Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Konsep ‘Free Will’ (Kebebasan Memilih)

26 November 2010 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir” (QS:Al-Kahfi 18:29).

Ternyata Allah SWT memberikan kebebasan kepada kita untuk memilih samada ingin beriman atau tidak. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk membuat pilihan.

Allah SWT tidak pernah memaksa samada kita ingin beriman atau tidak. Samada ingin mengikut segala perintah Allah SWT atau mengikut hanya yang mana kita rasakan perlu untuk kita…. terserah.

Baca Selanjutnya…

Kebahagiaan Fikiran

21 November 2010 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kebahagiaan hakiki itu rahmat. Namun kebahagiaan yang kita miliki ini tidak semestinya rahmat. Mungkin ia sekadar kebahagiaan yang diciptakan oleh fikiran.

Lalu dapatkanlah kebahagiaan yang sebenar…yang hakiki. Semoga kebahagiaan yang kita miliki ini adalah kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki kebaikan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri sedang melakukan maksiat. Malah berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Sambutan Aidil Adha: Bukan Kerana Apa Yang Pernah Dirasakan.

15 November 2010 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Apakah kita menyambut hari pengorbanan hanya dengan kekosongan? Apakah kita menyambutnya sekadar untuk mengenang-ngenangkan saudara kita yang menunaikan haji?”

Sebuah artikel untuk memahami perngorbanan agar dirimu memahami Allah SWT menuntut dirimu berkorban untuk dirimu sendiri.

Di sebuah kawasan tandus, seorang isteri solehah ditinggalkan suami bersama bayi demi Tuhan. Cerita yang saudara sudah hafal jalan ceritanya. Cerita yang diulang-ulang saban tahun ketika Aidil Adha menjelang atau juga ketika kita mengulas topik sebuah pengorbanan.

Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail BUKANLAH sebuah cerita untuk dihayati untuk TUJUAN ingin rasa keperitannya sepertimana beliau dan anaknya rasai. Bukan untuk pengajaran daripada ber”sai” agar yang dimiliki adalah pengalaman rasa penatnya siti hajar berlari-lari mendapatkan air. Bukan itu…..bukan itu pengajarannya yang utama.

Baca Selanjutnya…

Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia

13 November 2010 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang sudi untuk menguruskan Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia. Saudara yang berminat untuk menguruskan juga dialu-alukan mengikut kemampuan saya yang dialirkan oleh Allah SWT mengikut kehendakNya.

Buat masa ini ada 2 Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia yang akan dianjurkan dalam bulan Disember ini.
1. Anjuran Akademi Nurinsan pada 18 Dis 2010, Sabtu. (klik sini untuk info lanjut)
2. Anjuran Surau Al-Muhajirin Bandar Bukit Mahkota Bangi pada 19 Dis 2010, Ahad (klik sini untuk info lanjut)

Saudara juga boleh menguruskan atau mengadakan bengkel ini untuk kawan-kawan, sekolah, universiti, taman perumahan, syarikat dan lain jika merasakan ia bermanafaat.

Untuk yang berminat mengadakan bengkel seperti ini bolehlah emailkan kepada saya fuadlatip[di]gmail.com. (tukarkan [di] kepada @). Saya akan kirimkan kertas kerja yang diperlukan.

Baca Selanjutnya…

Seandainya Dirimu Sedar

4 November 2010 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ya Allah, seandainya mereka dapat menyedari dan merasai bahawa rahmatMu mampu dirasai terus ke dalam dada, pasti mereka tidak akan mampu melepaskan kesedaran kepadaMu walau sesaat pun.

Mereka terus menerus akan meminta Engkau mengisi jiwa mereka dengan ketenangan, kedamaian, kebahagiaan sehingga mereka pasti merasakan ujian yang Engkau berikan terlalu kecil malah tiada kesannya masalah itu kepada mereka.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword