Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Jiwa Positif Hidup Bahagia

19 October 2010 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Setiap orang ada masalah. Setiap orang pula tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Namun tidak semua orang memiliki kekuatan untuk melaksanakan pilihan yang terbaik.

Perkara baik hanya mampu diperkatakan dibibir sahaja namun sangat berat untuk dilakukan. Manakala di dalam keadaan kita tahu bahawa sesuatu itu baik, kita pula tidak terdaya untuk melaksanakannya.

Kita tahu bersedekah itu perkara yang dituntut. Namun berapa ramai antara kita yang mampu melepaskan diri dari harta benda kita. Kita sekadar mampu bersedekah dengan nilai yang bagi kita ‘tak kisah’ jika kita beri nilai itu. Tetapi tidak dengan nilai yang kita sayang.

Kita tahu dengki mendengki bukanlah perkara yang baik. Namun perasaan itu seringkali tidak mampu kita hindarkan.

Kita tahu malas merupakan sikap yang tidak membawa kita ke mana-mana. Namun kita tidak mampu mengeluarkan kita daripada belenggu kemalasan.

Kita tahu membuka aurat itu merupakan suatu dosa. Namun kita terus membuka aurat kerana kita tidak ada terdaya untuk menutup aurat. Lalu kita endahkan sahaja apabila kesedaran dosa itu muncul sekali sekala.

Kita tahu ketika kita ditimpa masalah, kita perlu sabar. Namun ternyata ketika kita ditimpa masalah ,ramai antara kita tidak mampu bersabar.

Kita tahu kita haruslah berserah dengan apa yang berlaku. Namun diketika kita ditimpa musibah, ternyata jiwa kita sempit terhimpit.

Kita mampu memberikan nasihat, berkata-kata, memberikan firman-firman dan hadith-hadith serta kata-kata semangat kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Namun ternyata ketika kita mengalaminya. ramai antara kita tidak mampu mempraktikkan apa yang diungkapkan.

Kita sudah puas berdoa dengan Allah SWT namun banyak perkara yang kita masih belum puas hati dengan Allah SWT kerana masih banyak yang tidak dimakbulkan olehNya. Kita panasaran sehingga kekadang kita memarahi Allah SWT kerana tidak merealisasikan kehendak kita.

Kita rasa kita kuat beribadah. Kita tidak pernah putus asa beribadah. Namun jauh disudut hati terasa ibadah ini merupakan satu perkara yang berat. Sangat berat. Dilakukan kerana dijanjikan syurga dan kita menggunakan kata-kata semangat “untuk mendapatkan yang terbaik mana ada jalan mudah”.

Kita melihat ramai antara kita menasihati kita ke arah kebaikan kerana mereka sememangnya sejak awal lagi merupakan orang-orang yang baik. Lalu nasihat dan motivasi mereka seolah-olah melakukan kebaikan itu sangat mudah sedangkan kita tidak terdaya dan termampu.

Ceramah-ceramah agama dan motivasi banyak yang mengisahkan hal-hal yang kita sudah tahu bahawa sesuatu itu baik atau tidak baik. Jika tidak diterangkan pun saya yakin ramai antara kita mampu membezakan perbuatan baik dengan yang tidak baik. Namun persoalannya kita tidak mempunyai kekuatan.

Kita sudah bertahun-tahun mencari sehinggakan kini kita sudah hilang kepercayaan bahawa sebenarnya kita mampu hidup sangat bahagia…sangat tenang dan agama yang kita anuti inilah yang membimbing kita jalan-jalannya.

Terlalu banyak yang saya boleh senaraikan hal kehidupan kita ini sebenarnya. Namun semua yang di atas terasa kerana kita tidak memahami apa yang dikatakan dengan sederhananya agama itu.

Kita tidak pernah dijelaskan apakah sebenarnya yang membuat kita sangat berat untuk untuk hidup bahagia yang hakiki serta bagaimana mudah sebenarnya untuk memiliki hidup bahagia yang hakiki.

Mudah-mudahan dengan perkongsian atas pengalaman hidup yang mencari sejak bertahun-tahun, dapat juga memberikan manafaat untuk sahabat-sahabat semua.

Bengkel Jiwa Positif Hidup Bahagia adalah bengkel perkongsian atas saranan ramai pembaca laman web fuadlatip.com serta sahabat-sahabat. Dijalankan atas niat perkongsian. Tiada yuran tiada bayaran. Hanya bagi yang sudi infaq atas sukarela untuk kos penyediaan tempat dan lain-lain yang diperlukan sahaja.

Atas niat berkongsi, saya harap ia menjadi satu ibadah yang diredhai Allah SWT.

Sesiapa yang berminat bolehlah memberi nama di laman web di bawah. Terima kasih.

Bengkel: Jiwa Positif Hidup Bahagia: http://www.fuadlatip.com/bengkel

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Facebook Comments

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword