Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Memohon Di Saat Genting

3 January 2010 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (3 votes cast)

Saudara,

Allah SWT mengetahui keperluan diri kita lebih daripada kita sendiri. Maka sebab itu Allah SWT telah mengadakan segala keperluan kita sebelum kita memohon kepadaNya. Untuk memiliki apa yang diperlukan oleh kita, kita hanya perlu memohon kepada Allah SWT.

Namun di dalam hal memohon ini, ramai yang melihat dari segi keperluan bentuk fizikal. Jika ada dari segi perasaan hati, ramai yang memohon setelah sesuatu menimpa pada hati tersebut seperti sedih dan sempit.

Kita jarang memohon di saat genting iaitu dalam keadaan hampir melakukan sesuatu yang kita tahu kesudahannya adalah tidak baik. Seperti contoh, ketika kita bersembang, kita tahu jika kita mengumpat, kita berdosa. Namun hati ini memberontak untuk kita bercerita keburukan orang lain kepada kawan-kawan kita dan selalunya kita akur dengan kehendak hati. Kita sering menyalahkan Allah SWT dengan mengatakan bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana hati kuat berasakan untuk mengumpat.

Nah! Di sinilah kita seringkali melakukan kesalahan besar di mana kita tidak memohon di saat genting sebelum beberapa ketika untuk mengumpat. Kita tidak memohon kepada Allah SWT agar mengubah kehendak hati kita agar tidak mengumpat.

“Ya Allah, aku rasa nak cakap pasal si fulan ni ya Allah. Tapi nanti berdosalah ya Allah. Ya Allah Kau cabutlah rasa nak cakap pasal si Fulan ni ya Allah. Kau cabutlah rasa itu ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Aku tak mampu nak kawal rasa aku ni ya Allah. Bantu aku ye ya Allah, bantu aku. Terima kasih Allah, terima kasih”.

Saudara,
Sejak dua bulan ini saya menerima banyak masalah rumahtangga pembaca laman web ini. Ada yang memeningkan kepala apabila suami orang bercinta dengan isteri orang. Alasannya mudah. Soal jiwa tiada siapa yang dapat menghalang termasuk diri sendiri. Perasaan cinta itu datang sendiri. Ia menyeronokkan walaupun tahu ia salah. Mana mungkin ingin menghalangnya.

Persoalan pertama yang harus di lihat adalah bukankah kita sedar bahawa cinta yang sedemikian merupakan satu perbuatan yang buruk? Jika ditanya pasti jawapannya tahu dan sedar. Namun sekali lagi jawapan yang diberi adalah soal hati. Perasaan itu datang dan Allah SWT yang memberinya.

Apakah Allah SWT yang salah dalam hal ini? Mari kita lihat, ketika suami orang dan isteri orang ini dilamun cinta yang mendalam, pasti ada kesedaran bahawa apa yang dilakukan merupakan perkara yang buruk pada mulanya. Ketika ini mengapa TIDAK MEMOHON kepada Allah SWT agar dihilangkan perasaan cinta itu? Sejauh mana permohonan yang dilakukan? Rasa cinta itu memang datang. Allah SWT beri pada mereka rasa itu. Allah SWT tidak mencabut rasa itu kerana mereka tiada memohon agar Allah SWT mencabut rasa itu.

Lalu siapakan yang bersalah? Mengapa tidak memohon kepada Allah SWT untuk dihilangkan rasa itu awal-awal lagi kerana masing-masing tahu akibatnya adalah buruk. Merosak dan memporak perandakan rumahtangga sendiri. Tengah sedar, ingat dan tahu itu, mohonlah agar Allah SWT cabutkan rasa itu. Nanti sudah berada di dalam rasa cinta, pasti tidak termampu lagi untuk melawan rasa cinta itu.

Saudara,
Ketika nafsu memuncak ingin melakukan maksiat dan kejahatan, apakah kita menyalahkan Allah SWT kerana memberikan rasa itu kepada kita? Sedangkan pasti sebelum melakukannya kita sudah tahu akibat daripada perkara yang buruk jika kita melakukannya.

Kesalahan adalah pada diri kita kerana kita tidak memohon kepada Allah SWT di saat genting perasaan kita. Kita terus menurutkan rasa hati yang ada ketika itu sedangkan kita tahu jika kita melakukan apa yang kita rasa, pasti akan membawa kepada keburukan.

Mengapa kita tidak mengambil pengajaran cerita Nabi Yusuf ketika saat hendak melakukan maksiat bersama Zulaikha, Nabi Yusuf memohon kepada Allah SWT agar merahmati nafsu baginda. Lalu Allah SWT memberi kekuatan kepada nabi Yusuf agar tidak meneruskan kehendak hati untuk melakukan maksiat.

Saudara,
Mohonlah kepada Allah SWT di saat genting di mana jiwa kita terasa seolah-olah tidak mampu dibendung lagi untuk melakukan maksiat atau kejahatan. Yakinlah ketika kita memohon kepada Allah SWT di saat genting itu, Allah SWT akan menarik, mencabut, meluaskan kesempitan rasa untuk melakukan maksiat dan kejahatan yang ada dalam hati kita saat itu.

Ketika kita terasa dengan pasangan kita, mohonlah pada Allah SWT agar mencabut rasa terasa kita itu ketika itu juga. Tidak perlu kita melayan untuk merajuk atau memarahi pasangan kita dengan hal yang sebenarnya tidak perlu terasa.

“Ya Allah, geram betul dengan laki aku ni ya Allah. Boleh dia lupa beli barang yang aku suruh ya Allah. Aku dah pesan banyak kali tadi, dia boleh lupa. Dah lah balik lambat. Ya Allah sabarkan aku ya Allah. Cabutkanlah rasa geram ini ya Allah. Buangkanlah rasa geram ini dalam hati aku ni ya Allah. Sabarkan aku ye ya Allah. Sabarkan aku. Terima kasih Allah, terima kasih”.

Ketika kita marah pada anak-anak kita, mohonlah pada Allah SWT agar mencabut rasa marah itu serta merta. Tidak perlu kita menurutkan rasa marah itu. Kita mohonlah agar Allah SWT menunjukkan pada kita cara bagaimana mahu mendidik anak-anak kita. Setiap anak kita, pasti berbeza cara didikannya. Sebab itu hanya Allah SWT yang tahu cara terbaik untuk mendidik setiap anak-anak kita.

Ketika kita ada rasa benci, mohonlah pada Allah SWT agar dicabut rasa benci itu tanpa ditangguhkan. Biarlah hati kita tenang dan lapang setelah Allah SWT cabut rasa benci itu dari hati kita.

“Ya Allah, aku benci tengok muka budak tu ya Allah. Bencinya aku ya Allah. Tak tau lah mengapa, setiap kali aku tengok muka dia, aku rasa benci. Ya Allah Engkau cabutlah rasa benci aku ini ya Allah. Rasa benci ini tak menenangkan hati aku pun ya Allah. Buat apa aku nak benci dia pun ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Cabutkan rasa benci pada budak tu ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Ketika kita ada rasa dengki, mohonlah pada Allah SWT agar dicabut rasa dengki itu di saat itu jua. Biarlah hati kita ini bersih dan suci yang banyak digunakan untuk Allah SWT.

Saudara,
Jangan dilayan rasa hati untuk melakukan maksiat dan kejahatan serta terasa dengan perasaan yang buruk. Mohonlah pada Allah SWT untuk mencabut rasa yang menyempitkan itu. Apabila kita memohon, pasti Allah SWT akan memberinya. Pasti….kerana Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya.

Memang kita tidak mampu melawan kehendak hati kita kerana ia dipegang oleh Allah SWT. Namun kita diberi oleh Allah SWT pilihan iaitu untuk memohon kepada Allah SWT. Terpulang samada kita ingin memohon untuk dicabut rasa yang sempit itu  atau mengikut rasa hati yang menyakitkan diri sendiri di kemudiannya.

Apabila perasaan sempit dicabut dari hati kita, kita sentiasa mempunyai hati yang sabar, yang lapang, yang bahagia, yang tenang dan kita hidup dengan jiwa yang positif di dalam hidup BerTuhan.

Yang penting……memohon kepada Allah SWT.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (3 votes cast)
Memohon Di Saat Genting, 5.0 out of 5 based on 3 ratings

Popularity: 56% [?]

Comments

8 Responses to “Memohon Di Saat Genting”

  1. chomil
    January 5th, 2010 @ 4:38 pm

    Assalammualaikum..
    Alhamdulilah dpt lawat blog ini. Satu blog tarbawi yg amat menarik…moga saudara sentiasa diberi oleh Allah swt utk terus menulis…
    Sememangnya iman mudah lusuh, tapi macamnana nak pastikan iannya tak lusuh-lusuh dan sentiasa segar bugar? tk semuga dapat respon.

  2. Fuad Latip
    January 6th, 2010 @ 5:14 am

    @chomil
    Terima kasih Allah SWT. Terima kasih puan.

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta. Untuk mengekalkan dan menguatkan iman, kita perlu ada rasa cinta pada Allah SWT di mana kita perlu banyak berkomunikasi dengan Allah SWT agar sentiasa ingat Allah SWT di dalam setiap nafas kita.

    Komunikasilah pada Allah SWT apa yang kita fikirkan, lakukan, dengarkan, lihatkan dan katakan setiap saat kehidupan kita ini.

  3. mohd yusof b sihap
    January 6th, 2010 @ 9:27 am

    terima kasih ya allah

  4. Misz
    January 7th, 2010 @ 5:18 pm

    Alhamdulillah.. Really gr8 entry.. thanks to Allah.. thanks to you.. too.. :)

  5. nadine
    January 8th, 2010 @ 12:02 pm

    thank you Allah , entry yang amat sesuai dgn keadaan saya sekarang.

  6. June
    January 10th, 2010 @ 11:47 pm

    alhamdulillah…terima kasih Ya Allah krn mlm ni mengerakkan hati sy membuka laman ini. sesuatu yg sy cari…tq to u to..

  7. wan Rajipah
    May 13th, 2010 @ 9:55 pm

    Terima kasih sang penulis ni…. Pahala awak meminpin org yg terjebak… sesuai unt di jadikankan taladan pd yg terlibat moga tuhan berkati kehidupan mu….aku terima sgt. boleh aku sebarkan..sgt bagus penulisan mu…..amin….

  8. Rita NM
    May 18th, 2010 @ 12:08 pm

    Alhamdullilah, saudara telah memberi kesedaran pada saya.. saya jarang memohon pada Allah untuk melakukan sesuatu.. Ya Allah maafkan aku.. izinkan saya berkongsi artikel ini dalam blogs saya..

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7