Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Sedar Akan Allah SWT

6 June 2010 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sedar akan Allah SWT itu mudah. Caranya: Sedar semua benda termasuk diri kita ini berasaskan zarah-zarah. Kita terdiri daripada pepejal, cecair dan gas. Semua zarah-zarah bergerak, digerakkan oleh yang Maha Menggerakkan (Allah SWT).

Tangan kita, kaki kita semua jasad kita ini terdiri daripada zarah-zarah yang bergerak dan digerakkan oleh Allah SWT. Tidak ada satu pun dalam alam ini tidak bergerak termasuk zarah-zarah diri kita.

Zarah Pepejal (meja, batu, dinding, kereta,rumah) bergetar. Zarah cecair berlanggar dengan gerakan perlahan. Zarah gas (udara) berlanggar dengan gerakan yang laju. Semuanya bergerak walaupun mata kasar kita melihat sesuatu itu tidak bergerak.

Kemudian, jangan memisahkan zat, sifat & Af’al (perbuatan) Allah SWT. Maka di mana ada zarah bergerak (bergerak kerana sifat Allah yang Maha Menggerakkan), maka di situ ada Allah.

Jangan pisahkan zat, sifat dan Af’al Allah seperti Allah itu di tempat lain (cth: Allah berada nun jauh di atas sana) dan zarah ini digerakkan oleh Allah. Pemahaman yang 100% salah.

Maka, di mana ada zarah yang bergerak, di situ ada Allah. Dengan kesedaran ini, maka kita mampu sedar akan Alalh SWT.

Kesimpulannya, Bukankah Allah itu sangat dekat? Bukankah Allah SWT itu meliputi? Dekat dan meliputi segala benda di alam ini termasuk diri kita. Meliputi itu bukan menyelubungi.

Nah! Bangunkan kesedaran tertinggi akan Allah SWT. Diam….kemudian panggillah Allah SWT perlahan-lahan dengan penuh kesedaran bahawa Allah SWT itu sangat dekat. Panggillah dengan penuh rendah hati… Ya Allah…

Popularity: 58% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword