Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Dirimu Terhijab

23 December 2010 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Ketika kamu benar rasa jelas dan nyata keberadaan Allah, kamu akan melihat seluruh apa yang ada sekeliling kamu serta sejauh matamu memandang, BUKAN sekadar KEKUASAANNYA semata-mata MALAH kamu melihat dan sedar akan DZAT dan SIFATNYA yang meliputi segala sesuatu samada benda hidup atau benda mati.

Dirimu itu sering terhijab sekadar melihat KEKUASAANNYA semata-mata. Juga melihat benda mati itu adalah ciptaan manusia.

Kamu tidak mengangkat KESEDARARAN kamu lebih tinggi dari itu iaitu hingga kepada Dzat dan SifatNya Allah SWT yang meliputi apa yang dikuasaiNya.

Baca Selanjutnya…

Dirimu Tercari-cari

3 December 2010 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.

Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.

Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.

Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.

Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.

Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.

Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.

Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.

Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.

Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.

Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.

Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.fuadlatip.com/

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword