- Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT) - http://www.fuadlatip.com/v1 -

Persepsi Penghalang Syukur

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Sentiasalah terima kasih pada Allah SWT tanpa sebarang sebab. Maknanya tidak kira samada kita memiliki atau tidak apa yang kita hajati, samada kita bahagia atau tidak. samada ada masalah atau tidak…. kita tetap terus berterima kasih pada Allah SWT. Kerana yang tidak dimiliki, tidak bahagia atau bermasalah itu cuma sesekali berbanding memiliki, bahagia, tiada masalah etc..etc.

Kecewa tidak memiliki, sedih tidak bahagia, pening dengan masalah sebenarnya semua hanyalah persepsi fikiran dan emosi yang terbatas. Tidak kita ketahui REALITI SEBENAR.

Kita hanya menduga dengan fikiran dan emosi lantas sang aku..jiwa yang sejati tenggelam menjadi hamba fikiran dan emosi. Kita tenggelam dan hayut bersama PERSEPSI berasaskan ilmu yang disimpan di otak kita.

Lalu ketika kita kecewa, kita tenggelam dan hanyut bersama kekecewaan itu.

Ketika kita sedih, kita tenggelam dan hanyut di dalam sedih itu.

Ketika kita bermasalah, kita tenggelam dan hanyut dalam masalah itu.

Kita tidak keluar…terus duduk di situ. Namun tahu….tetapi tetap terus keras membatu.

Akhirnya diri yang sakit…sempit..gelisah.

Orang yang sempit jiwanya, kecewa, sedih, marah, gelisah dan seumpamanya adalah orang yang suka membuat andaian dan PERSEPSI.

Berlatihlah agar dirimu bukan yang jenis suka membuat PERSEPSI atas apa jua perkara dan juga persepsi kepada keadaan atau juga kepada seseorang. Dirimu akan sempit…sakit yang parah.

Kita seharusnya menjadi kita yang sebenar…diri yang sejati. Diri yang seharusnya mengawal fikiran dan emosi. BERADA DI ATAS FIKIRAN DAN EMOSI…di atas rasa.

Kita seharusnya yang mengawal…mengendalikan…menjadi commander officer ke atas fikiran dan emosi. Caranya… buangkan segala persepsi terutama persepsi negatif.

Ketika sedar tertinggi kita berada di dalam wilayah keyakinan pada Allah yang sangat tinggi. Kita yakin bahawa sememangnya apa yang berlaku merupakan yang terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuk diri kita.

PERSEPSI FIKIRAN DAN EMOSI yang merosakkan keyakinan kita ini. Berlaku samada diganggu oleh musuh (jin, syaitan dan nafsu) atau kerana kita yang jauh dengan Allah SWT sehingga diilhamkan oleh Allah SWT fujur kepada kita.

Semuanya sudah jelas untuk menyelesaikannya. Apa lagi yang kita tunggu….apa lagi yang kita hendah balahkan..debatkan…ragukan. Datang….datang bersungguh-sungguh…datang sebenar-benarnya. Datang itu mengangkat kesedaranmu….sedar kepada Yang Maha Tinggi. Kepada Yang Maha Besar. Yang Maha Mengetahui.

Tinggalkan persepsimu….datanglah kepada Allah SWT. Kamu akan diceritakan rahsia dalam rahsia oleh Yang Maha Memiliki segala rahsia.

Di saat ini…kamu akan mula memahami kehidupanmu sendiri.

2 Comments (Open | Close)

2 Comments To "Persepsi Penghalang Syukur"

#1 Comment By jamilah On 8 October 2010 @ 8:03 am

Terima kasih atas kirimin ini

#2 Comment By Su On 8 October 2010 @ 5:19 pm

Saya rasa macm satu jawapan yang tepat sekali. harap dapat tunjuk ajar seterusnya supaya kita kuat menghadapi dan tau terus untuk keluar dlm belenggu 2.tq