QS: Al-Anfal 8:17
9 February 2010 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Saya membaca surah (QS: Al-Anfal 8:17) ketika saya mencari maklumat atau informasi. Saya juga membaca surah tersebut ketika saya tidak memahami sesuatu perkara tidak kira dalam apa jua bidang pengajian. Juga saya amalkan ketika mencari barang yang hilang. Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memudahkan saya untuk memahami dan menerima apa jua maklumat dan perkara yang saya inginkan.
Ayat ini benar-benar menyedarkan saya bahawa saya tidak ada usaha sedikit pun tetapi saya hanya mengikut gerakan Allah SWT sahaja. Gerakan dan aturan Allah SWT inilah yang membuatkan ramai yang tersilap dengan menyangkakan kita berusaha sendiri.
Lalu kita menjadi manusia ego kerana kita memikirkan semua kejayaan yang telah dan akan kita kecapi adalah hasil dari usaha kita. Semua rezeki yang kita perolehi disangkakan bahawa hasil daripada penat lelah kita. Semua pencapaian kita difikirkan adalah kerana kepandaian dan kehebatan kita.
Termasuk hal-hal seharian kita yang lain iaitu ketika kita mencari maklumat atau melakukan apa jua kerja, kita menyangkakan bahawa maklumat yang bakal kita temui adalah hasil bijak pandai kita mencari. Kerja yang kita lakukan datang dari daya usaha kita sendiri. Ilmu yang kita miliki adalah kerana usaha kita mencari.
Kesedaran kita terhenti di situ. Kita tidak pernah mengangkat kesedaran kita ke tahap yang tertinggi di mana semua ini adalah gerakan dan kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu memohon dan yang seterusnya adalah terpulang kepada Allah SWT.
Kita hanya memiliki daya yang hanya sedikit yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.
“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka,
akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan
pembunuhan mereka.
dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar,
akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir),
dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman
Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(QS: Al-Anfal 8:17)
Popularity: 75% [?]
Comments
6 Responses to “QS: Al-Anfal 8:17”
Leave a Reply



February 10th, 2010 @ 9:19 am
Assalamualaikum..
Terima kasih di atas segala ilmu yang bermanfaat dri en. fuad. Minta kebenaran untuk dikongsikan bersama2 rakan saya atau sesiapa shj.
February 10th, 2010 @ 6:56 pm
Salam Fuad,
mintak izin link kan artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan ya.
Thanks Fuad
February 11th, 2010 @ 5:18 pm
Nice info En. Fuad… sy suka Surah Al – Waqiah…
February 18th, 2010 @ 10:02 am
Salam…Dr Fuad, mntak izin link utk d kongsi brsama
February 27th, 2010 @ 5:21 pm
Sesuatu yang baru..Insya’Allah akan dimanfaatkan.
February 28th, 2010 @ 3:13 pm
salam,
surah ni boleh guna untuk cari barang hilang ye..saya baru tau. ustaz saya ada ajar cara lain untuk dapatkan barang hilang. especially barang yang diambil orang. kalau tak silap saya surah wadduha…