“Aku Datang Ya Allah..”
24 September 2010 | 4 Komen |
Cetak Artikel
“Labbaik Allahumma Labbaik…Labbaika La Syarika Laka Labbaik…Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka”
Mari kita selesaikan masalah utama kita di dalam kehidupan ini dengan sebenarnya. Banyak cara yang kita belajar namun semuanya seolah-olah tidak mampu menyelesaikan masalah hidup kita.
Masalah utama adalah kita tidak pernah belajar atau mengajar (bagi penceramah) bahawa sebelum beribadah, berdoa, berzikir dan melakukan pekerjaan ada sesuatu yang seharusnya kita perlu lakukan.
Dalam segala hal termasuk ibadah kepada Allah SWT…yang utamanya adalah DATANG DAHULU KE ALLAH DENGAN PENUH KESEDARAN.
Ingin bersolatkah, berzikirkah, beribadah termasuk beraktivitikah, berkerjakah ….apa jua pun…..yang utama DATANG KE ALLAH….ATAU PERGI KE ALLAH…BERSUNGGUH-SUNGGUH. Pastikan yang datang/pergi ke Allah itu adalah DIRIMU YANG SEJATI iaitu dalam sedar penuh dan tertinggi.
Dirimu akan merasakan Allah akan menyambut kedatanganmu. Kamu akan berasa tenang. Apa yang kamu mohonkan akan dimakbulkan. Inilah syarat utama berdoa…syarat utama bersolat…syarat utama beribadah.
KAMU DATANG KE ALLAH. KAMU PERGI KE ALLAH. Bukan memanggilNya datang kepadamu kerana sesungguhNya Dia sangat dekat dengan dirimu.
Popularity: 57% [?]
Incoming search terms:
Cakap Mudah, Praktikalnya?
21 September 2010 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Pengalaman Sendiri
Kemarahan ini pernah saya alami bertahun-tahun dahulu…ketika mencari hidup berTuhan yang sebenar. Konflik kejiwaan yang sekian lama tidak langsung pernah dijawab oleh semua mereka-mereka yang sentiasa memberikan nasihat kepada saya (bukan saudara).
Pakar motivasi, ustaz-ustaz, kaunselor, saudara mara, kawan-kawan, buku-buku, majalah-majalah, blog-blog etc…etc…
Mereka nasihat saya jangan putus asa, tapi cakap memang senang. Nak jadikan diri jangan putus asa macam mana?
Mereka nasihat saya kena sabar ketika menghadapi musibah dan masalah, tapi cakap memang senang. Diri yang menanggungnya?
Mereka nasihat saya kena kawal nafsu, tapi cakap memang senang. Diri yang nak mengawal?
Mereka nasihat saya kena rajin..jangan malas-malas, tapi cakap memang senang malah diri aku pun tahu. Tapi bagaimana nak merajinkan diri?
Popularity: 61% [?]
Incoming search terms:
- cara rajin solat (2)
- bagaimana nak rajin solat (1)
- cara untuk rajin solat (1)
- cara-cara nak rajin solat (1)
- macamana nak mengawal nafsu amarah (1)
- tip rajin solat (1)
Salam Aidil Fitri: Pengertian Sebuah Kemenangan
7 September 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Ramadhan hampir meninggalkan kita. Syawal pasti akan menjelang. Di dalam detik beberapa ketika lagi ini, mari kita sama-sama berada di dalam kesedaran tertinggi melihat aturan Allah SWT menjadikan sebuah proses tarbiah atau pemantapan diri yang sejati…jiwa…roh…iaitu kita yang sebenar.
Di kala ini ramai yang berkata dirinya berasa sedih kerana Ramadhan akan kita tinggalkan. Tidak kisahlah samada sedih kerana suasana Ramadhan tidak lagi dirasa di bulan-bulan lain atau sedih kerana tidak dapat ganjaran atau rahmat yang banyak daripada Allah SWT ke atas ibadah yang kita lakukan semasa Ramadhan, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita.
Yang utama yang harus dinilaikan adalah kesan Ramadhan ke atas diri kita. Lalu di sinilah kita ingin melihat samada kita sedih atau tidak dengan pencapaian diri kita dengan latihan Ramadhan.
Allah SWT sentiasa memberikan rahmatNya kepada kita tidak kira bulan atau hari atau tahun. Ramadhan sebuah bulan tarbiyah adalah bulan bimbingan secara langsung terus daripada Allah SWT dengan kewajipan kita mengikut latihan ini walaupun suka atau terpaksa. Sebenarnya kita seharusnya setiap saat kembali kepada fitrah tidak kira bulan Ramadhan atau dibulan yang lain.
Popularity: 57% [?]
Incoming search terms:
Praktikal: Aktifkan Kerohanian (Diri/Jiwa)
4 September 2010 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Cuba di dalam diam…. sedari bahawa Allah SWT itu Tuhan. ye…Tuhan. Bukan kawan-kawan…bukan ibu ayah…bukan saudara mara…tetapi Allah SWT itu TUHAN!!!
Baik..diam…rendahkan hati…lihatlah alam atau diri saudara…. lalu sedari Allah SWT ini Tuhan. Lakukan sekarang… rasakan terus….sedari terus….tingkatkan lagi kesedaran itu….
Di ketika kesedaran sudah muncul…panggillah Allah SWT dengan perlahan-lahan…ya Allah….diam sejenak dan terima respon daripada Allah SWT..ulangi terus di dalam jarak masa beberapa ketika agar jiwa sempat menangkap respon Allah SWT.
Setelah itu…mengucaplah dua kalimah syahadah..kemudian berselawat ke atas nabi dalam kesedaran memohon kepada Allah SWT. Benar-benar memohon agar Allah SWT memberikan rahmat kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Popularity: 65% [?]
Incoming search terms:
- kerohanian (3)
- minda super sedar (2)
- kerohanian jiwa (1)
- kerohanian (1)






