Mind Ball Atau Bola Minda
18 January 2010 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Mindball atau bola minda adalah sebuah aktiviti brain di mana kita mengawal bola menggunakan minda kita. Terdapat pelbagai frekuensi minda yang digunakan di dalam aktiviti ini seperti ada yang menggunakan frekuensi beta, alpha atau theta.
Semalam saya, isteri dan anak saya (Durrotun Nasihah 3 tahun 5 bulan) berpeluang untuk masuk ke Petrosains di KLCC. Di sana terdapat aktiviti bola minda ini. Saya dan isteri melakukan eksperimen minda dengan aktiviti ini. Eksperimen yang kami jalankan adalah seperti berikut:
- Saya sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT.
- Isteri saya juga berkomunikasi dengan Allah SWT.
- Beberapa ketika kemudian, kami meminta anak mengganggu isteri dan isteri berhenti berkomunikasi dengan Allah SWT.
Bola minda akan bergerak daripada bahagian tengah (permulaan) ke arah bahagian yang mempunyai frekuensi minda yang tinggi. Maknanya siapa yang mempunyai frekuensi yang rendah akan menang.
Keputusan adalah seperti di bawah:
Player 1: Isteri dan Player 2: Saya
Apa yang berlaku:
Bola minda berada di permulaan iaitu di tengah-tengah antara saya dan isteri. Semasa saya dan isteri berkomunikasi dengan Allah SWT bola minda bergetar di tengah-tengah. Sedikit ingin menuju ke bahagian isteri dan kemudian sedikit ingin menuju ke bahagian saya.
Ini kerana frekuensi kami ketika ini sama-sama rendah.
Apabila isteri diganggu oleh anak dan isteri berhenti untuk berkomunikasi dengan Allah SWT seperti mana kami rancangkan untuk melihat perubahan, ternyata bola minda laju terus menuju ke bahagian isteri. Ini kerana saya tidak putuskan untuk terus berkomunikasi dengan Allah SWT.
Jelas menunjukkan apabila kita berkomunikasi dengan Allah SWT, fikiran kita akan tenang walaupun di tempat yang bising. Semalam agak ramai orang dan ramai yang sedang mencuba pelbagai aktiviti berhampiran. Namun fikiran kita tetap tenang apabila sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT.
Saudara boleh mencubanya jika saudara berpeluang untuk pergi ke Petrosains KLCC.
Note:
InshaAllah saya akan menghubungi brain lab di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM untuk melihat frekuensi dan juga gambar aura tubuh saya untuk melihat dari pembuktian sains bahawa benar sekali apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ar-Rad Ayat 28 bahawa “Hanya dengan mengingati Allah SWT, hati menjadi tenang.” Bila hati tenang, pasti fikiran dan emosi juga tenang.
Popularity: 62% [?]
Incoming search terms:
- mindball (2)
Tags: brain activity > didik anak cara silam > fikiran tenang > jiwa kuat > Jiwa Positif > komunikasi dengan Allah > masalah rumahtangga islam > masalah suami isteri > mind control > mindball > super sedar







