Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Tulisan Bukan Idea Saya

21 May 2010 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tulisan saya di dalam laman web ini bukanlah dari idea saya. Ia datang dari pelbagai sumber dan guru yang diamanahkan Allah SWT untuk mengajar saya dan juga ilham terus daripada Allah SWT. Makanya semua tulisan saya boleh disebarkan tanpa nama saya dan tidak perlu meminta kebenaran.

Tidak ada perkataan “copyright” atau juga kata-kata “dilarang menyalin artikel tanpa memberi rujukan kepada saya“. Tiada kredit mengkredit. Malah sebenarnya saudara semua amat-amat digalakkan menyebarkan ilmu yang ada di dalamnya yang telah memberikan manafaat buat saudara semua.

Yang penting ilmu itu tersebar dan manafaatnya dapat dinikmati bersama. Yang lebih penting bagi saya, keikhlasan berkongsi apa yang ada sebagai zakat ilmu dan amanah Allah SWT.

Saudara semua diberi ebook secara percuma. Tulisan yang ada diolah dengan contoh-contoh semasa untuk memudahkan kefahaman. Saya tidak meletakkan secara terperinci daripada mana sumber idea itu kerana apa yang saya tulis berdasarkan pengalaman terus mempraktikkan ilmu yang saya miliki. Bukan sekadar membaca, faham lalu menulis tanpa menjalani latihan praktiknya terlebih dahulu.

Saya tidak akan berkongsi sesuatu yang tidak memberikan apa-apa manafaat buat diri saya.

Sebab utama saya bimbang memberikan rujukan atau sumber kerana saya menulis atas apa yang saya rasa setelah mempraktikkan ilmu tersebut. Saya bimbang jika kefahaman saya berbeza dengan idea asal sesuatu ilmu itu kerana ketika saya mempraktikkan ilmu tersebut, saya menggunakan juga ilmu-ilmu dari sumber yang lain. Bimbang jika idea dan praktikalnya berbeza sedikit, orang yang saya letakkan sebagai rujukan juga akan menerima perspektif buruk yang sama.

Pendapat kita mungkin berbeza di dalam hal memberi kredit di dalam penulisan.

Mudah-mudahan kita lebih banyak melihat realiti sebenar berbanding realiti fikiran kerana realiti fikiran pasti akan memberikan pendapat yang berbeza. Ia mungkin baik bagi satu pihak dan tidak baik daripada pihak yang lain. Kerana itu saya sentiasa memohon kepada Allah SWT agar ajarkan saya di dalam semua hal supaya saya lebih banyak mengikut realiti sebenar berbanding fikiran.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada semua guru-guru saya secara langsung atau tidak langsung yang banyak memberikan ilmu kepada saya. Saya yakin mereka tidak memerlukan semua itu kerana yang lebih penting adalah amanah yang perlu dilaksanakan iaitu menyebarkan ilmu untuk sama-sama berada dekat dengan Allah SWT.  Kerana orang yang dekat dengan Allah SWT tidak akan mengharapkan selain daripada Allah SWT.

Semoga kita dapat membuang segala hijab kemegahan di dalam berada dekat dengan Allah SWT. Semoga apa yang kita lakukan dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT.

Popularity: 49% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword