Pemain Yang Terbaik
3 December 2009 | 12 Komen |
Cetak Artikel
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.
Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.
Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)
Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.
Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.
Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.
Menang, kalah, masalah selesai atau masih berterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT.
Jiwa Yang Gelisah
Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan).
Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan).
Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini.
Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.
Jalan Penyelesaian Semua Masalah
Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”
(QS Al-Baqarah 1:155-156)
Sebenarnya, bersamaan dengan dayaNya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’).
Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar.
Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT.
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.
Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja.
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah
di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)
Praktikal dan Latihan
Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.
Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT (wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali) Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.
Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela…
ulangi terus…
Popularity: 22% [?]
Tags: cara didik anak > didik anak cara islam > lembutkan hati anak > lembutkan hati ibu > lembutkan hati suami > masalah rumahtangga > masalah suami isteri > suami kahwin lain
Comments
12 Responses to “Pemain Yang Terbaik”
Leave a Reply



December 3rd, 2009 @ 11:36 am
Artikel yang sangat meruntun rasa. Allahu Akbar
December 3rd, 2009 @ 5:59 pm
Pengisian yang indah di hari yang indah terima kasih…..
December 4th, 2009 @ 12:33 am
Tak habis2 ilmu Allah ni…makin segar jiwa bila memahaminya…
December 4th, 2009 @ 3:07 am
alhamdulillah..terima kasih Allah..
lamanya tidak menagih ilmu di sini,semoga en fuad dan keluarga serta warga blog sentiasa sihat2 dalam rahmat jagaan Allah..
terima kasih Allah al-alim yang masih memberi kesempatan merasai nikmat ilmu-Nya.
bila berTAQWA kt dijanjikan Allah PERTOLONGAN..
bila berTAUBAT kt dijanjikan Allah BIMBINGAN..
pertolongan dan bimbingan yang terbaik dari sisi-Nya..
bila seseorang hamba tersilap, terlalai,tersalah,ter…
melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintah-Nya, bukan kerana untuk mencemarkan hukum-Nya, akan diajarkan kepada-Nya cara untuk memohon keampunan.
terima kasih Allah, kami perolehinya walaupun hanya baru mampu meniti taqwa dan taubat kepada-Mu..terima kasih Allah
December 4th, 2009 @ 8:40 am
Terima kasih. Alhamdulillah..sgt terkesan dengan artikel ini.. seolah-olah mengingat dan membuka jalan terhadap apa yang sedang dihadapi…:-)
December 4th, 2009 @ 9:01 am
Assalamualaikum Sdr Fuad,
Terima kasih Allah Alhamdulillah dan terima kasih Fuad atas perkongsian hikmah yang Allah kurniakan ini. Semoga Allah sinari jiwa dan hati kita semua dengan nurNya agar bersedia untuk memahami hikmah yang Dia alirkan dan seterusnya terus istiqamah dalam mentaati segala perintahNya. Amin Ya Rabbi.
wassalam
December 4th, 2009 @ 5:30 pm
Terima kasih Allah.
December 4th, 2009 @ 10:56 pm
Assalammu’alaikum wbt,
Semoga saudara di balasi Allah dengan sebaik dan sebanyak2 kebaikan dunia dan akhirat, juga untuk kita semua, semoga artikel ini akan terus berkembang seluruh mukmin di seluruh dunia. anyone who can translate this boleh sebarkan nya ke bahasa lain. Ok ke cadangan saya.
December 8th, 2009 @ 11:12 pm
saya selalu fikir kenapa kadang-kadang kita berusaha tapi tetap menghadapai mcm2 masalah…samapi satu masa…saya hampir putus asa…
bila terbaca artikel saudara , membuat saya terfikir……yg paling penting sebenarnya saya perlu menjadi permain terbaik dalam mengharungi cabaran yg mendatang…..masalah itu mmg mengserabutkan kepala tapi yg paling penting mcm mana saya perlu cope dgn masalah tersebut…so encouranging article…..!!
December 9th, 2009 @ 10:42 am
Alhamdullillah…lega sedikit perasaan ketika membaca artikel ni.
Terima kasih Allah.
December 10th, 2009 @ 9:11 am
Alhamdulilah….terima kasih Allah dan sdra Fuad…semuga semuanya di dlm perlindungan dan pertolongan Allah swt. amin….
February 17th, 2010 @ 3:03 pm
Alhamdulillah, setiap masalah harus dapat ku hadapi dengan tenang jika dapat ku serahkan sepenuh jiwaku kepada Allah.
3 Dec Allah kurniakan saya seorang putera yang comel, 4 Dec Ibu mertua yang amat saya sayangi diambilNya. Ya Allah ajarlah kami untuk mencintaiMu dan berilah hamba2Mu kekuatan dalam menghadapi 1001 masalah yang mendatang.