Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Memahami Latihan Unggul Ramadhan

21 August 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Mengapa siangnya berpuasa iaitu menahan kehendak nafsu…malamnya dibebaskan nafsu? Untuk apa sebenarnya latihan seperti ini?

Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu (mkn, seks, etc). Ia adalah masa untuk kita mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dgn latihan puasa siang harinya. Seharusnya pencapaian setiap hari meningkat dan terus meningkat agar tiba sahaja Aidilfitri kita mencapai tahap yang tertinggi di dalam kembali kepada fitrah sebagai kesedaran tertinggi untuk dibawa sepanjang tahun.

Walaupun nafsu jasad itu dibebaskan dari ikatan kehendaknya (makan, seks, etc) sesudah terbenam matahari namun seharusnya kita tetap terus mampu mengekalkan keberadaan kita iaitu berada di atas nafsu…di atas fikiran dan emosi..di atas rasa jasad dan di atas rasa rohani. Kita terus berada di tahapan kesedaran tertinggi dengan memiliki hati nurani…tenang..bahagia…berada di atas rasa. Tidak mengikut apatah lagi masuk ke dalam fikiran dan emosi.

Lalu kita berulang kali menambah latihan sedar ke Allah untuk kembali kepada fitrah dengan Solat Tarawih di malam harinya agar menjadi insan yang bertaqwa, berserah diri total pada Allah SWT.

Latihan dengan berpuasa ini telah diaturkan Allah dengan begitu unggul dan hebat sekali. Kita melatih diri daripada mengikut kehendak nafsu dan emosi sehingga apabila orang mengajak kita kepada perdebatan dan pertelingkahan atau juga kepada menuruti kehendak nafsu yang lain, kita disarankan oleh Rasulullah dengan berkata “sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Kemudian kita ukur pencapaian diri kita…rohani kita di malam harinya.

Kita melakukan latihan setiap hari. Kita berlatih dan terus berlatih agar setiap hari kita mampu mengukur sejauh mana pencapaian kita di dalam perjalanan kembali kepada fitrah. Mengukur tahap taqwa, penyerahan diri total kita pada Allah SWT.

Namun seringkali kita tidak mencapai taqwa yang dijanjikan oleh Allah SWT kerana kita tidak pernah memahami bentuk latihan yang disediakan oleh Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini. Kita tidak tahu apa yang perlu kita ukur, lihat dan capai.

Kita berpuasa, kemudian berbuka puasa setiap hari tanpa memahami bentuk latihan Ramadhan ini. Kita tidak cuba memeriksa sejauh mana kita ini mampu mengikut segala kehendak Allah SWT. Malam hari seolah-olah malam pesta sempena menyambut pembebasan nafsu.

Kita tidak pernah melihat setiap hari di bulan Ramadhan ini keupayaan diri kita mengawal nafsu jasad yang setiap hari diikat siang harinya dan dilepaskan di malam harinya sebagai sebuah ujian untuk menguji tahap keupayaan kita mengawal nafsu kita.

Kita tidak cuba menyedari di malam harinya merupakan ujian untuk kita mempertahankan kekuatan rohani kita agar terus tetap sedar ke Allah.

Ketika nafsu tidak lagi terikat di malam hari, kita dibantu lagi dengan solat Tarawih agar kekuatan rohani terus meningkat kerana ketika di malam hari kita mudah digoda dengan nafsu kerana nafsu telah dibebaskan.

Dengan memahami bentuk latihan puasa di bulan Ramadhan yang Allah SWT wajibkan ini, kita menjalani ibadah ini bukan sekadar sebuah kewajipan tetapi kita mengetahui mengapa kita mendirikan ibadah ini, apa yang perlu kita capai setiap hari dan kaitannya dengan tujuan puasa ini iaitu “agar menjadi hamba yang bertaqwa”.

peningkatan taqwa hari ke hari

peningkatan taqwa hari ke hari

Saya meminta maaf kerana setelah masuk ke bahagian ke-2 (hari ke-11) berpuasa, baru menjelaskan hal ini. Semoga baki latihan yang ada ini mampu untuk kita memahami bentuk latihan puasa ini dan akhirnya mencapai tujuan berpuasa ini.

Berlatihlah dengan sebenarnya mengikut latihan yang disediakan oleh Allah SWT dan pasti kita akan mencapai apa yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Mulai hari ini kita bersungguh-sungguh berlatih dan kita ukur pencapaian kita di malam harinya. Melihat sejauh mana diri kita berupaya untuk mengawal nafsu dan berupaya berserah total pada kehendak Allah SWT. Menerima segala kehendak Allah samada dalam bentuk gembira, sedih, sempitĀ  dan sebagainya. Melihat sejauh mana kita berada di atas rasa.

Inilah pengertian sebuah latihan yang cukup indah. Latihan sedikit-sedikit….sehari ke sehari…perlahan-lahan… sederhana…namun pencapaiannya pasti akan menjadi luar biasa.

Semoga perjalanan kembali kepada fitrah ini diakhiri dengan penuh kejayaan sebagai kekuatan kita untuk mengharungi 11 bulan yang lain di kemudiannya.

[note] kurangkan soal makan…masak lauk apa…nak makan apa… etc..etc…

Popularity: 62% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword