Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Mengatasi Semua Masalah

31 March 2010 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Saudara, saya mempunyai akaun di facebook bertujuan untuk berdakwah disamping mencari kawan lama dan baru di dalam berkongsi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Banyak bertanyakan masalah yang melibatkan masalah rumahtangga, masalah bisnes, masalah jodoh, masalah rezeki, masalah kerja, masalah belajar, masalah anak dan sebagainya.

Mereka meminta saya membantu memberi pendapat di dalam menyelesaikan masalah mereka.

Di sini saya memberi terus jawapan yang utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah yang ada. Jika masalah yang satu ini tidak diselesaikan, maka pasti masalah-masalah yang lain akan terus menyeksakan jiwa dan meresahkan hidup.

Masalah Utama Yang Perlu Diselesaikan
Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Konsep Ilahiyah

24 March 2010 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya kongsikan post saya di facebook. Mudah-mudahan ada manafaat.

Kita seringkali mengemukakan pendapat kita dengan mengungguli konsep rasional sedangkan seharusnya kita mengungguli konsep ilahiyah yang muncul dari pusat jiwa. “Demi jiwa, serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.” (QS, As Syams: 7-8)

Ida Sumie:
Kadang2 saya mungkin terkeliru. Bagaimana kita nak membezakannya, dan bagaimana kita nak memastikan kita mengemukakan pendapat yang mengungguli konsep ilahiyah? Boleh Sdr Fuad bagi contoh?

Jawapan Fuad Latip:
Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Spiritual: Rohani Vs God Spot

17 March 2010 | 10 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya pernah menulis satu artikel bertajuk Fikirkan Sejenak tahun lepas tentang kekeliruan tentang kerohanian. Ramai yang keliru kerana terlalu mengikut barat dengan istilah God Spot yang terletak di otak kita. Fahaman ini disebarkan meluas sekarang ini sehingga ramai penganut islam di negara ini terkeliru.

Lalu ramai yang cuba mengikut formula-formula yang dibina hanya untuk mengakses bahagian God Spot ini sedangkan kerohanian yang sebenar adalah lebih tinggi daripada God Spot ini.

Saya tulis kembali apa yang pernah saya tuliskan sebelum ini agar saudara semua benar-benar mengerti apa yang dikatakan spiritual dan kerohanian.

Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.

Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.

Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.

Spritual adalah ROHANI (Roh) yang bergerak mengakses alam kerohanian.

Spritual TIDAK pernah tersimpan di dalam memori otak manusia (God-Spot) yang baru tersusun beberapa tahun yang lalu.

Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.

Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak hanya berada dalam jantung atau otak.

Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.

Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.

Semoga selepas ini kita jangan lagi terkeliru dengan hal kerohanian ini.

Incoming search terms:

Khusyuk Solat #5: Mudah Dan Praktikal

16 March 2010 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Khusyuk Solat itu mudah. Cuba lakukan sekarang (tidak perlu tunggu waktu solat pun tidak mengapa. Sekadar latihan).

Ringkasan:
Ketika bergerak dari satu rukun ke rukun, tenang dan rendahkan hati dahulu sambil berkomunikasi dengan Allah SWT. Pastikan hati benar-benar tunduk pada Allah SWT. Bila hati terasa tunduk, barulah membaca bacaan dalam solat. Terasa solat itu memberikan ketenangan yang mendamaikan.

Terperinci:
Sebelum mengangkat takbir, tundukkan hati. Bila sudah benar-benar rasa tunduk, angkatlah takbir membesarkan Allah SWT dengan pujian Allah Maha Besar.

Begitu juga ketika membaca takbiratul ikram, Al-Fatihah dan surah. Bacalah satu persatu. Satu nafas satu ayat dengan penuh kejiwaan.
Cth: memahami bacaan Al-Fatihah dengan lebih menjiwai adalah dengan memahami maknanya begini:
Segala puji Allah Tuhan sekelian alam mestilah difahami dengan “ya Allah, segala puji bagiMu ya Allah Tuhan sekelian alam ya Allah.

Dengan cara memahami sebegitu kita akan lebih menjiwai, lebih memuja dan memuji.

Kemudian sebelum rukuk, rendahkan hati sebenar-benarnya dan barulah tunduk rukuk pada Allah Tuhan Yang Maha Mulia. Rendahkan terus hati dan apabila sudah benar-benar rendah barulah memuji Allah SWT:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.

Kemudian bangunlah dengan rasa diri ini tiada apa-apa bersama ungkapan:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Kerana sedar dan rasa diri ini tiada apa-apa kerana semua pujian adalah hanya milik Allah SWT, rebahkan diri sujud kepada Allah SWT yang Maha Tinggi.

Sesudah hati benar-benar tunduk sujud kepada Yang Maha Tinggi, pujilah Allah:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Kemudian komunikasilah banyak-banyak dengan puja dan puji serta luahan kepada Allah SWT meminta dan memohon segala yang diperlukan ketika sujud. Ketika diri tiada apa-apanya.

Kemudian bangunlah dari sujud. Mohonlah dengan penuh harapan dan kejiwaan 8 perkara yang sudah lengkap yang kita perlukan di dalam kehidupan kita ini. Satu persatu ungkapkan,
Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah,
Rahmatilah aku
Ya Allah,
Cukupkan keperluanku  daku
Ya Allah,
angkatlah darjatku
Ya Allah,
rezekikanlah aku
Ya Allah,
berilah aku hidayah
Ya Allah,
sihatkanlah aku
Ya Allah,
maafkanlah aku
Ya Allah.

Ketika membaca Tahiyat Awal,Pujilah Allah SWT dengan ucapan:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Kemudian berdoalah untuk Rasulullah tercinta dan juga diri kita dengan doa:
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Kemudian bersama keyakinan dan juga penyaksian yang pernah kita akui di alam roh dahulu bahawa Allah SWT itulah satu-satuNya Tuhan dan tiada tuhan melainkan Allah SWT, kita memperbaharui penyaksian kita:
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Terus dan ulangilah semua rukun dengan hati yang sentiasa rendah pada Allah SWT.

Rasailah nikmat solat iaitu pertemuan rasmi dengan Allah SWT 5 kali sehari walaupun sebenarnya kita sentiasa berjumpa dengan Allah SWT. Namun solat adalah pertemuan 100% tingkah laku kita tanpa melakukan kerja lain ketika berkomunikasi dengan Allah SWT selain menyempurnakan rukun solat. (Jika waktu lain, kita berkomunikasi dengan Allah SWT sambil membuat kerja.)

Mudah-mudahan saudara semua akan berasa damai dan bahagia yang sebenarnya.

Ingat: Rendahkan hati dahulu sebelum membaca bacaan solat. Komunikasi dengan Allah SWT di dalam solat mampu merendahkan hati. Komunikasi di dalam hati. Praktis dan latih untuk tundukkan hati pada Allah SWT.

[note]: Kursus Solat Khusyuk akan diadakan April nanti. InshaAllah nanti saya akan perincikan.

Khusyuk Solat itu mudah: Cuba lakukan. Ketika bergerak dari satu rukun ke rukun, tenang dan rendahkan hati dahulu sambil berkomunikasi dengan Allah SWT. Pastikan hati benar-benar tunduk pada Allah SWT. Bila hati terasa tunduk, barulah membaca bacaan dalam solat. Terasa solat itu memberikan ketenangan yang mendamaikan.

Incoming search terms:

Berserah Atas Dasar Cinta

12 March 2010 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Saya tidak mampu berbuat apa lagi. Macam-macam dah saya usahakan. Masih tetap gagal. Berserah je lah  pada Allah”

“Ujian demi ujian menimpa saya. Saya tidak mampu lagi berbuat apa-apa selain berserah pada Allah”

“Perniagaan saya sentiasa dirundung malang. Hutang saya keliling pinggang. Berserah sahajalah pada Allah. Saya tak mampu lagi nak berbuat apa-apa”

“Aku dah berlajar rajin-rajin. Kini berserah je pada Allah.”

Saudara,

Kata-kata di atas sering kita dengar. Lebih menyedihkan jika kita juga tergolong di dalam golongan orang yang sering menyebutkan kata-kata di atas.

Berserah itu mestilah atas dasar cinta pada Allah SWT. Bukan kerana terpaksa. Bukannya apabila kita telah tewas dengan kegagalan berkali-kali, kemudian kita berkata kita berserah pada Allah SWT. Ini bukan berserah yang sebenarnya.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Sedekah

9 March 2010 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sebut sahaja sedekah, tidak perlu lagi dikupas tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita. Kita sedia tahu ganjarannya yang berlipat kali ganda. Namun kali ini saya ingin menjelaskan bagaimana sedekah yang dikatakan mampu memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda itu.

Saudara,

Kita selalu bersedekah. Sejak dulu hingga kini dan akan datang kita tetap terus bersedekah. Kita yakin kita akan memiliki ganjaran di atas sedekah yang kita lakukan.

Tetapi sedekah kita hanya tinggal keyakinan tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita sahaja.  Namun sedekah tidak banyak memberikan kesan kepada jiwa kita. Bagi kita sedekah itu jika kita ada harta yang berlebihan dan mampu untuk bersedekah, kita akan sedekahkan.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Memohon Maaf

4 March 2010 | 19 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat kepada mereka yang ingin datang berjumpa dengan saya untuk mini latihan JPHBT pada minggu ini (sehingga 7 Mac 2010). Ini kerana saya dimasukkan ke hospital pada petang selasa yang lalu. Anak saya yang berumur 5 1/2 bulan juga turut di tahan di wad. (Ayah dan anak dimasukkan ke hospital Colombia Asia).

Saya telah keluar daripada hospital tetapi masih belum sihat sepenuhnya. Namun anak saya yang kecil itu masih lagi ditahan. Oleh itu saya memohon maaf kepada saudara yang telah membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya pada hari ini dan esok.

Maafkan saya.


Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak saya agar disembuhkan oleh Allah SWT. Terima kasih.

  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword