengan Allah SWT.
Terasa kasih sayang Allah SWT mengalir dalam setiap urat sarafku.
Aliran yang membuatkan aku setiap saat sedar akanNya dan aliran yang memberikan aku kefahaman dan kekuatan.
Rugilah sekiranya ada yang tidak mahu bermanja dengan Allah SWT setiap saat!!

*************************************************

Saat aku bermanja… aku tuturkan kata-kataku kepada Allah SWT:

Sebuah contoh cerita di suatu malam…

Di awal melakukan kerja:

ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Yang Penyanyang. HambaMu ini mohon izin malam ini nak buat kerja sampai pagi ya Allah.

Ya Allah, mohon berikanku petunjuk ye ya Allah.

Mohon juga semangat dan kekuatan ye ya Allah.

HambaMu ini nak cepat-cepat siapkan kerja ni ya Allah. Kalau dah siap nanti, tak ganggu kerja lain ya Allah.

Nanti kalau hambaMu tak faham dalam buat kerja nanti, hambaMu ini tanya lagi ye ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Ketika melakukan kerja:

hmmm nak buat kerja yang mana dulu ni ye ya Allah?

Rasanya nak buat kerja yang ni dulu lah ya Allah. Kalau salah nanti mohon ilhamkan.. kasitau hambaMu ini salah pilih ye ya Allah.

Semangatlah rasanya malam ni ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana beri semangat ini ya Allah. Terima kasih ya Allah… terima kasih.

*************************************************

Aku seringkali tersungkur tatkala aku bermanja-manja dengan Allah. Aku merasakan kasih sayang Allah melebihi segala-galanya. Aku MENYEDARINYA…aku MERASAKANNYA.

Sungguh rasanya jelas dan nyata… Allahuakbar.

Sahabat…

KINI KAU MULA MENGERTI apa yang aku maksudkan dengan komunikasi dengan Allah SWT yang selama ini aku laungkan di Jiwa Positif Hidup BerTuhan (fuadlatip.com).

Masuklah ke sebuah taman yang indah. Rasailah sendiri. Pasti kau akan tersenyum. Alhamdulillah.

Sebenarnya… dengan komunikasi dan bermanja… kau membina semula hubungan dengan Tuhan kau yang telah lama kau lupakan. Kau mendekatkan diri kau yang sekian lama sangat jauh daripadaNya.

Bermula dengan komunikasi dan bermanja…. Dia menarik kau untuk masuk lagi ke dalam taman yang indah ini… membuatkan kau ingin masuk lagi ke dalam ruang yang sangat dalam di taman yang indah ini..

Kau pasti melangkah semakin cepat…semakin laju… ringan..

dan SETERUSNYA….

Di dalam sana… kau akan terdiam…tidak mampu lagi berkomunikasi apa-apa…¬† asyik menikmati… asyik menerima sebuah rasa… kefahaman… yang akan memberikan kau semangat.

Kau akan mengerti setelah kau memasuki taman yang indah ini semakin dalam…semakin dalam…. kau akan merasainya sendiri… menyedarinya.. dan inilah pengajaran yang paling indah yang akan kau miliki…

Kau tidak akan jemu… tidak akan bosan… terus ingin masuk ke taman yang indah ini berulang kali… dan kau akan melangkah semakin dalam setiap kali kau masuki taman ini.

Di saat kau hadir kepada Allah SWT…. kau hanya menerima pemberianNya…. DIAM namun memahami…

Bersama semangat… kau digerakkan… melaksanakan amanahNya.. sebagai wakil Tuhan.

Dan kau pasti terus sambung ke Allah dengan berkomunikasi di saat kau menjalankan amanah sebagai wakilNya….

Kerana kau akan sentiasa memerlukanNya.. kau tidak akan berputus-putus memohon petunjuk dan kekuatan daripadaNya.

Di saat ini kau pasti ingin terus BERMANJA.

Di ketika kau bertebaran di muka bumi ini…

Silakan untuk berkomunikasi di saat kau melaksanakan amanah dari Tuhanmu…

Silakan untuk BERMANJA dengan Tuhan kesayanganmu…

Kau tidak salah bermanja dengan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Mengapa kau takut bermanja denganNya?
Mengapa kau bimbang berkasih sayang bersamaNya?
Mengapa kau menyekat dirimu untuk pulang kepadaNya?
Ayuh!… berkomunikasilah denganNya… BERMANJALAH DENGANNYA… kau akan memahami mengapa Allah SWT dan RasulNya itu sangat-sangat inginkan kau datang ke Allah.

Sederhananya sebuah pengajaran hebat…. tauhid Ilallah… mengenal Allah… mencintai Allah… mengagungkan Allah…

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.facebook.com/fuadlatip
http://www.fuadlatip.com
16 Jan 2011

Sebuah Taman Yang Indah

9 January 2011 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

sumber: dave-derbis.de

Di sini, sebuah taman indah yang damai, membahagiakan.

Sejak dulu hingga saat ini kau asyik melihat taman ini. Kau beramai-ramai dengan mereka yang juga sekadar melihat taman ini. Masih di luar. Mengelilingi pagar taman ini. Tidak masuk ke dalam taman ini.

Apa yang kau lakukan hanya asyik membincangkan pandangan masing-masing di luar sana. Menceritakan tentang keindahan dan kedamaian taman ini. Masing-masing menyampaikan pandangan masing-masing.

Kekadang terdengar suara kuat mempertahankan pandangan masing-masing.

Namun kau masih tidak bergerak untuk masuk ke sini.

Mungkin kau hebat mengetahui tentang segalanya hal taman ini. Kau ketahui semua dalil-dalilnya. Kau hafal semua testimonial taman ini. Kau bukukan kesemuanya.

Mungkin kau terkenal sana sini sebagai seorang yang banyak ilmu tentang taman ini. Kau dihormati, kau disanjung dan kau dikenali. Kau ceritakan semua tentang taman ini.

Tapi malangnya kau sekadar hanya ada ilmu tapi kau tidak merasakan sendiri keindahan dan kedamaian di sini kerana kau masih tidak melangkah masuk ke sini.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Fikiran Hanya Untuk Allah SWT

5 January 2011 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ramai yang bertanya saya bagaimana untuk fokuskan fikiran kepada Allah SWT disamping sedar akan Allah SWT ketika solat.

Sebenarnya jawapannya telah saya ulas panjang di laman web fuadlatip.com dan juga dalam facebook ini. Jawapannya ialah….KOMUNIKASI.

Jika kita sedari semua bacaan-bacaan dalam solat adalah skrip komunikasi dengan Allah SWT. Semua bacaan di dalam solat adalah berbentuk memuji Allah dan memohon kepada Allah SWT. Kecuali bacaan dalam Surah yang dipilih sendiri oleh kita kerana kekadang ada surah berbentuk sebuah penceritaan dan pengajaran untuk kita.

Namun bacaan dalam solat adalah skrip komunikasi. Lalu gunakanlah skrip ini untuk berkomunikasi dengan Allah SWT ketika solat.

Baca Selanjutnya…

Selamat Tahun Baru 2011

1 January 2011 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Ya Allah terima kasih ya Allah kerana terus mengizinkan aku untuk terus bernafas dan menikmati segala milikMu ya Allah. Biar pun jasadku ini berubah, namun jiwa ini tidak akan berubah.

Jiwa ini tetap utuh dan semakin kukuh keyakinanku kepadaMu ya Allah bahawa tiada Tuhan melainkanMu ya Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah rasulMu ya Allah.

Ya Allah, aku memohon agar Kau ajarilah aku untuk mendapat ilmu yang benar tentangMu ya Allah. Agar aku dipimpin ke jalan yang lurus agar mampu pulang kepadaMu dengan jiwa yang tenang ya Allah.

Agar aku ditemukan dengan guru (wakilMu) yang benar ya Allah. Agar segala ilmuku kini dan akan datang tidak menjauhkan diriku daripadaMu ya Allah.

HambaMu ini meminta izin untuk terus menikmati segala milikMu untuk tahun ini ya Allah. Izinkan ye ya Allah. Izinkan. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword