Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas?

16 November 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(
QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT.

***

Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya.

Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang.

Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.

Jika saya bekerja kerana saya perlu melakukan kerja untuk UiTM, maka saya ikhlas bekerja kerana UiTM.

Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.

Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita?

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.

Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?

***

Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.

Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?

Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara.

Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah SWT sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya.

Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tetapkan sebagai seorang suami.

Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah SWT. Ini adalah ketetapan yang Allah SWT tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya.

Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT, pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya.

Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah SWT. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah SWT, ikhlas kerana Allah SWT.

Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah SWT. Saya ditetapkan oleh Allah SWT untuk bekerja di UiTM sebagai pensyarah dan wajib memikul tanggungjawab yang diberikan.

Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah SWT. Saya perlu mengikut kehendak Allah SWT kerana saya wakilNya.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH IKHLAS.

Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT.

***

Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah SWT. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah SWT iaitu khalifah di muka bumi ini.

Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah SWT.

Kita di minta oleh Allah SWT mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW Rasul Allah SWT setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah SWT.

Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah SWT dan kita wakil Allah SWT hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah yang memiliki ilmu tersebut.

***

Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 4% [?]

Comments

4 Responses to “Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas?”

  1. mumtazah
    November 18th, 2009 @ 6:28 am

    Terima Kasih diatas pencerahan ini

  2. zam
    November 20th, 2009 @ 6:05 am

    Kesedaran yang tinggi perlu wujud dahulu sebelum kita dapat merasai ikhlas sebenar-benarnya kerana ALLAH Taala…akan cuba dilakukan dari sekarang…

  3. nazrich
    December 4th, 2009 @ 3:39 pm

    Terima kasih ya Allah. Terima kasih Tuan Fuad. Ikhlas #2 di nantikan :)

  4. akma
    January 5th, 2010 @ 9:22 am

    Alhamdulillah sy diketemukan dgn blog yg byk beri ilmu manfaat utk sy teruskn hidup….

    spt baru2 ni bila dilambak dgn jawatan yg pelbagai dn agak berat bg sy……memang lah asalnya rasa aduhai…………..namun sy cepat katakan pd diri jawatan2 tuh bukan pentadbr yg bagi..tp Allah SWT yg bagi sbb Dia yg lebih kenal sy dan tahu kemampuan sy lebih drp pentadbir………………….

    mudah2an sy dapat membina kewujudan perasan ikhlas kerana wakil Allah SWT….amin….

    terima kasih Allah memberi ilmu kpd En Fuad shgg memberi kebaikan kpd kami yg membaca……

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5