Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Petikan Positif #3

12 December 2009 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Petikan Positif #1
Petikan Positif #2

Istirehat bukan direbahnya tubuh dan pejamnya mata. Tetapi direbahnya hati dan pejamnya fikiran. Fikiran ini seumpama anak kecil. Hanya mengikut keinginannya dan Jiwa itu ibarat Ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak itu. Pastikan jiwa saudara kuat kerana jiwa perlu menjaga keselamatan fikiran.

Terapi Rumahtangga #1:
Kasih sayang dan cinta itu adalah ‘gain’. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga dan sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita. Begitulah dengan Allah SWT. Allah SWT itu sememangnya menyayangi kita. Kita hanya akan dapat MERASAI kasih sayang dan cinta Allah SWT setelah kita mencintai Allah SWT. “Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah. Terima kasih Allah SWT”

Terapi Rumahtangga #2:
CINTA itu kelembutan, ketenangan, belaian, kebahagiaan, kasih sayang, perbincangan, tolak ansur, sabar dan seumpamanya. CINTA daripada pasangan TIDAK akan dimiliki dengan kemarahan, tengking menengking, meninggi suara, kasar dan bergaduh kerana semua ciri-ciri itu tiada di dlm CINTA. Walaupun tujuannya untuk menyedarkan atau mengajar namun jika kita lakukan jua, PASTI kita tidak akan memiliki CINTA yang kita harapkan.

Terapi Rumahtangga #3:
Bagi mereka yang mempunyai masalah rumahtangga: Jika kita meletakkan harapan kepada suami atau isteri, pasti kita akan gelisah dan resah sepanjang masa. Letakkan harapan kepada pemilik suami atau isteri iaitu Allah SWT dengan berserah total kepada Allah SWT. Pasti jiwa akan menjadi tenang. Bukan meletakkan harapan pada suami atau isteri.

Emosi yang sedang bergelora di dada mampu membuatkan seseorang menjadi gila, tidak keruan dan tidak mampu dikawal. Ia memerlukan jalan keluar yang terbaik. Emosi, datangnya dari Allah SWT dan kembalikanlah kepada Allah SWT. Itulah jalan yang terbaik.

Apabila kita ada masalah, kembalilah kepada Allah SWT. Bukan selain daripada Allah SWT.

Banyakkan bercerita (komunikasi) dengan Allah SWT berbanding mengharap. Mengharap tidak salah namun ia membuatkan kita sering meletakkan keputusan hari esok pada hari ini yang mana akhirnya lebih banyak harapan daripada usaha. Menerima ketentuan itu adalah menerima sesuatu yang telah berlaku. Bukan menerima perkara yang belum berlaku.

Fuad Latip 12/12/2009

Popularity: 27% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword