Mengetahui Jalan Baik Atau Buruk
6 May 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Ramai yang bertanya saya, bagaimana utk mengetahui sesuatu itu adalah jalan yang terbaik di sisi Allah SWT. Allah SWT telah sedia menjawab di dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (QS: Al-Anfal, 8:29)
Jelas sekali Allah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa nescaya Dia akan memberikan petunjuk (hidayah) yang membuatkan kita mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Syaratnya apa? Syaratnya perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Allah SWT menyeru ayat ini hanya kepada orang yang beriman.
Siapakah orang yang beriman? Yang yakin dengan hati, perkataan dan perbuatan rukun iman yang enam. Namun rukun iman yang satu ini membuatkan ramai yang tidak mampu beriman sepenuhnya iaitu menerima ketentuan takdir baik dan buruk yang diberikan oleh Allah SWT.
Maka kesimpulan kepada persoalan yang sering ditanyakan kepada saya iaitu “Bagaimana untuk mengetahui sesuatu yang ingin kita lakukan itu terbaik atau tidak” jawapannya, dekatkanlah diri dengan Allah SWT dengan total surrender 100% serta tidak ada sedikit pun keraguan kepadaNya. Allah SWT pasti menuntun kita kepada takdir yang terbaik di sisiNya mengikut keperluan kita BUKAN mengikut kehendak kita.
Bersungguhlah untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(QS: Al Ankabut, 29:69 )
Semoga kita setiap nafas kita adalah nafas yang sentiasa sedar akan Allah SWT.
Popularity: 68% [?]
Tags: kembali ke pangkal jalan > masalah anak > masalah duit > masalah rumahtangga > masalah suami isteri > takdir baik dan jahat






