Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Petikan Positif #2

22 October 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Petikan Positif #1

Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga ada manafaatnya.

Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita?
Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita.

Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT?
Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah, aku rela ya Allah…aku rela”.

Bagaimana berlatih mengekalkan kesedaran kepada Allah SWT?
Tukarkan mind-chat kepada berkomunikasi dengan Allah SWT.

Jika sesiapa yang bertanya yang mana satu aku itu, jawapannya, aku itu adalah yang sedar. Bukan jasad, bukan kaki, tangan, fikiran, emosi dan lain-lain tetapi yang sedar itulah aku. Makanya, bawalah aku itu dekat dengan Allah SWT iaitu setiap saat sedar akan hal Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Kita akan masuk ke wilayah super sedar.

Kekalkan kesedaran kepada Allah SWT tanpa melepaskannya walau sesaat pun.

Berprasangka baiklah kepada Allah SWT. Hidup menjadi tenang.

Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi khusyuk di dalam seluruh kehidupan kita. Setiap saat dalam apa jua kesedaran kita kepada Allah SWT sentiasa wujud di dalam jiwa kita. Jika kita khusyuk di dalam setiap saat kehidupan kita ini, inshaAllah kita akan khusyuk di dalam solat, di dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan.

kita perlu berada di dalam KESEDARAN ketika berdoa. InshaAllah akan dimakbulkan segala doa.

Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun. Berlatihlah untuk meningkatkan kesedaran kita.

Berubah daripada jarang mengingati Allah sebelum ini kepada lebih banyak mengingati Allah SWT setelah banyak berkomunikasi dengan Allah SWT merupakan satu PERUBAHAN YANG SANGAT BESAR.

Kita sebenarnya satu tubuh dengan alam sekitarnya. Kita tidak mempunyai bentuk seperti yang kita lihat dengan mata terbatas ini. Kita akan sedar bahawa tubuh kita yang sebenarnya berganti setiap saat, tubuh kita hari ini bukanlah tubuh kita yang sesaat sebelumnya, dan jiwa kita ternyata tidak seperti udara dalam botol yang mengikuti bentuk botolnya.

Tip Menimba Ilmu: Sebelum menimba ilmu, tinggalkan fikiran “saya telah tahu, saya lagi tahu, saya lebih tahu, saya tidak perlu tahu, saya pun tahu” kerana semua ini akan membuatkan otak kita menolak ilmu yang kita pelajari tanpa kita sedari Bahkan ia akan meningkatkan keegoan kita. Bukakan minda untuk berfikir “aku perlu tahu ilmu ini”.

Popularity: 11% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword