Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Cinta Yang Pudar

6 November 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Cinta itu sendiri adalah rasa dan di dalamnya penuh dengan pelbagai rasa. Segala rasa di dalam cinta adalah yang membahagiakan walaupun rasa rindu yang ada dalam cinta kekadang menyeksakan.

Cinta itu hadir tanpa dipaksa kerana ia anugerah Allah SWT. Namun kehangatan cinta adalah kerana ada usaha untuk menjadikan cinta itu hangat. Kita berusaha dengan gerakan yang Allah SWT ilhamkan untuk memperhebatkan rasa cinta.

Imbas kembali saat kita mula dilamun cinta. Ia hadir dengan rasa suka. Kemudian cinta hadir setelah ada usaha ke arah rasa cinta itu. Kita melakukan usaha agar wujudnya rasa cinta. Dengan izin Allah SWT cinta itu hadir dan dirasai. Apakah sebenarnya usaha yang kita lakukan?

Usaha kita adalah berkomunikasi dengan pasangan kita. Kita tidak membiarkan rasa suka itu terpadam begitu sahaja. Kita melakukan satu usaha agar rasa suka itu semakin meningkat dan bertukar kepada rasa cinta. Kita mengeratkan rasa cinta itu dengan talian yang lurus dengan bernikah.

Lalu mengapa cinta itu boleh menjadi pudar? Setelah berada di puncak cinta sehingga kita sanggup menyerahkan jiwa dan raga, cinta yang ada dalam jiwa kita semakin hilang entah ke mana. Adakah kita tidak lagi mencintai pasangan kita atau kita tidak ada usaha ke arah menyinarkan kembali cinta?

Cinta itu masih ada. Percayalah bahawa perasaan cinta kita masih ada pada diri kita dan pasangan kita walaupun ia menjadi pudar. Cinta itu tidak akan hilang dan tidak pernah hilang. Ia telah kuat tertanam di dalam otak kita. Sambungan neuron otak yang menyimpan data rasa cinta itu telah tersambung kuat sekian lama. Ia perlu masa yang sangat lama untuk diputuskan. Mana mungkin ia boleh hilang sekelip mata.

Yang hilangĀ  dan berkurangan adalah USAHA kita untuk menyinarkan cinta. Usaha itu mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja iaitu KOMUNIKASI.

Komunikasi itu cinta (saya pernah menulis di sini). Jika kita tidak melakukan KOMUNIKASI bagaimana rasa cinta dapat disatukan. Bagaimana rasa cinta dapat dipindahkan. Bagaimana rasa cinta dapat disinarkan. Bagaimana rasa cinta dapat dialirkan.

KOMUNIKASI bukan sekadar verbal tetapi juga perbuatan. Kita tahu kita tidak mahu hipokrit kerana melakukan USAHA tanpa ada perasaan cinta. Namun sedikit sebanyak pasti masih ada perasaan suka.

Mengapa kita sanggup berusaha untuk meningkatkan rasa benci, marah, tidak suka tetapi kita tidak sanggup berusaha untuk menyinarkan kembali rasa cinta yang pernah berada di puncaknya? Sedangkan benci, marah dan tidak suka pada pasamgan kita tidak pernah ada sebelum ini. Tetapi kita berusaha untuk tingkatkan rasa buruk itu (benci, marah dan tidak suka) tetapi tidak berusaha meningkatkan rasa baik (cinta).

Memang rasa benci, marah dan seumpamanya adalah ilham Allah SWT. Namun kita memiliki akal agar kita menyekat diri kita untuk berusaha meningkatkan rasa itu.

Mohonlah pada Allah SWT untuk diberi kekuatan agar kita mula berkomunikasi bersama pasangan kita. Permohonan atau doa itu perintah Allah, komunikasi itu adalah usaha dan cinta adalah pemberian Allah SWT.

[note] Saya menerima beberapa email dan telefon tentang masalah rumahtangga. Semuanya berpunca daripada Cinta yang pudar. Cinta yang pudar adalah kerana kegagalan komunikasi. Mohonlah pada Allah SWT agar diberi ilham taqwa untuk berkomunikasi.

Popularity: 36% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword