Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Bebaskan Fikiran

5 May 2010 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Sebenarnya setiap hari kita banyak menggunakan fikiran bawah sedar kita. Fikiran bawah sedar mengakses ilmu yang tersimpan di otak kita. Ia terdiri daripada ilmu yang benar dan juga tidak benar kerana ilmu yang baru dijanakan adalah berdasarkan kepada ilmu yang sedia ada di otak kita. Kebenaran tentang sesuatu yang terkandung dalam data yang kita simpan tidak diketahui kebenaran sebenarnya kerana ia hanya bergantung kepada realiti fikiran kita, bukan realiti sebenar.

Kita selalu memberikan pendapat sesuatu perkara dengan cara mengakses kembali data-data yang tersimpan di otak kita. Kita kerapkali diam sambil mengaksesnya ketika kita ingin melontarkan sesuatu pendapat. Kita bergantung lebih 80% kepada fikiran bawah sedar kita di dalam sehari.

Data baru yang terjana juga bergantung kepada fikiran bawah sedar kita kerana kita menafsirkan sesuatu yang baru menggunakan fikiran bawah sedar. Penjanaan ini dilakukan ketika sedar namun analisis yang dilakukan banyak berdasarkan data yang sedia tersimpan di otak kita.

Mulai hari ini, bebaskan fikiran kita daripada fikiran bawah sedar. Kita bersihkan fikiran bawah sedar dengan data yang baru. Bagaimana?

Perbanyakkan menggunakan kesedaran tertinggi. Ketika kita ingin berfikir tentang sesuatu, tanyalah Allah SWT sebanyak-banyaknya. Ketepikan ilmu kita yang sedia ada. Biarlah kefahaman itu terus masuk ke jiwa dan akhirnya ke fikiran sedar kita lalu tersimpan menjadi fikiran bawah sedar yang terbaik.

Realiti fikiran kita jauh berbeza dengan realiti sebenar di mana realiti sebenar adalah sesuatu perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Maka dengan kesedaran tertinggi, kita mampu untuk mengetahui realiti sebenar dengan cara menerima ilham yang Allah SWT berikan serta merta ketika kita berada di dalam kesedaran tertinggi.

Di dalam kesedaran tertinggi kita sentiasa berada di dalam keadaan sekarang (NOW). Apa yang kita lakukan, kita cakapkan kepada Allah SWT. Kita sentiasa berkomunikasi untuk sentiasa berada di dalam keadaan NOW.

Keadaan NOW akan membebaskan kita untuk mengakses fikiran bawah sedar kerana fikiran bawah sedar merupakan data-data yang telah lepas. Maka fikiran sedar dalam keadaan NOW tidak lagi bergantung kepada fikiran bawah sedar ini tetapi bergantung sepenuhnya pada kesedaran tertinggi.

Bebaskan fikiran kita dengan berada di dalam kesedaran tertinggi. Komunikasilah dengan Allah SWT apa yang kita lakukan dan fikirkan agar terbebas dengan realiti fikiran.

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword