Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jiwa Positif Memberi Ketenangan #1

27 October 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya pernah menulis mengapa jiwa positif di dalam artikel saya sebelum ini.

Sabtu 24 oktober 2009, saya berkesempatan berkongsi tentang Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan bersama dengan ahli keluarga Tuan Sezali Othman salah seorang Pengarah LHDN serta ahli keluarga Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Siti Mariah Hj Ahmad. Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesempatan dan peluang untuk mengadakan mini latihan bersama dengan ahli keluarga Tuan Sezali dan Datuk Siti Mariah.

Saya berkongsikan bersama mereka yang hadir tentang mengapa perlunya jiwa positif. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga Tuan Sezali dengan layanan yang amat baik. Mereka juga teruja dengan kaedah jiwa positif dan hidup berTuhan sebenar di dalam meningkatkan mutu hidup dengan memiliki kehidupan yang tenang dan jiwa yang positif. Terima kasih Allah SWT.

***

Sebelum saya menyedari tentang jiwa positif dan hidup bertuhan ini saya selalu mengalami konflik kejiwaan di mana kehendak rasa dan fikiran selalu berbeza arah.

Seperti contoh, ketika rasa dengki yang tidak mampu ditahan datang, saya cuba menanamkan fikiran yang positif agar tidak dengki. Begitu juga dengan hal yang lain. Ketika benci, ketika sakit hati, ketika tidak suka dan seumpamanya. Hal sama berlaku ketika membuat pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan ketika membuat pilihan, perasaan, rasa dan fikiran berperang sesama sendiri dan yang menanggung beban adalah kita. Penat dan tertekan dengan peperangan.

Di dalam perlawanan antara rasa dan fikiran adakalanya rasa akan menang dan ada ketikanya fikiran yang menang. Namun saya tetap penat, tertekan kerana jelas nyata perlawanan tersebut memerlukan tenaga yang cukup banyak sebelum mendapat kemenangan.

Saya yakin saudara juga mengalaminya. Kita mengalami hal ini setiap hari. Ketika fikiran dan rasa tidak sehaluan, kita sering menggunakan “mind-chat” sebagai medan tempur peperangan antara fikiran dan rasa. Ketika kita ingin membuat pilihan samada A atau B, kita sering bertelagah antara fikiran dan rasa.

Berpuluh tahun kita hanya melihat jalan penyelesaian kepada semua di atas adalah dengan fikiran yang positif. Kita hanya di minta untuk menyelesaikan apa jua masalah menggunakan saranan pada lapisan atas iaitu fikiran.

Kita tidak pernah disarankan untuk melihat sebenarnya daripada manakah rasa itu datang? Kita seringkali melihat semua yang berlaku di dalam kehidupan kita ini tanpa melihat semua ini adalah kehendak Allah SWT.

***

Di bawah ini saya tunjukkan dua slide untuk memahami tekanan jiwa dan kelemahan jika kita menggunakan hanya fikiran yang positif tetapi jiwa tidak positif. Kita mesti memiliki kedua-duanya iaitu fikiran dan jiwa yang positif namun apabila kita memiliki jiwa yang positif, pasti fikiran juga akan positif.

bersambung untuk penjelasan jalan penyelesaiannya.

Popularity: 15% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword