Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT

5 February 2010 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Saudara,

Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.

Kesedaran kembali kepada Allah SWT itu bermakna SEDAR sedang mendirikan solat, sedar sedang berjumpa dengan Allah SWT dan sedar Allah SWT itu berada sangat dekat malah lebih dekat daripada urat leher.

Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita tidak akan berbual.

Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.

Seperti contoh,  saya berjumpa dengan ramai orang yang amat takut dengan kematian kerana berasa diri banyak dosa dan belum bersedia. Terasa dosa yang ada tidak diampunkan oleh Allah SWT. Namun dalam ketakutan itu, kita tidak pula bersungguh-sungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT.

Saudara, kematian bererti pulang atau kembali kepada Allah SWT. Kita tidak perlu takut dengan kematian kerana kematian itu membuatkan kita kembali kepada Allah SWT. (Yang saya takuti seandainya kematian tidak pulang ke Allah SWT. Namun tidak ada kematian yang tidak pulang ke Allah SWT.)

Sebenarnya yang perlu kita takut bukanlah kematian itu tetapi yang perlu kita takutkan adalah saat ketika kita mati itu. Ketika nafas terakhir kita itu, adakah kita berada dalam kesedaran tertinggi di mana kita yakin kepada Allah SWT?

Makanya seharusnya kita ini bimbang tatkala melakukan maksiat, Allah SWT memanggil kita pulang. Kita seharusnya bimbang di kala kita lupakan Allah SWT, Allah SWT menjemput kita pulang. Kita seharusnya bimbang, ketika kita seronok dan alpa dengan harta benda dan pangkat, Allah SWT meminta kita untuk pulang.

Saudara,
Tidak yakin bahawa Allah SWT menghapuskan dosa kita membuatkan hidup kita takut dengan kematian. Kita berasa takut untuk mati kerana berasa terlalu banyak dosa.

Tujuan agar kita selalu memikirkan dosa yang lalu adalah hanya untuk mengingatkan diri kita agar tidak mengulangi kesalahan kita lagi kerana bimbang tatkala melakukan dosa tersebut, kita dipanggil oleh Allah SWT untuk pulang selama-lamanya. Bukan bertujuan agar kita terbelenggu dengan dosa-dosa yang kita ada sehingga kita takut dengan kematian.

Kita perlu YAKIN bahawa ketika kita memohon ampun kepada Allah SWT, Allah SWT terus mengampunkan dosa-dosa kita. Jika dosa kita setinggi gunung, yakinlah bahawa ampunan Allah SWT seluas langit dan bumi.

Keyakinan ini bukanlah disalahertikan bahawa kita boleh melakukan banyak dosa kerana semua dosa kita diampuni. Seperti yang saya jelaskan, kita perlu bimbang melakukan dosa kerana kita tidak tahu bilakah masa kematian kita.

Mungkin selama ini kita banyak beribadah kepada Allah SWT dan terdetik seketika kita ingin melakukan maksiat sekadar ingin tahu. Kita berfikir untuk memohon ampun selepas itu.

Kita tidak tahu ketika kita melakukan maksiat buat pertama kali setelah sekian lama tidak melakukannya, ketika itu Allah SWT melalui malaikatNya mencabut nyawa kita. Inilah saat-saat yang kita bimbang dan takuti jika ia terjadi pada diri kita. Nau’zubillah.

Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT

Saudara,

Untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi. Setiap saat ingat Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT. Kita melihat semua yang berlaku dalam hidup seharian kita ini merupakan aturan Allah SWT yang sangat teliti.

Seperti contoh yang amat mudah, hari ini saudara keluar makan tengah hari bersama sahabat.  Lihatlah bagaimana Allah SWT aturkan bahawa hari ini saudara terasa ingin keluar dengan sahabat saudara itu dan Allah SWT aturkan bahawa sahabat saudara juga berasa ingin keluar dengan saudara pada hari itu.

Saudara lihat ketika saudara keluar makan bagaimana Allah SWT mengaturkan perjalanan setiap orang. Saya suka melihat gelagat orang ramai disamping sedar bahawa Allah SWT sedang mengaturkan makhluk-makhlukNya bergerak ke sana sini dengan pelbagai urusan. Semua urusan itu merupakan masalah ataupun hal yang perlu diselesaikan oleh setiap orang.

Saudara,

Dengan melihat sesuatu perkara dalam kesedaran tertinggi, kita akan sentiasa kagum dengan Allah SWT. Keyakinan kita dapat ditambah lagi apabila permohonan kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini kerana saudara mempraktikkan apa yang pernah disarankan dalam laman web ini  iaitu meminta kepada Allah SWT sebelum melakukan apa jua perkara dan pilihan.

Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan kita sentiasa memohon kepada Allah SWT ketika ingin membuat pilihan walaupun kecil. Ketika ini barulah kita sedar selama ini Allah SWT lebih banyak memakbulkan doa kita daripada yang tidak dimakbulkan atau sebenarnya dalam proses untuk dimakbulkan.

Seperti contoh, jika kita sentiasa memohon kepada Allah SWT di dalam membuat pilihan walaupun ia kecil seperti ingin makan apa hari ini, dan makanan yang kita pilih itu ternyata sedap, maka keyakinan kita pada Allah SWT meningkat.

Contoh yang lain, ketika kita ingin berurusan dengan bank, kita memohon kepada Allah SWT agar dimudahkan urusan kita. Ternyata semua urusan kita berjalan lancar. Apabila kita sedar bahawa Allah SWT memakbulkan doa kita dengan melancarkan urusan kita, maka keyakinan kita kepada Allah SWT bertambah.

Sebelum ini kita tidak pernah meminta pada Allah SWT di dalam membuat pilihan.  Kita tidak melibatkan Allah SWT di dalam setiap urusan kita walaupun kecil. Lalu kita tidak berasa yakin pada Allah SWT kerana kita anggap semua yang berlaku adalah pilihan dan usaha kita sendiri.

Disebabkan kita jarang melihat semua aturan hidup ini diaturkan oleh Allah SWT, maka ketika kita memerlukan Allah SWT dan berdoa, kita tidak yakin kepada Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa-doa kita.

Jika permohonan kita tidak dimakbulkan pun, kita tetap yakin dengan Allah SWT. Kita yakin bahawa perkara yang kita mohon itu bukan yang terbaik di sisi Allah SWT dan juga apa yang kita mohon tidak sesuai untuk Allah SWT makbulkan ketika itu. Dengan kesedaran ini, jiwa kita tidak kecewa dan kita menerima takdir Allah SWT. Secara tak langsung sebenarnya kita menjadi hamba yang berserah pada Allah SWT 100%.

Saudara,

Saya sangat yakin dengan apa yang saya mohonkan kepada Allah SWT kerana terlalu banyak yang saya mohon, Allah SWT makbulkan. Keyakinan ini wujud apabila sebelum kita memilih, kita sentiasa memohon yang terbaik daripada Allah SWT walaupun dalam hal yang kecil.

Apabila apa yang kita mohon dimakbulkan walaupun perkara kecil, kita sedar bahawa yang memakbulkan adalah Allah SWT bukannya kerana kita pandai memilih atau juga sebuah kebetulan. Lalu keyakinan kita kepada Allah SWT di dalam memakbulkan permohonan kita bertambah.

Saudara,

Kesedaran tertinggi membuatkan kita lebih yakin dengan Allah SWT dan keyakinan itu tidak pernah turun malah meningkat dan meningkat.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Lalu mohonlah pada Allah SWT sentiasa di dalam membuat pilihan walaupun sekadar untuk makan, mandi, berjalan ke mana-mana atau ketika membeli-belah kerana semua ini akan membuatkan kita sedar pada Allah SWT. Secara tak langsung ia akan meningkatkan keyakinan kita pada Allah SWT.

http://www.echappementmoto.com/IMAGES/echappementmoto/SYM/GTS%20125/echappement%20moto%20SYM%20GTS%20125.htm

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kasih sayang & cinta itu adalah 'gain'. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga & sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword