Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Tidak Mampu Digambarkan

20 January 2010 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tidak mampu digambarkan dengan apa jua pun, sesungguhnya saya sentiasa berasa sangat-sangat, teramat sangat memerlukan Allah SWT di setiap saat kehidupan saya. Saya takut untuk lepaskan kesedaran saya kepada Allah SWT walaupun sesaat.

Cuba diam sejenak dan rasakan adakah kita berasa sangat-sangat memerlukan Allah SWT? Adakah kita benar-benar mencintai Allah SWT? Diam sejenak…rasakan. Hanya diri masing-masing boleh menjawabnya kerana kita yang rasa sendiri.

Jika tidak, bimbanglah saudaraku bahawa sesungguhnya kita masih jauh daripada Allah SWT. Takutlah saudaraku bahawasanya fikiran kita yang membuatkan kita fikir kita perlu dan cintakan Allah SWT. Sedangkan kita tidak merasakan perasaan itu sedikit pun.

Periksa saudara, periksa samada benarkah kita teramat sangat memerlukan Allah SWT? Diam lagi…. diam….dan rasakan.

Saudara,
Semoga Allah SWT memelihara iman kita dan mendapat redhaNya sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir kita.

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyintai, kami memohon agar diberikan kami ini rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah. Ya Allah, dekatkanlah kami kepadaMu ya Allah. Amin ya Allah.”

[Islamic NLP]
30 minit sebaik bangun dari tidur di awal pagi adalah masa yang terbaik untuk kita memprogram otak kita. Ketika bangun sahaja dari tidur ucaplah berulang-ulang “Lailah haillallah”. InshaAllah hari itu kalimah tauhid itu sentiasa kita ingat walau dalam apa jua ketika.

Kita juga boleh mengulang-ulangkan kata-kata positif untuk memberi semangat belajar atau bekerja  pada hari itu.

Nasihat atau pembelajaran yang diberikan kepada anak-anak ketika ini mudah untuk diingati. InshaAllah.

Popularity: 50% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword