Konsep Ilahiyah
24 March 2010 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saya kongsikan post saya di facebook. Mudah-mudahan ada manafaat.
Kita seringkali mengemukakan pendapat kita dengan mengungguli konsep rasional sedangkan seharusnya kita mengungguli konsep ilahiyah yang muncul dari pusat jiwa. “Demi jiwa, serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.” (QS, As Syams: 7-8)
Ida Sumie:
Kadang2 saya mungkin terkeliru. Bagaimana kita nak membezakannya, dan bagaimana kita nak memastikan kita mengemukakan pendapat yang mengungguli konsep ilahiyah? Boleh Sdr Fuad bagi contoh?
Jawapan Fuad Latip:
Kita guna kedua-dua iaitu jiwa dan fikiran. Jiwa menerima petunjuk (hidayah) berbentuk ilham dan fikiran untuk mengawal jasad di dalam menggerakkan kita melakukan kebaikan. Ia memerlukan daya dan kekuatan (Taufiq) yang semestinya datang daripada Allah SWT.
Dapatkan petunjuk (hidayah) Allah SWT berbentuk gerak rasa (instinct) dan kemudian melaksanakan dengan kekuatan/daya yang Allah berikan (taufiq). Untuk melaksanakan ini perlu gunakan fikiran yang mengawal jasad.
Namun setiap sesuatu yang kita fikir mesti terdetik dahulu dalam jiwa/hati kita. Detikan (gerak rasa) itu akan kita dapat yang terbaik apabila kita berserah pada Allah SWT.
contoh: Dalam hal makan, kita tidak tiba-tiba terus sahaja makan. Tetapi mesti terdetik ilham di dalam jiwa yang menimbulkan rasa hendak makan terlebih dahulu. Kemudian barulah kita bergerak untuk mencari makanan dan makan.
Begitu juga dengan dengki. Ia terus diilhamkan oleh Allah SWT di dalam jiwa kita lalu kita berasa dengki dan kelakuan kita kepada orang yang kita dengki dikawal oleh fikiran. Ia tidak tiba-tiba sahaja kita menjauhkan diri tanpa ada rasa di dalam jiwa rasa dengki itu. Ilham dengki mewujudkan rasa dengki.
Ini bermakna fikiran kita mengikut jiwa kita yang telah menerima ilham petunjuk (hidayah) samada taqwa atau fujur.
Ingin tahu taqwa atau fujur, inshaAllah bila kita sentiasa ingat Allah, dekat dengan Allah, berserah pada Allah SWT, kita sentiasa menerima ilham taqwa. Juga ilham ke arah kebaikan itu adalah ilham taqwa.
Cth: kita nak makan lauk apa. Kita berkomunikasi (tanya) pada Allah SWT lauk mana yang terbaik utk kita ketika itu. Lalu inshaAllah gerak rasa (instinct) yang kita nak makan apa itu tidak diganggu oleh syaitan dan nafsu kerana kita ingat Allah SWT di dalam membuat pilihan.
Lalu kita gerakkan sahaja diri kita mengambil lauk itu. Nak gerak tu kena guna akal untuk mengawal gerakan jasad.
Di dalam hal memberikan pendapat, kita sentiasa berserah kepada Allah SWT di dalam hal tersebut. Kita sentiasa ingat Allah. Sentiasa tanya Allah di dalam membuat pilihan.
InshaAllah tiba-tiba terdetik di hati kita sesuatu perkara di dalam hal yang berkaitan. InshaAllah kerana kita sentiasa tanya Allah, dekat dengan Allah, berserah pada Allah, maka pendapat kita tadi inshaAllah akan dipimpin oleh Allah SWT kepada kebaikan.
Jika tidak berserah pada Allah SWT, bertanya pada Allah SWT kita tidak pasti samada pendapat itu diganggu dengan fikiran negatif kita, syaitan dan juga nafsu. Kita masih dapat petunjuk dengan detikan hati/jiwa. Cuma kita tidak pasti ia baik atau tidak sbb kita jauh daripada Allah SWT.
Namun semua gerak rasa itu datangnya daripada Allah SWT. Cuma samada fujur atau taqwa. Dekat dengan Allah SWT dapat taqwa dan jauh daripada Allah SWT dapat fujur.
Kesimpulan:
Berserah pada Allah SWT, ingat Allah SWT sentiasa, dekat dengan Allah SWT, inshaAllah akan sentiasa menerima ilham taqwa yang kita kenali sebagai hidayah (petunjuk) dan kekuatan dan daya yang diberikan oleh Allah SWT untuk bergerak ke arah kebaikan yang kita kenali sebagai taufiq.
Semoga memahami.
Tambahan:
Saya sarankan kepada kawan-kawan yang sedang membuat PhD menggunakan konsep ilahiyah. InshaAllah kita akan mudah dipimpin oleh Allah SWT di dalam penyelidikan kita.
Pengalaman saya, sebelum saya membaca kertas kerja research sebelum ini, saya banyak berkomunikasi dengan Allah SWT hal research ini. Alhamdulillah satu persatu Allah SWT gerakkan hati saya untuk baca kertas kerja tertentu dan juga ke sumber-sumber yang jelas untuk research saya.
Rujuk ayat Al-Quran:
Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(QS: Az- Zukhruf: 36)
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah, mereka itu golongan syaitan …
(QS: Al-Mujaadilah: 19)
Rujuk juga firman Allah SWT (QS: Shaad: 82-83)
Kita seringkali mengemukakan pendapat kita dengan mengungguli konsep rasional sedangkan seharusnya kita mengungguli konsep ilahiyah yang muncul dari pusat jiwa. “Demi jiwa, serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.” (QS, As Syams: 7-8)
Popularity: 65% [?]
Incoming search terms:
- ilahiyah (3)
Tags: buat baik > buat jahat > god spot > konsep ilahiyah > konsep rasional > solat khusyuk > spritual






