Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Persepsi Itu Fitnah

21 October 2010 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Persepsi ke atas orang lain
Jika wujud persepsi buruk ke atas seseorang oleh dirimu, ketahuilah kamu akan terkurung di dalam kesempitan jiwa.

Selagi mana kamu tidak membuangkan persepsimu itu, kamu terus akan dihimpit.

Lalu pasti akan wujud pula fitnah dari mulutmu kepada seseorang itu. Kamu akan bertambah sempit apabila fitnah mula berjalar tanpa mampu disekat.

Ketika kita dengki, kita tahu kita dengki, Ketika kita benci, kita tahu kita benci.

Ketika kita cinta, kita tahu kita cinta. Ketika kita khusyuk, kita tahu kita khusyuk. Ketika kita melakukan fitnah, kita tahu kita melakukan sesuatu yang buruk. Ketika kita marah, kita tahu kita sedang marah.

Ketika kita sedih, kita tahu kita sedang sedih. Ketika kita malas, kita tahu kita sedang malas.

Semua orang tahu keadaan dirinya. Namun kita tidak mampu mencabut semua rasa-rasa fujur dalam diri kita walaupun kita puas berusaha kerana ia tetap dikehendaki oleh Yang Maha Mengkehendaki untuk terus memberi kita ilham fujur.

Ketika Allah SWT memberikan ilham fujur pada kita, tiada seorang pun yang mampu menahannya. WALAUPUN KITA TAHU KITA SEDANG DILANDA DENGAN FUJUR.

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya. (QS Asy Syams 91:8).”

Persepsi itu menunjukkan Kamu TIDAK TAHU PERKARA APA YANG BERLAKU SEBENARNYA.
Lalu janganlah kamu berpersepsi kerana beberapa ketika PASTI kamu akan melakukan fitnah.

MUNGKIN BUKAN FITNAH DENGAN YANG LAIN, TETAPI PASTI FITNAH BERLAKU DI DALAM HATIMU dengan anggapan-anggapanmu. Hatimu terus sempit. Dirimu akan menjauhi dirinya.

Sikapmu menjadi buruk. Kamu terus membenci, dengki, sakit hati dan pelbagai label dan anggapan terus diberikan oleh fikiran dan emosimu.

Persepsi ke atas diri sendiri
Persepsi merasa dirimu bagus sebenarnya mampu memakan diri. Tujuan asalmu sekadar untuk memberikan motivasi kepada dirimu. Namun kamu terlupa bahawa fikiran dan emosimu mudah dipengaruhi.

Otakmu itu hanyalah sebuah alat rakaman. Merakam apa yang kamu rasa. Ketika kamu terus berasa dirimu bagus, pasti suatu ketika fikiran dan emosimu tidak lagi mampu mengawal rasanya.

Maka akan wujud rasa bangga diri. Bermula bangga diri dengan diri sendiri, ia akan perlahan-lahan terus memakan diri. Bangga diri mula terasa ketika diri mula membandingkan kehebatan diri dengan yang lain. Sedangkan ia cuma sebuah persepsi diri sendiri.

Persepsi menjerat dirimu. Bermula untuk bangga sendiri sekadar motivasi untuk lebih maju, kini kamu tidak sedari secara tidak langsung kamu mula merasa yang lain lebih rendah dari dirimu. Nah! inilah permainan fikiran dan emosimu.

Sedarlah bahawa kamu sebenarnya sedang diilhamkan oleh Allah dengan fujur. Jauh di sudut jiwa itu pasti ada suara-suara yang meminta kamu jangan membangga diri. Namun suara-suara itu hanya mampu dikatakan di bibir sekadar penutup kebanggaan diri.

Namun jiwa? Aduh! tidak mampu kamu buangkan rasa fujur itu kerana jiwamu dipegang Allah SWT. Selagi kamu tidak datang dan berserah kepadaNya, kamu akan terus dihimpit.

Penyelesaiannya
Lalu, jangan sombong dengan Allah sehingga kamu membiarkan fujur kamu itu menyempit dan terus menyempitkan dirimu.

Apabila wujud persepsi dalam diri, cepat-cepatlah datang ke Allah. Kerana kamu tahu dirimu sedang sakit… sempit. Apa yang dirasai olehmu, pasti dirimu tahu. Lalu  pasrahkan dengan sebenar-benarnya dirimu padaNya. InshaAllah, akan dicabut oleh Allah SWT persepsi itu. Kamu akan mula tenang. Fitnah terhapus. Sempit lenyap.

Tinggalkan kesedaran wilayah jasadmu. Angkatlah sehingga ke kesedaran tertinggi.

Di wilayah tertinggi ini, dirimu terlepas daripada persepsi. Jiwamu pasti tenang. Kerana dirimu terlepas daripada fikiran dan emosi. Yang ada hanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kamu tidak akan terhimpit lagi kerana yang ada dalam dirimu hanyalah kasih sayang daripadaNya. Kamu pasti tersenyum bahagia.

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword