Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jawapan Allah #2

8 October 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Jawapan Allah SWT #1

Seringkali saya diajukan soalan tentang jawapan Allah SWT. Soalan yang paling banyak adalah “bagaimana kita ingin tahu apa yang kita rasa itu samada daripada kehendak kita atau kehendak Allah SWT?”

Kali ini kita biarkan dahulu persoalan itu kerana saya lebih suka menjawab dengan beberapa pengalaman sahabat kita yang lain yang pernah meminta pendapat saya. Saudara akan faham dan boleh mendapat jawapan ke atas persoalan di atas dengan sebuah pengalaman saya di bawah.

***

Salah seorang wanita muda pernah berbicara dengan saya tentang jodoh. Beliau bertemu dengan seorang pemuda yang menyintai beliau dan beliau juga menyintai pemuda tersebut. Sebelum beliau suka pada pemuda itu, beliau banyak kali meminta petunjuk pada Allah SWT samada pemuda itu terbaik di sisi Allah SWT atau tidak.

Saya pernah memberitahu beliau agar selalu membaca doa istiqarah iaitu doa yang meyakinkan diri kita. Saudara boleh rujuk di dalam artikel Redha, Pasrah dan Berserah. Beliau mengamalkan doa tersebut dan terus melakukan sehingga kini.

Namun selepas hari raya baru-baru ini, beliau memberitahu saya bahawa ibu bapa, adik beradik, bapa dan mak saudara beliau tidak setuju beliau berkahwin dengan pemuda tersebut disebabkan beberapa hal yang agak munasabah (biarlah saya rahsiakan).

Beliau bertanya kepada saya, “saya meminta doa setiap hari kepada Allah SWT dan hati saya setiap hari semakin kuat inginkan pemuda yang saya cintai ini. Apakah yang sepatutnya saya lakukan? Bukankah apa yang saya rasakan ini jawapan daripada Allah SWT?”

Saya memberitahu beliau tentang jawapan Allah SWT yang seringkali kita tidak lihat dengan mata hati kita. Seringkali apa yang kita nampak adalah daripada akal fikiran kita tetapi bukan daripada ilham yang datang daripada Allah SWT.

Kita berdoa “Ya Allah, jika sesuatu itu baik di sisiMu ya Allah, maka permudahkan ya Allah. Jika ia bukanlah terbaik di sisiMu ya Allah, lakukan sesuatu agar aku tidak lagi inginkan sesuatu itu ya Allah. Hindarilah aku agar aku tidak melakukan sesuatu yang tidak baik di sisiMu ya Allah”.

“Apabila kita mendapat kesukaran di dalam hal jodoh ini iaitu ibu bapa dan sanak saudara tidak merestui, apakah saudari tidak mampu menyedari bahawa ia juga merupakan sebuah jawapan daripada Allah SWT iaitu tidak dipermudahkan untuk saudari? Saudari boleh berkata ia mungkin ujian Allah SWT. Maka teruskan lagi usaha saudari untuk memujuk ibu bapa dan sanak saudara saudari dan yakinkan mereka. Jika mereka terus tidak bersetuju, ambillah pengajaran kerana saudari telah berusaha untuk meyakinkan tetapi tetap gagal.

Jika belum berputus asa, teruskan usaha lagi. Jika ia tidak terbaik buat saudari dan saudari terus bergantung kepada Allah SWT dengan berserah sebenar-benarnya, saudari akan memahami jawapan yang Allah SWT berikan kepada saudari.”

***
Jawapan daripada Allah SWT bukanlah jawapan sepertimana manusia berikan. Jawapan Allah SWT cukup halus dan penuh dengan pengajaran dan manafaat buat hambaNya. Kita diminta untuk mengambil pengajaran di dalam setiap hal yang kita alami agar kita tidak melakukan kesalahan untuk kali seterusnya.

Kita tidak perlu memikirkan sesuatu itu daripada diri kita atau jawapan Allah SWT kerana semuanya adalah pasti kehendak Allah SWT. Apa yang kita perlu lakukan adalah terus berada dekat dengan Allah SWT dengan melakukan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT agar kita menerima ilham taqwa di dalam membuat pilihan. Akhirnya pilihan yang kita pilih itu merupakan pilihan yang terbaik di sisi Allah SWT kerana kita dituntun dengan ilham taqwa yang Allah SWT berikan.

Jika kita terus jauh daripada Allah SWT, kemungkinan besar Allah SWT menuntun kita dengan ilham fujur, kejahatan atau keburukan. Akhirnya malapetaka yang kita alami adalah disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri yang mana jiwa kita penuh dengan kefasikan, keburukan dan kejahatan.

Apabila kita mendapat ilham Taqwa daripada Allah SWT, di kala ini kita akan sentiasa tenang. Kita sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan bersemangat mengikuti ketetapan yang Allah SWT tetapkan.

Kita mudah menyedari, merasai, memahami dan melihat jawapan-jawapan Allah SWT di dalam menuntun diri kita di dalam hidup berTuhan ini. Gerak rasa  jiwa di dalam melakukan pilihan yang tepat akan lebih kuat kerana ia tidak diganggu oleh fikiran yang mempunyai 80% perkara negatif.

Tidak perlu memikirkan samada sesuatu itu adalah daripada Allah SWT atau diri kita kerana yang pasti semuanya daripada Allah SWT. Yang penting adalah biarlah jawapan daripada Allah SWT adalah yang terbaik di sisi Allah SWT untuk diri kita. Makanya bulatkan tekad untuk berada dekat dengan Allah SWT, sentiasa bertaubat dan beristighfar, taat pada perintah Allah, tinggalkan maksiat dan sentiasa membuat kebaikan di atas muka bumi, alam sementara ini.

Semoga kita sentiasa diilhamkan dengan ilham Taqwa oleh Allah SWT di dalam kehidupan kita yang penuh dengan pilihan ini. Amin

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 2% [?]

Comments

8 Responses to “Jawapan Allah #2”

  1. Nur Sara Adawiyah
    October 9th, 2009 @ 8:05 am

    Assalamualaikum…

    Terima kasih Allah atas segala kurniaNya. Terima kasih Saudara Fuad atas peringatan yang sentiasa mendorong saya untuk terus muhasabah diri.

    Memang benar penyerahan 100% kepada Allah SWT setelah berusaha semaksima mungkin adalah jalan terbaik. Berusahalah untuk tidak mempersoalkan apa jua hasilnya, cuma hadapi dengan redha dan penuh rasa syukur. Perlu juga menyedari bahawa kita amat lemah, amat berharap dan bergantung kepada rahmah dari Allah SWT. Tanpa kasih sayang Allah SWT, kita tidak punya apa-apa.

    Yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan menganiaya hambaNya. Jangan rasa teraniaya jika apa yang dikurniakan Allah SWT tidak seperti yang dihajati. Elakkan daripada meletakkan “benchmark”, oh… aku harap akan dapat itu dan itu mengikut kehendak hati kita. Bimbang jika apa yang dihajati tidak kesampaian akan timbul perasaan dan fikiran negatif.

    Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…..

    Semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan dapat membuat keputusan yang terbaik dalam menjalani kehidupan ini. InsyaAllah.

    Wallahua’lam

  2. nsa
    October 9th, 2009 @ 9:18 am

    Aslkm kepada semua…
    Alhamdulillah…terima kasih Ya ALLAH, terima kasih tuan Fuad !!!

    Semakin hari semakin mantap, insya’ALLAH…

    Wassalam…

  3. anis
    October 9th, 2009 @ 9:56 am

    Salam…pagi tadi saya baru terfikir..apakah yang sy sedang lalui sekarang ini adalah jawapan Allah atas permohonan dan doa saya masa lalu..Belum sempat berfikir lagi..Allah bagi peringatan melalui tulisan sdr Fuad …Terima Kasih Allah..terima kasih sdr Fuad n Nur Sara Adawiyah.. Marilah kita teruskan berserah diri kepada Allah 100%..InsyaAllah..pasti Allah tidak menghampakan kita..Dia maha penyayang n maha mengetahui..setiap yang manis pasti dimulakan dengan pahit…itu janji Allah dalam Surah Al-Insyirah..

  4. Kak Nab
    October 9th, 2009 @ 6:45 pm

    salam fuad,

    “terhilang” link ini…dah jumpa & dapatlah baca semula!

  5. Nur Sara Adawiyah
    October 10th, 2009 @ 8:22 am

    Salam Anis….

    Alhamdulillah, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Saya cuma berkongsi pendapat disamping mengingatkan diri sendiri, Insya Allah

  6. amp
    October 13th, 2009 @ 5:49 pm

    tuan fuad, saya juga haturkan salam dan terima kasih.
    masuk blog tuan terasa sejuk dan damai.

    salam

  7. nunwowro
    October 17th, 2009 @ 9:47 am

    berharap bukan pada banyaknya doa dipanjatkan..
    berharap hnya pada-Nya..ihsan-Nya..
    DIA Memiliki segalanya..Berkuasa menarik dan memberi.

    smg latihan mcari teman hidup kwn en fuad menjadikan hati beliau makin dekat dgn Allah.

    alhamdulillah.terima kasih en fuad

  8. lia
    December 1st, 2009 @ 12:28 pm

    terima kasih ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5